Followers

Tuesday, February 26, 2013

Kisah Lalu : Pengalaman Kedua

Pagi-pagi nie, ngantok jer menaip.. Tapi disebabkan tertimbul idea dalam akal/benak fikiran aku, laju-laju jek menaip. Orang kata takot idea yang ada melarikan dirinya..hee. Aku ada kisah yang nk story mory kat korang.. Disebabkan lama sangat aku tak menghupdate, jom aku story bagi kat korang suma. Ini kisah lepas aku, ini pengalaman aku. Bukan yang pertama, tapi yang keduanya. Peluang tak semestinya sekali sahaja dalam hidup. Jadi mari kita rebut peluang yang ada depan kita okeh... Wah, mukaddimah tak bley blah punya. He.

Orang selalu cakap, usaha itu tangga kejaya.. Ada usaha, ada la kejayaannya.. Kadang-kadang kita tak berusaha pon berjaya, macam magik je kan..hii.. Tapi satu dalam sejuta lah kan. Mananya nak cari kejayaan kalau tak usaha.. Tapi yang bestnya, bila kita berusaha dan kita berjaya.. Rasa hati nie puas sangat.. Ye dop?? Percaya tak??? he.. Kadang-kadang banyak cara yang boleh kita guna/pakai untuk berjaya. Terpulang pada diri kita masing-masing...

Usaha jugak mesti disusuli dengan adanya rezeki.. Dan rezeki tue ada dimana-mana (Kata Mama)... Kadang-kadang kita tak sedar, macam mana kita dapat rezeki. Banyak cara Allah bagi rezeki kat kita. Kita tak nampak. Aku yakin dengan rezeki Allah. Kadang-kadang, bila kita nak suap nasi ke mulut kita pun boleh tertumpah, sebab nasi tue bukan rezeki kita. Jadi kat situ kita dah boleh nampak, kalau bukan rezeki kita, memang bukan lah.. Kunfayakun.. Kalau memang rezeki kita, mesti dapat punyelah..

Melalut pulak aku kan. Mentang-mentang idea serbu kat otak nie, memanjang jek.. Ntah pape lak..hii. Okeh, meyh aku nak cerita.. Kisah atau pengalaman kedua aku ditemuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Pengalaman pertama aku adalah pada tahun 2010.. 2 tahun dah berlalu.. Cepatnye la haiiii... Sedar tak sedar, umur aku makin meningkat !!! Ahhhhhh... tidak.. banyaknya aku tak capai lagi.. Ngeri jek rasa.. Seronok + bahagia tengok kawan-kawan aku yang lain dah berjaya.. Ada kerja, ada kereta, ada umah sendiri.. dan ada jugak yang dah kawen... Aku?????? Glurpppp.. Senak plak tekak nie... Hu. Kadang-kadang sedey pada diri sendiri. Apapon, belom masa aku. Ye dop?? Tak lama lagi.. Belum rezeki.. (Huu.. sedapkan ati sendiri)..hii.. Astagfirullah.. (Istighfar banyak2 Ayu)..hii..

Keh, berbalik pada temuduga aku.. Cuak, takot, Allah saja yang tahu. Walaupun kali kedua, perasaan debar tue kompem punya akan ada. Preparation sebelum temuduga, kompem, baca habis pasal Sejarah Malaysia, korek balik nota2 lama yang berkepuk-kepuk.. Cari semua balik dan baca. Nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum aku temuduga, aku ditugaskan oleh bahagian aku untuk uruskan Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam ke-V.. Wah gah je kan. Sama la macam kejenya.. Gah jugak.. Banyak kot... Ahh.. Time tue memang Allah saja yang tahu hati dan kerisauan yang melanda aku. DugaanMu Ya Allah. Stress melanda diriku.. Tekanan dah jadi sahabat baik. Muka monyok.. Haha.. First dalam hidup diberi tanggungjawab besar. Macam-macam rasa ada. Temuduga aku pada 12 Januari 2013. Persidangan plak pada 15 - 17 Januari 2013.. Maw tak tergelabah aku.. Dua-dua kena capai.. Kalut kot.. Hahahaa..

Tapi i have to keep steady. Nie baru cket. Kata nak jadi pegawai. So kena la adapt in every situation. Bahagikan masa baik2, In shaa Allah ada jalan. So now, lets talk about the interview.

