Followers

Tuesday, December 31, 2013

31 Disember 2013

Ambang 2014 telah sampai... 2013 menutup pintunya dan memberi ruang kepada pintu 2014.. Apa azam baru untuk tahun 2014 ni? Agak2 azam 2013 ada yang dah tercapai ker?? Azam, azam, azam... Azam kerja je la.. Azam untuk diri sendiri macam tak boleh nak target jek.. haila huwa huwa... he
 
Banyak perkara terjadi kepada aku pada tahun 2013. Manis, masam, masin dan pahit. Nak tak nak semua harus aku telah dan mengajar juga belajar menjadi seorang yang sabar dan redha di atas segala yang ditetapkan oleh Allah s.w.t... Seperti seorang teman aku pernah cakap, kita hanya pelakon sementara di dunia melalui cerita yang ditulis oleh Allah s.w.t.. Jadi aku harus banyak belajar membersihkan hati dan jiwa untuk menjadi seorang yang lebih tenang menharungi cabaran di dunia ini sebagai seorang hambaNya.
 
Perkara-perkara yang manis akan aku simpan dalam memori hidup aku agar satu hari nanti akan membuat aku tersenyum kala aku mengingatinya.. (Asal ayat membunga, cess).. dan bagi perkara yang pahit, masam dan masin, akan aku kenang sebagai pengajaran dalam hidup agar tidak akan sekali-kali aku ulangi lagi. Harap2 aku boleh lupakan apa yang kurang menyenangkan dan menyakitkan hati. Semoga aku dapat hapuskan perasaan yang kurang senang dalam hati ini.
 
Kepada keluarga, sahabat andai dan insan yang aku sayangi, aku memohon ampun andai selama ini aku ada menghiris hati kalian, mengguris hati, menyakitkan hati dan semua yang sama dengannya, aku mohon ampun sangat2 dari hujung rambut hingga hujung jari kaki. Sobsob, sebak pula bila memikirkan kesalahan2 yang aku pernah lakukan.. Maafkan saya jika pernah meninggi suara, tidak menghiraukan anda, berkasar dengan anda, memalukan anda (melawak terlebih kasar).. Ampun3...
 
Apapom, selamatlah kita menharungi perjalanan yang baru bagi tahun 2014. Jadikan tahun 2014 sebagai tahun yang berguna kepada diri kita. Ingatkan diri supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t kerana Allah sahaja yang akan selalu sayang kita sampai bila2. Mohon ampun dariNya selalu.
 
Akhir kata, peluk cium sayang buat pembaca SiGadisComot blogspot. Relaks2 minda sebelum mengharungi cabaran 2014. Selamat bercuti dan bergumbira bersama keluarga serta insan tercinta.

Thursday, December 19, 2013

Soal Hati I

Perasaan adalah satu perkara yang untouchable.. Sukar untuk digambarkan.. Sukat untuk ditafsirkan malahan sukar untuk dilihat oleh mata kasar manusia. Andai bisa perasaan kita discan, aku rasa semua makhluk atas dunia nie nak jadi robot. Sebab, semua takut perasaan perasaan mereka diketahui umum.
 
Perasaan pada pandangan aku, sesuatu yang unik, yang berbeza dan mungkin sama antara manusia. Contohnya aku suka pada dia, tak mungkin kawan aku akan suka pada orang yang aku suka.... Dan kemungkinan besar, orang yang aku suka itu akan disukai oleh kawan aku... Sama juga, perasaan suka aku pada dia, akan berbalas suka.. dan mungkin juga, dia tiada perasaan kat aku..hihii.. (ini kes sadis, lari masuk bawah selimut)....
 
Actually, it's quite hard to talk about feeling.. No one knows our feelings... Sesungguhnya, Allah sahaja mengerti apa yang terbuku di hati. Nak bercerita pada orang lain, takut disalah tafsir. Maka, dengan itu, tidak lain dan tidak bukan hanya pada Allah sahaja tempat untuk mengadu meluahkan isi hati yang paling dalam dan terpencil... Amboi.. hiii
 
Apapon, hati ini seperti galau.. macam forteen.. sepi hatiku, galau jiwaku... Ok la, nak pergi cari makanan isi perot yang menggalau nie... huu... Semoga hati ini semakin tenang dan tenang....
 
