Followers

Thursday, November 14, 2013

Puasa Sunat Tasu'a dan Hari Asyura

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. Salam 10 Muharam..
 
Hati makin tenang... Alhamdulillah.. Hari nie aku nak berkongsi berkenaan puasa sunat Tasu'a dan hari Asyura yang bersamaan 9 Muharram dan 10 Muharram. Hari nie hari Khamis, 14 November 2013 bersamaan 10 Muharram iaitu hari Asyura. Sapa yang berpuasa hari nie?? Kalau berpuasa, alhamdulillah. Semoga Allah menerima puasa kita hari ini dan kita dapat selesaikan puasa hari nie sampai abis. Jom aku kongsi serba sedikit info yang aku dapat.



PUASA SUNAT TASU'A (9 MUHARRAM)
Tasu’a (تاسوعا) bermaksud “Hari Kesembilan” Muharram iaitu hari sebelum Asyura yang disarankan berpuasa oleh Rasulullah . Berpuasa pada Bulan Muharram adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan terutama pada Hari Tasu’a dan Hari Asyura iaitu pada hari ke 9 & 10 Muharram yang sudah pasti menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ.
 
Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Syahrullah (bulan Allah) Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
 
Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
 
Rasulullah bertanya: “Berpuasa apakah kamu ini ?” Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi : “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
 
Rasulullah bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)


BERPUASA HARI TASU'A PERLU DIIRINGI

Paling afdhal ialah berpuasa tiga hari berturut-turut iaitu pada hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak berupaya, maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak mampu juga, maka daripada tidak beramal, bolehlah berpuasa sunat pada hari ke 10 Muharram sahaja. Tetapi sebaiknya ikutilah nasihat Baginda :

Rasulullah bersabda: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (Hadis Riwayat Al Baihaqi).

Sabda Rasulullah : “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)




NIAT PUASA SEMBILAN MUHARRAM
Lafaz niat puasa hari kesembilan Muharram (Hari Tasu'a) ialah:
 
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ،
لأصومن التاسع”…رواه مسلم
 
“Ketika Rasulullah berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan, pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).” (Hadis Riwayat Imam Muslim)


HIKMAH BERPUASA PADA HARI TASU'A

Imam al-Nawawi rahimahullah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya siyam hari Tasu`a:
1.   Disyariatkan puasa Tasu`a bermaksud untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.
2.    Adalah untuk menyambung puasa hari Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jumaat saja. Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.
3.   Berhati-hati dalam pelaksanaan puasa Asyura, dikhawatirkan hilal terkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan kiraan hari ke 9 dalam penarikhan sebenar telah masuk hari kesepuluh.
Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, iaitu untuk menyelisihi ahli kitab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam al Fatawa al-Kubra berkata, “Rasulullah melarang bertasyabbuh dengan ahli kitab dalam banyak hadith. Seperti sabda beliau tentang puasa `Asyura:
 
لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ

“Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Ibnu Hajar rahimahullah dalam catatan beliau terhadap hadith, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”, Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan membawa makna agar tidak membatasi berpuasa pada hari itu saja. Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai langkah berhati-hati ataupun untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nasrani. Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebahagian riwayat Muslim.”
 
PUASA HARI ASYURA ( MUHARRAM)

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.” (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
Nabi SAW bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)
Rasulullah SAW bersabda: “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)

Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.” (Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).


NIAT PUASA SEPULUH MUHARRAM
 
 
FADHILAT PUASA MUHARRAM
Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:
1. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas)
3. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.” (Hadis Sahih)
4.  Sabda Rasullullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala seperti beribadat 900 tahun.” (Hadis Sahih)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
6. Kata Ibnu Abbas r.a.: Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
7. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)


ZAKAT PUASA

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:” لكل شيء زكاة ، وزكاة الجسد الصوم “…رواه ابن ماجه

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Setiap sesuatu itu ada zakatnya tersendiri, dan zakat badan kita ini adalah PUASA. ” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah )

وقال صلى الله عليه وسلم: صوموا تصحوا

Dan Rasulullah SAW pernah bersabda: “Berpuasalah kamu sekalian, nescaya kamu akan beroleh kesihatan.”
Maka marilah kita sama-sama berpuasa kerana ia adalah sunat muakkad (sangat dituntut), juga sebagai zakat badan dan menambahkan kesihatan tubuh.
       Info : Shafiqolbu
 
SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

KELEBIHAN PUASA ASYURA'
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".
Info : Arnamee

والله أعلم بالصواب

Wallahu A'lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)