Followers

Friday, June 14, 2013

Sebenarnya saya...

Jeng jeng jeng....
Sebenarnya... sebenarnya... sebenarnya saya nak makan aiskrim MAGNUM perisa BROWNIES.. hahaha.. ada yang kena ketuk pala jap g...
 
This last few months, aku memang sangat bosan kat opis...
Bosan sebab apa?? sebab tak ada kerja nak buat..
Kes tatatertib dah banyak berkurang tahun nie jika nak dibandingkan dengan tahun lepas..
Statistik pon bole tengok... Banyak menurun...
SO...... AKU BOSAN!!!
 
Boleh camtu?? Oleh disebabkan itu, sekarang nie, bunyi jek loceng kol 5, aku dah terpacak kat punchcard tu untuk punch kad nama aku..
Bosan ar... Siyes...
So better ada paper.. Atleast tak der lah aku melangut jek..
Semacam jek kalu datang opis tak buat kerja.. Sob sob sob..
Jangan salahkan aku tak buat kerja.. Masalahnya aku tak der paper...
 
Tue jadinya aku tolong kawan aku derafkan paper untuk die..
Tapi... Die suh deraf jek.. bukan mintak tolong buatkan..
Bagus tak kawan aku...
Alasan die : Nanti die tak tahu paper tue cerita kes apa.. :)
Good job.. It shows that you one of great officer... hee
 
Dan disebabkan itu jugak, aku hari2 balik awal sebab tak ada kerja..
Dan disebabkan itu... kau .... eh silap.. he
Dan disebabkan itu aku sekarang addicted dengan cerita or drama di TV..
Example : Teduhan Kasih dan.... Sebenarnya Saya isteri die..
 
Adoii.. Tak nak telepas tuh apa2 episod...
Sharp, jam 7 petang (Isnin hingga Khamis) dan jam 9 malam (Jumaat) depan tv..
Disebabkan cerita2 yang diadaptasi dari novel.. Suka kot..
Dan masa2 yang ada di rumah terluang. Tak de la terbuang..hi
Dan aku serta housemate aku, Dik Mai dan Azy dapat berkumpul bersama2..
Macam family berkumpul tuh.. Suker.... :)
 
Last post aku cerita pasal Teduhan Kasih.. Now, aku cerita cket pasal Sebenarnya Saya Isteri Dia..
 
SINOPSIS:

Syaf tidak pernah terfikir jodohnya dengan Firash,adik kepada kekasihnya Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang ke jinjang pelamin. Namun,satu peristiwa hitam mengubah segalanya.
 
Syaf, Farisah dan Firash masing masing dijemput hadir ke sebuah majlis hari jadi Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merencanakan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash, namun sebaliknya berlaku. Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan mencurigakan.
 
Datin Farizah (Wilma) telah menasihati Firash supaya berkahwin dengan Syaf. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar. Firash menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf 4 tahun lebih tua daripadanya.Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya (mak Firash) demi menjaga maruah keluarga Datin Farizah dan tidak mahu hubungan adik beradik terjejas kerananya.Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf walaupun Syaf tidak cinta akan Firash. Syaf menganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.
 
Perkahwinan Farish dan Syaf dilakukan secara rahsia.Tiada seorang pun ahli keluarga dijemput dan dikhabarkan termasuk bapa kandung Firash dan Farisah Datuk Fakhrul.Farish membawa diri kerana sedih Syaf akan berkahwin dengan adiknya sendiri. Pada hari perkahwinan, Farish terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf, Firash melarangnya untuk hadir ke majlis pengebumian Farish kerana takut status mereka.
 
Kehidupan Syaf sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan,apatah lagi status mereka masih dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan kawan-kawanya masih meneruskan kehidupan sebagai pelajar jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikutkah kehendak anaknya Firash yang masih kurang matang namun tetap berusaha untuk menyatukan mereka.
 
Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali mereka bertemu. Kalau bertemu pun, hanya kata-kata sinis dari Firash yang Syaf terima.Syaf tetap terima dan memendam dalam hatinya.Suatu hari Datin Farizah merancang untuk buat kenduri arwah Farish di Terengganu. Syaf turut dijemput,Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat Datin untuk mengelak kemusykilan.
 
Di sana, Syaf berjumpa dengan rakan universitinya Haqimy yang juga abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka ketika belajar. Melihat kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash jadi cemburu.
 
Dalam marah dan cemburu pada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula menyukai Firash,dia menerima sepucuk surat dan sekeping vcd menunjukkan kemesraan Rania dan Firah. Raina masih tidak berputus asa menggoda Firash walaupun mereka adik beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.
 
Firash cuba bagi penjelasan tapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu baru Firash sedar ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf padanya.
 
Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi Syaf sebagai isterinya?
 
Amacam.. Sekarang kat TV3 baru episod 9.. Banyak lagi tuh... Jangkan ketinggalan.. Kita jumpa malam nie jam 9 malam kat depan tv..hii
 
A Note : Love the most when Firash said "Jangan tacink2 sangat, kau nak solat subuh dengan aku tak? Kalau nak g siap cepat" - How sweet :)

6 comments:

shu said...

sy pun xmiss tgk :)

syuk shusuke said...

lah, minat cerita tu jugak rupenya. HAHA
btw done follow.
follow back :)
blackisswhite.blogspot.com

Nur Athirah.. :) said...

Yeay! Sama! suka tengok cerita yang diadaptasi dari novel. Tapi, kureng sikit kot feeling dia. hehe. :)

SI GADIS AYU ADRIANA said...

Shu : Ha sma la shu.. sy pon xmiss.. siap donlod lg bkali2.. sweet :)

SI GADIS AYU ADRIANA said...

shuk : hee.. syuk pn minat jgk?? sukerrr.. sbb comel.. done follow back :)..tq

SI GADIS AYU ADRIANA said...

athirah : he.. ye ke.. sy baru odw nk bc novel.. kwn ckp tgk cita lg feeling.. kna bc la dulu novel gayanya..hiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)