A Nota: The best feeling in the world is knowing your presence and absence both mean something to someone - Curiano

Thursday, November 14, 2013

Puasa Sunat Tasu'a dan Hari Asyura

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. Salam 10 Muharam..
 
Hati makin tenang... Alhamdulillah.. Hari nie aku nak berkongsi berkenaan puasa sunat Tasu'a dan hari Asyura yang bersamaan 9 Muharram dan 10 Muharram. Hari nie hari Khamis, 14 November 2013 bersamaan 10 Muharram iaitu hari Asyura. Sapa yang berpuasa hari nie?? Kalau berpuasa, alhamdulillah. Semoga Allah menerima puasa kita hari ini dan kita dapat selesaikan puasa hari nie sampai abis. Jom aku kongsi serba sedikit info yang aku dapat.



PUASA SUNAT TASU'A (9 MUHARRAM)
Tasu’a (تاسوعا) bermaksud “Hari Kesembilan” Muharram iaitu hari sebelum Asyura yang disarankan berpuasa oleh Rasulullah . Berpuasa pada Bulan Muharram adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan terutama pada Hari Tasu’a dan Hari Asyura iaitu pada hari ke 9 & 10 Muharram yang sudah pasti menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ.
 
Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Syahrullah (bulan Allah) Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
 
Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
 
Rasulullah bertanya: “Berpuasa apakah kamu ini ?” Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi : “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
 
Rasulullah bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)


BERPUASA HARI TASU'A PERLU DIIRINGI

Paling afdhal ialah berpuasa tiga hari berturut-turut iaitu pada hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak berupaya, maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak mampu juga, maka daripada tidak beramal, bolehlah berpuasa sunat pada hari ke 10 Muharram sahaja. Tetapi sebaiknya ikutilah nasihat Baginda :

Rasulullah bersabda: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (Hadis Riwayat Al Baihaqi).

Sabda Rasulullah : “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)




NIAT PUASA SEMBILAN MUHARRAM
Lafaz niat puasa hari kesembilan Muharram (Hari Tasu'a) ialah:
 
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ،
لأصومن التاسع”…رواه مسلم
 
“Ketika Rasulullah berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan, pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).” (Hadis Riwayat Imam Muslim)


HIKMAH BERPUASA PADA HARI TASU'A

Imam al-Nawawi rahimahullah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya siyam hari Tasu`a:
1.   Disyariatkan puasa Tasu`a bermaksud untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.
2.    Adalah untuk menyambung puasa hari Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jumaat saja. Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.
3.   Berhati-hati dalam pelaksanaan puasa Asyura, dikhawatirkan hilal terkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan kiraan hari ke 9 dalam penarikhan sebenar telah masuk hari kesepuluh.
Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, iaitu untuk menyelisihi ahli kitab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam al Fatawa al-Kubra berkata, “Rasulullah melarang bertasyabbuh dengan ahli kitab dalam banyak hadith. Seperti sabda beliau tentang puasa `Asyura:
 
لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ

“Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Ibnu Hajar rahimahullah dalam catatan beliau terhadap hadith, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”, Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan membawa makna agar tidak membatasi berpuasa pada hari itu saja. Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai langkah berhati-hati ataupun untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nasrani. Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebahagian riwayat Muslim.”
 
PUASA HARI ASYURA ( MUHARRAM)

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.” (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
Nabi SAW bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)
Rasulullah SAW bersabda: “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)

Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.” (Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).