 
Masa : 8.00 pagi
Tarikh : 12 Januari 2013 (Sabtu)
No. Giliran : 5
Bilik Temuduga : L
Keadaan : Sejuk satu badan/Berdebar/Gelabah/Lapar/Ngantok... blablabla..

Situasi:
Ting tong.. (terpapar no. giliran aku)... Melangkah perlahan dengan sopan santunnya (tak bley blah). Tok tok (ketuk pintu).. Assalamualaikum tuan/puan. (sambil menyerahkan resume + sijil2) pada penemuduga. Seorang lelaki (L) dan seorang perempuan (P).

Penemuduga : Silakan duduk.
Aku : Santun dan ayunya aku duduk. (Sejuk lak tetiba)
Penemuduga (P) : Saya R....
Penemuduga (L) : Saya A.....
Penemuduga (P) : Sila perkenalkan diri (sambil belek-belek sijil aku).
Aku : Nama saya.. kerja.. pengalaman.. bla bla bla...
Penemuduga (P) : In english (Ceritakan apa masalah yang dihadapi oleh SPA sekarang).. Memandangkan aku kerja di SPA, die pon tanya pasal SPA.
Aku : In english (Aku cerita masalah yang dihadapi berdasarkan masalah yang dihadapi oleh bahagian aku.. nak penuhi kehendak pelanggan iaitu Kementerian/Jabatan berhubung kes-kes yang tertangguh.. bla bla bla....sambil penemuduga answer and aku jawab)... Tetiba bole la jugak nk speaking.. tunggang terbalik... belasah. He.
Penemuduga (P) : Kenapa kamu nak jadi PTD?? Pengerusi SPA ker suruh kamu apply jawatan ni?
Aku : Ini merupakan temuduga saya untuk kali kedua... bla bla.. tahun 2010.. cubaan pertama... lima kali amek exam semula.. baru lepas sampai temuduga... bla bla.. saya nak jadi PTD kerana bla bla.. nak meneruskan perkhidmatan kepada kerajaan.. bla bla...(Fuhhhh)
Penemuduga (L) : Apakah kelebihan kamu berbanding calon-calon yang lain di luar sana?
Aku : Saya... pengalaman ... bahagian pengambilan... bahagian naik pangkat dan tatatertib.. bla bla..
Penemuduga (L) : Apa beza SPA dan JPA?
Aku : SPA.. bla bla.. JPA... perlembagaan Malaysia.. (belasah habis-habisan)
Penemuduga (P) : Ni hao ma?? (memandangkan aku pernah amek mandarin.. huu.. mana nk hengat).
Aku : Hao.
Penemuduga (P) : Terima kasih dalam Jepun ape?
Aku : (-_-")... Arigatou ...
Penemuduga (P)/(L) : Cik Hidayu ada apa2 soalan?
Aku : Saya.... bla bla. Minta maaf..
 
INSIDEN NGERI
Ada satu scene yang cuak berlaku dimana hp aku time interview boleh lak mesej masok.. (Dah ar mesej dari maxis, geram, time tue la nak mesej).. Serabut benak aku time tue.. Sedangkan sebelum masuk interview aku da matikan hp aku.. Hu.. Tuhan saja yang tahu perasaanku (dah macam lagu).... Kunfayukun.. Nak jadi, jadi jugak :(..... Pilu hati, pilu sekali.. pabila maxis, nak hantar mesej, time tue jugakkkkkkk......... (x_x)

A Note : Rezeki pemberian Allah. Semuanya dari Allah. Sebagai hamba, aku hanya mampu berdoa. Ada rezeki, lulus. Kalau belum rezeki, aku harus + wajib redha dan pasrah. Walaupun, hati sedey tak terkata..hii.

2 comments:

BetiZaini said...

wahh.tak tau plak ayu ade g interview lagi..insyaAllah ayu..kadang2 rezki datang berdentum2. mane kite nak tau kan..kot2 ade rezki utk org yg nak bina masjid :)

SI GADIS AYU ADRIANA said...

amin ya rabbalalamin... mudah2an beti.. in shaa Allah.. kunfayakun.. kalau ada rzki orang nk bina msjid ni..he.. dan doa ibu mcm beti, menjadi mdh2an :)...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)