Followers

Wednesday, July 2, 2014

KEMBALI BERTAMU

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera sahabat2 dan pembaca2 BlogSiGadisComot.
 
Apa khabar anda semua? Maaflah. Cik Comot lately nie menjadi seperti chipsmore. Jap ada, jap takde. Ada urusan yang perlu dijalankan. Misi hidup yang perlu diteruskan sehingga tahun hadapan.
 
 
Sebelum meneruskan bebelan di post ini, aku nak ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua hamba Allah, umah Islam di atas muka bumi ini, umat Rassullullah s.a.w yang tercinta. Alhamdulillah. Sebagai hambanya, aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa untuk tahun ini. Kalian bagaimana? Apa persiapan korang untuk menghadapi bulan puasa tahun ini? Aku macam mana??? Macam takde gaya....hiii 
 
Bulan puasa aku tahun ini tak sama seperti tahun2 sebelumnya. Tahun nie aku berpuasa sebagai seorang kadet. Bukan kadet Polis or kadet Bersatu Malaysia. Tapi Kadet PTD yang mana aku ditempatkan di Intan Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH), Jalan Elmu. Maka dengan itu, sedihnya yang nak ditekankan di sini, aku tak dapat menikmati juadah berbuka yang terjual di deretan bazar ramadhan... wuaaa. sedih okeh. Tak dapat nak makan kuih peberet, kuih buah Melaka (atau ondeh2 orang KL panggil). Tiadanya erti tanpa kuih buah Melaka (ntahpapejanganlayan). Tapi ini tak bermakna tak dapat makan kuih buah Melaka, tak boleh puasa, ye dop..hiii. drama betol dak comot nie kan...hahahha... Abaikan.
 
Oklah. tak dapat nak bebel banyak2 sebab aku curi masa cari bahan untuk tugasan. Hii. Sempat kan. Sedih sebab tak boleh nak addict post kat blog. Huu. Not anymore. May one fine day it happen again. Anyway, selamat berpuasa semua. Semoga tahun ini kita sama2 dapat menghayati ibadah puasa yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya disamping meningkatkan tahap keimanan serta ketaqwaan kita padaNya yang esa. Amin.
 
A Note: May the light that we celebrate at Ramadhan show us the way and lead us together on the path of peace and social harmony.

3 comments:

Mia Mikail said...

Selamat berpuasa ayu..
Semoga tabah menghadapi kadet PTD.
InsyaAllah tak lama lagi bleh jd PTD babeh d:)

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

syaza said...

sis,cerita la aktiviti2 kat intan...teringin nak tau :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)