NIAT PUASA SEPULUH MUHARRAM
 
 
FADHILAT PUASA MUHARRAM
Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:
1. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas)
3. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.” (Hadis Sahih)
4.  Sabda Rasullullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala seperti beribadat 900 tahun.” (Hadis Sahih)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
6. Kata Ibnu Abbas r.a.: Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
7. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)


ZAKAT PUASA

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:” لكل شيء زكاة ، وزكاة الجسد الصوم “…رواه ابن ماجه

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Setiap sesuatu itu ada zakatnya tersendiri, dan zakat badan kita ini adalah PUASA. ” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah )

وقال صلى الله عليه وسلم: صوموا تصحوا

Dan Rasulullah SAW pernah bersabda: “Berpuasalah kamu sekalian, nescaya kamu akan beroleh kesihatan.”
Maka marilah kita sama-sama berpuasa kerana ia adalah sunat muakkad (sangat dituntut), juga sebagai zakat badan dan menambahkan kesihatan tubuh.
       Info : Shafiqolbu
 
SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

KELEBIHAN PUASA ASYURA'
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".
Info : Arnamee

والله أعلم بالصواب

Wallahu A'lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Tuesday, November 12, 2013

.....(T_T)..........

HANYA SATU SOALAN..

 
KENAPA SEMUA BENDA/PERKARA/ORANG SANGAT MENYAKITKAN
HATI ?????????????
I THINK I'VE HAD ENOUGH FOR NOW!

AL-BASIT, AL-BASIT, AL-BASIT

A Note: "When so many are lonely as seem to be lonely, it would be inexcusably selfish to be lonely alone" - Tennessee Williams


Tuesday, November 5, 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435h / 2013

Assalamualaikum w.b.t.
 
 
Alhamdulillah...
Syukur dipanjatkan pada Allah s.w.t 
kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup di awal tahun baru ini..
Semoga segala kebaikan yang dilakukan diberi ganjaran olehNya.. dan semoga kesalahan mahupun kesilapan diberi keampunan..
Semoga tahun baru ini dilimpahi barakah dariNya..
Semoga diri ini sentiasa dilindungi dari sebarang kejahatan yang tidak wajar..
Semoga diri ini akan terus diberi hidayah cahaya petunjuk olehNya dalam menempuhi alam dunia yang penuh cabaran dan dugaan..
Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya dalam setiap apa yang dilakukan..
dan semoga sentiasa didorong untuk melakukan kebaikan dan kebajikan
disamping mendapat rahmat darinya.. 
Amin ya rabbalalamin. 
 
A Note: Everybody has a past.. Everybody lives a present.. and Everybody deserves a future.. - Anthem, Hlovate

Thursday, September 26, 2013

My BOGI Friends

What is BOGI?? Apa ek?? Kawan BOGI???
Pekebenda la tu... ada ker kawan BOGI??
Hahha.. BOGI is BOGI... and i have BOGI friends..
Just let us know what BOGI is..
Lalalala... BOGI... BOGI... BOGI...
Please said it with lift your right palm three times... he
 
Sorry sorry.. Korang jangan tertipu..
Mana ada istilah BOGI friends...
Tapi... actually aku sorang ja ada kawan2 BOGI...
Jangan jeles u ollss..
 
Kalu korang nak kawan BOGI, korang carilah meaning for BOGI friends dulu..
kakakkakaka....
Mesti korang sakit ati kan...
Mesti korang cakap apa la budak comot nie dok merepek kan..
Merepek merepek makan kerepek la.. hiii
 
Apapun, let me introduce my BOGI friends dulu..
They are Liliy, Mima and Syaza..
Sengal jek kan...
Sekali sekala xpe kan nak sengal2.. Jangan sengal2 badan sudah.. payah camtu..
Ok la. Sampai sini saja nak merepek..
 
By the way.. Jangan lupa sebut BOGI tiga kali sambil angkat tangan kanan lepas korang abes baca entry nie..hiks.
And please treasure all of your friends till the end :)
 
To My BOGI Friends...


Even though we just know each other
I felt like we have known for a very long time
We had same thought
And i feel that is the way we try to learn each other
And one thing i know is...
Korean (Drama, Movie, Song, whatever about Korea) make us one..
(Tacink plak aku nieh.. Sorry kalu grammar salah)

A Note : LOVE makes our friendship a little DEARER, JOY makes our hearts a little LIGHTER, FAITH makes our paths a little CLEARER, HOPE make our live a little BRIGHTER and PEACE bring us all a little NEARER.

Tuesday, September 24, 2013

Makin singkat

Masa berlalu cepat
Jam berputar pantas
Waktu makin singkat
Hati semakin deras

 
Masihkah ada waktu menanti
Bercakap pun tidak menjadi
Kalau perlakuan tidak seiringi
Dengan apa yang diulangi
 
A Note: Wasting time is robbing oneself - Estonian

Monday, September 23, 2013

Back to the old TIME

Back to the old time?? Masa lalu? Masa bila?? Rasa macam diri nie muda sebaliknya diri ini dahtua.. hai la.. huwa huwa.. Masa itu kembali lagi.. Masa aku addicted to Jpop.. Jdrama.. But now, not anymore Jdrama.. But i'm going to addict with Kdrama.. Ahh giler2... Bertukar2 cerita korea yang aku tengok.. Dari satu drama ke drama lain... Hahha.. Stok cerita banyak betol...
 
Sapa lagi minat Korea??? maksud aku cerita Korea.. Sekarang nie aku tengah layan cerita yang masih lagi ditayangkan di Korea.. The Master's Sun.. Hencemnya So Ji Sub.. Joo Joong Won one.. Joo Joong two.. Joo Jonng three.. Joo Joong comel.. hhahah.. Tak sabar tunggu episod 14.. sabar2.. mintak2 this week release.. ngee..

 
Banyak lagi cerita Korea yang baru best2.. Antaranya:
 
I Hear Your Voice

Good Doctor
 
Banyak lagilah cerita yang aku layan.. Pada sapa yang minat cerita Korea cam aku mesti korang faham keaddictan aku nie.. hahhha.. Back to the old time of mine.. And i'm happy with it... Apapon, cerita2 nie buat aku release tension. Dan banyak jugak pengajaran cari cerita2 cam ni... Ok tue  jek.. Sembang lagi nanti :)
 
A Nota: Nothing is too small to know.. And nothing is too big to attempt - Willian Van Home

Thursday, September 12, 2013

HARAPAN


Harapan hatiku ingin hidup bahagia.. tetapi mengapa sering saja hati ini diluka..
Cewah lagu bukan main.. Kena ker ngan topik aku hari ini??
Entah kena or entah harapan tinggal harapan saja...
 
Quite a while aku tak menghupdate blog aku nie..
Macam idea makin hari makin menjauhkan diri dari aku..
Tetiba lak rasa rajin nak menaip hari nie..
Konon nak test jari nie laju mana aku bole menaip topik2 hangat kat blog aku nie.. kahkah..
Cik Ayu oiiii.. Jangan bermimpi disiang hari..
Kena ker?? aku rasa boleh jek nak bermimpi di siang hari.
Sebab kadang2 aku tido waktu petang ada jugak aku bermimpi Prince Charming aku...
Hakshakshaks..
Bajet SLEEPING BEAUTY ker Cik Ayu oiiiiii????
Ayu apa ko dok merepek nie...
 
Actually aku pon tak tahu nak menghupdate apa..
Tapi hati aku..
Hati aku rasa berat....
Berat nak luahkan...
Luahkan apa yang terbuku..
Buku Ramlee Awang Murshid..
MOTIF???????? Ingat super spontan ker main sambung2 ayat??
Tapi super spontan musim baru kelakar kot..
Aku sokong team biru.. Team Johan.. Siot ja sorang2.. Dengan Jep lagi + Shahrul Ajak...
Pecah perot... Hahahaha
 
Apa2 je la Ayu..
Apapon aku nak cakap...
Jangan sia2kan harapan orang lain untuk menunaikan atau mendapatkan harapan sendiri..
Sesungguhnya aku belajar untuk bersangka baik / HUSNUZON pada orang lain..
kerana banyak manfaatnya bila kita bersangka baik..
Dan sesungguhnya apa yang kita fikirkan, itulah yang akan berlaku.
Jadi mari beramai2 kita bersangka baik / HUSNUZON..
Maka dengan itu, dengan izin Allah, In shaa Allah, baiklah semuanya.
 
Ok TAMAT sudah untuk hari ini..
HARAPAN aku adalah aku akan terus menaip blog untuk tatapan semua..Hiks
Anyway, enjoy ur day..
Maaf banyak2 sebab merapu sebab hari nie hati quite macam nak kena taruk ubat :)
 
A Note : The natural flights of human mind are not from pleasure to pleasure, but from hope to hope. - Samuel Johnson.

Monday, August 5, 2013

S.A.L.A.M L.E.B.A.R.A.N dari S.I.G.A.D.I.S

S.A.L.A.M L.E.B.A.R.A.N 1434H
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
 
IKHLAS DARI SI GADIS COMOT
BUAT SEMUA
SAHABAT BLOGGER, PEMBACA BLOG SIGADISCOMOT
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
 
SEMOGA BERBAHAGIA DISAMPING INSAN TERSAYANG DI HARI MULIA
DAN BERHATI-HATI SEMASA PULANG KE KAMPUNG
SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIBAWAH LINDUNGAN ALLAH S.W.T
AMIN YA RABBAL ALAMIN
 

Monday, July 15, 2013

I Hear Your Voice LEE JONG SUK

I am KDrama addict. SO? And so.. And this newest drama make me addict, "I hear Your Voice", really surprisingly me.. I don't know, but i love this drama very much. Rite now citer nie tengah ditayangkan di Korea. Nak tak nak kena lah tunggu didonlod oleh sahabat aku "Mima".. Pengeluar citer Korea di opis aku. Kalau takde Mima, sedeynya aku.. Sayang Mima banyak2.... Hee.
 
And know what, last Friday my sis call and asked me, "Ayu ada tak citer I Hear Your Voice??".. (Ternganga jap mulut aku).. Boleh tahan kakak aku, laju jugak..hii. Memang update betol sekarang die ngan citer2 Korea nie, hii.
 
So malas aku nak citer banyak. Meyh aku tunjuk cket sinopsis dan rate drama nie sekarang. And citer nie telah dipanjangkan sehingga ke episod 18 sebab rate naik.. Haks... Suker2.. Most of all, i love Lee Jong Suk!!! Kyup Taa!!!!
 

Tuesday, July 9, 2013

SALAM RAMADHAN 1434H TAHUN 2013

Assalamualaikum w.b.t
Salam Ramadhan sahabat-sahabat sesama Muslim semua.
 
 
 Alhamdulillah syukur kerana masih dapat menyambut bulan yang ditunggu-tunggu
iaitu bulan Ramadhan.
Semoga kita semua mendapat barakah di bulan yang mulia ini.
 
Sebelum tu, marilah kita :
 
 
Disini aku ingin berkongsi cara niat puasa :
 
 
A Note : “Whoever prayed at night in it (the month of Ramadan) out of sincere Faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven.” - Sahih Bukhari [Volume 3, Book 32, Number 226]
 

Wednesday, July 3, 2013

Taubat Seorang Hamba

“Kadangkala dibukakan kamu pintu taat tetapi tidak dibukakan pintu makbul permintaan. Kadangkala kamu terdorong ke dalam dosa itu menjadi sebab menyampaikan kamu (kepada Allah SWT). Maksiat yang melahirkan rasa hina diri (kepada Allah SWT) dan rasa berhajat kepada-Nya lebih baik daripada taat yang melahirkan rasa megah dan takbur.”
Syarah Al-Hikam
 
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...
 
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...
 
by : HafizHamidun
 
 
 
A Note : “Sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya di malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di siang hari dan membuka tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di malam hari.
Keadaan ini berlaku sehinggalah matahari terbit dari arah barat”.
(Riwayat Muslim no. 2759)

Tuesday, July 2, 2013

Alahai nak cantik

Lately ni kawan2 kat opis aku asyik bercakap pasal kecantikan..
Produk ape ko pakai? Produk ape korang makan?
Muka licin macam mana?? Jerawat? Jeragat?
Haish.. Aku pon sekali terbabit dah nak menjaga kecantikan...
Sebelum nie aku tak berapa amek kesah sangat bab2 cantik ni..
Sebab aku ni jarang mekap.. Jenis yang pakai krim jek datang kerja..
Bedak muka pon kalu hengat baru lah nak pakai..
Tapi sekarang??? Masih dengan cara yang lama..
Tapi, sekrang selalu risau bab2 kecantikan nie..
Tak kesah lah dari segi pakaian, produk kecantikan dan juga mekap..
Adoi, bangkrap lah kalu lama2 camni.. he..
Tapi.. betollah kan orang cakap.. "Wanita sanggup berhabis duit untuk cantik"...
Hahahaha... Memang terbukti...
 
Meyh aku nak story sikit produk2 yang aku pernah pakai dulu sampai lah sekarang...
 
1. Produk pertama/ first try (Since sekolah hingga zaman kolej)


Sabun Papaya
 
Safi Hijau
 
2. Second Trial (Saja nak tukar)
 
Pencuci Syahirah Pink
 

3. Latest - Set Bio-Essence (Selepas kena tegur ngan mama muka tak ada yang berubah)
 
 
Itulah produk2 yang aku pernah pakai dan tengah pakai (Bio Essence)... He
Suma produk ok..
Cuma saja nak menukar2.. Tapi depends jugak pada kulit kita ok ke tak, ngam ke tak dengan produk kita pakai tu..
So, untuk cara terbaik, korang beli dulu trial pack kalau ada..
So atleast bole tengok produk sesuai ke tak dengan kulit..
Macam aku, setakat ni alhamdulillah.. ok
Dan aku jenis cari produk yang chemical kurang..
Sebab risau jugak kulit...
 
Untuk produk Bio Essence Bird Nest, aku mengaku mahal setiap satu..
Jadi.. Cara aku beli produk nie adalah.... Setiap bulan gaji beli lah sikit2..
Ngee.. Tak mampu den nak beli sekaligus... Hahaha..
Bijak tak...
Paling best antara 6, aku suka yang no.3... Nutri-Collage... Terbaik.. he
Korang tak akan menyesal... Chewah promote! he
Korang boleh rujuk info sini : Skin Fed with Bird's Nest , Tender & Fairer
 
So, next time aku cerita sikit supplement yang aku amek untuk kulit :)
 
A Note : Beautiful is Universal...


Monday, July 1, 2013

COMEL but DANGEROUS

Hye semua.. Lamanya aku tak menatap dan menambah post baru. Don't know why but lately tangan aku macam malas stuck je nak menaip. Patot le pon kan tak de yang nak folo.. He. Salah sendiri. Ngaku... Ngeh3.
 
 
 
Ok nak tanya sapa yang suka kucing?? Binatang yang comel tu (macam atas ni). Dan juga merupakan binatang kesukaan nabi. Ok, kalu tanya aku, memang aku suka. Tapi (ada tapi lak) aku suka kucing belaan. Bukan aku tak kesian kucing terbiar, kucing2ni pon cute + comel gak. Tapi tak terjaga, aku tak bole. Hu.. Sebab.. sebab.. sebabnye aku ni sensitif. Kulit aku jenis sensitif. Bayangkan la, kulit aku kalau kena gigit nyamuk pon da mengalahkan bengkak kena gigit serangga.. Bengkak bukan main besar. Haish.. Tapi aku redha, nak buat macam mana kulit aku macam tu. He..
 
Kucing adalah binatang yang comel.. Comel sangat + manja. Setuju tak?? Dulu aku ada jugak bela kucing. Kucing biasa. Tapi kucing aku melahirkan kucing yang gebu2. Maybe bapak kucing tu kucing gebu kot. Ada warna oren, coklat, hitam dan macam2 lagi. Aku sayang sangat. Tapi itu dulu. Masa kecik2 dulu.
 
Kucing2 nie comel tapi gigitan kucing nie bahaya. Cakar kucing pon bahaya. Nak dijadikan cerita, Penolong Pegawai Tadbir (PPT) kat opis aku, merangkap ibu dan jugak kakak aku kat opis telah dimasukkan ke Hospital Serdang kerana digigit dan dicakar kucing.. Perghhh, macam hal kecik jek kena gigit dan cakar, tapi sampai masuk hospital. Ngeri sekejap aku. Masa aku tengok luka gigitan dan cakar tu kecil jek. Tapi lama2 makin besar dan bengkak. Macam bawah ni.
 

Ada jugak aku tanya dah jumpa doktor ke? Doktor cuma bagi ubat dan dia akan ke klinik untuk cuci luka. Tapi tadi bila dengan dia da masuk wad sejak ari Sabtu (29.6.2013), rupanya terok lah kan. Dah 3 ari berlalu tapi masih dalam wad. Dan kawan aku ada maklumkan jangkitan gigitan dan cakar tu dah merebak ke lengan dia sampai bahu. Banyak bunjut2 tu naik kemerah-merahan. Arghhhhh... Very dangerous to heard.
 
Jadi aku sarankan pada sesiapa yang kena gigit or kena cakar, cepat2lah ke klinik or hospital untuk enjit vaksin. Bahaya. Dan boleh beri kesan kepada otak kita. Kalau tak beri kesan untuk jangka pendek, ia akan beri kesan pada jangka masa panjang. Sama2 kita menjaga kesihatan kita.
 
A Note : “You never know how much you really believe anything until its truth or falsehood becomes a matter of life and death to you.” - C.S. Lewis

Friday, June 14, 2013

Sebenarnya saya...

Jeng jeng jeng....
Sebenarnya... sebenarnya... sebenarnya saya nak makan aiskrim MAGNUM perisa BROWNIES.. hahaha.. ada yang kena ketuk pala jap g...
 
This last few months, aku memang sangat bosan kat opis...
Bosan sebab apa?? sebab tak ada kerja nak buat..
Kes tatatertib dah banyak berkurang tahun nie jika nak dibandingkan dengan tahun lepas..
Statistik pon bole tengok... Banyak menurun...
SO...... AKU BOSAN!!!
 
Boleh camtu?? Oleh disebabkan itu, sekarang nie, bunyi jek loceng kol 5, aku dah terpacak kat punchcard tu untuk punch kad nama aku..
Bosan ar... Siyes...
So better ada paper.. Atleast tak der lah aku melangut jek..
Semacam jek kalu datang opis tak buat kerja.. Sob sob sob..
Jangan salahkan aku tak buat kerja.. Masalahnya aku tak der paper...
 
Tue jadinya aku tolong kawan aku derafkan paper untuk die..
Tapi... Die suh deraf jek.. bukan mintak tolong buatkan..
Bagus tak kawan aku...
Alasan die : Nanti die tak tahu paper tue cerita kes apa.. :)
Good job.. It shows that you one of great officer... hee
 
Dan disebabkan itu jugak, aku hari2 balik awal sebab tak ada kerja..
Dan disebabkan itu... kau .... eh silap.. he
Dan disebabkan itu aku sekarang addicted dengan cerita or drama di TV..
Example : Teduhan Kasih dan.... Sebenarnya Saya isteri die..
 
Adoii.. Tak nak telepas tuh apa2 episod...
Sharp, jam 7 petang (Isnin hingga Khamis) dan jam 9 malam (Jumaat) depan tv..
Disebabkan cerita2 yang diadaptasi dari novel.. Suka kot..
Dan masa2 yang ada di rumah terluang. Tak de la terbuang..hi
Dan aku serta housemate aku, Dik Mai dan Azy dapat berkumpul bersama2..
Macam family berkumpul tuh.. Suker.... :)
 
Last post aku cerita pasal Teduhan Kasih.. Now, aku cerita cket pasal Sebenarnya Saya Isteri Dia..
 
SINOPSIS:

Syaf tidak pernah terfikir jodohnya dengan Firash,adik kepada kekasihnya Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang ke jinjang pelamin. Namun,satu peristiwa hitam mengubah segalanya.
 
Syaf, Farisah dan Firash masing masing dijemput hadir ke sebuah majlis hari jadi Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merencanakan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash, namun sebaliknya berlaku. Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan mencurigakan.
 
Datin Farizah (Wilma) telah menasihati Firash supaya berkahwin dengan Syaf. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar. Firash menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf 4 tahun lebih tua daripadanya.Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya (mak Firash) demi menjaga maruah keluarga Datin Farizah dan tidak mahu hubungan adik beradik terjejas kerananya.Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf walaupun Syaf tidak cinta akan Firash. Syaf menganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.
 
Perkahwinan Farish dan Syaf dilakukan secara rahsia.Tiada seorang pun ahli keluarga dijemput dan dikhabarkan termasuk bapa kandung Firash dan Farisah Datuk Fakhrul.Farish membawa diri kerana sedih Syaf akan berkahwin dengan adiknya sendiri. Pada hari perkahwinan, Farish terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf, Firash melarangnya untuk hadir ke majlis pengebumian Farish kerana takut status mereka.
 
Kehidupan Syaf sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan,apatah lagi status mereka masih dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan kawan-kawanya masih meneruskan kehidupan sebagai pelajar jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikutkah kehendak anaknya Firash yang masih kurang matang namun tetap berusaha untuk menyatukan mereka.
 
Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali mereka bertemu. Kalau bertemu pun, hanya kata-kata sinis dari Firash yang Syaf terima.Syaf tetap terima dan memendam dalam hatinya.Suatu hari Datin Farizah merancang untuk buat kenduri arwah Farish di Terengganu. Syaf turut dijemput,Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat Datin untuk mengelak kemusykilan.
 
Di sana, Syaf berjumpa dengan rakan universitinya Haqimy yang juga abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka ketika belajar. Melihat kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash jadi cemburu.
 
Dalam marah dan cemburu pada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula menyukai Firash,dia menerima sepucuk surat dan sekeping vcd menunjukkan kemesraan Rania dan Firah. Raina masih tidak berputus asa menggoda Firash walaupun mereka adik beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.
 
Firash cuba bagi penjelasan tapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu baru Firash sedar ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf padanya.
 
Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi Syaf sebagai isterinya?
 
Amacam.. Sekarang kat TV3 baru episod 9.. Banyak lagi tuh... Jangkan ketinggalan.. Kita jumpa malam nie jam 9 malam kat depan tv..hii
 
A Note : Love the most when Firash said "Jangan tacink2 sangat, kau nak solat subuh dengan aku tak? Kalau nak g siap cepat" - How sweet :)

Tuesday, June 11, 2013

AKASIA : Teduhan Kasih

Diadaptasi dari sebuah novel karya Marissa, Teduhan Kasih telah disiarkan melalui siaran Akasia, TV3 mulai Mei 2013.. Drama yang penuh cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi oleh heroin lakonan Sherry Ibrahim. Namun, pertemuan dengan seorang lelaki yang baik hati lakonan Adi Putra, akankah merubah hidupnya?


Sinopsis Teduhan Kasih:

 
Teduhan Kasih menyorot kisah kecekalan seorang isteri bernama Iffa dalam menghadapi gelombang alam perkahwinan. Suami dirampas rakan baik sendiri, dibenci ibu tiri dan diceraikan dalam keadaan sarat mengandung antara rencah onak duri yang terpaksa dihadapinya.
 
Lebih memeritkan apabila dia terpaksa bersalin di rumah ibu tirinya. Penderitaan yang disangka tiada berpenghujung tiba-tiba berubah sejurus dengan kehadiran Ehsan. Ehsan, seorang lelaki yang tampan, kaya dan berjawatan tinggi di sebuah syarikat.

Apakah Ehsan merupakan penyelamat kepada hidup Iffa yang teruk? Atau adakah hanya sekadar penambah derita? Persoalannya...
Untuk ketahui cerita lebih lanjut, kena la tonton cerita ni.

Monday, April 29, 2013

Dengan Izin Allah S.W.T

A simple and straight to the point... Something i wanna share with you all. Not to show nor to proud off myself.. But to share my happiness with you..

Syukur, Syukur, Syukur... PadaMu Ya Allah. Atas limpah kurnia dan rezeki yang telah Engkau berikan padaku selama 26 tahun di atas muka bumi ciptaanMu. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam. Subhanallah, maha suci Allah.. Lailahaillallah, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah... dan Muhammad itu Rasul Allah.

Aku tak nak cakap banyak. Tapi anda semua mesti paham apa yang aku cuba sampaikan kan?? Betol tak?? ke anda buat2 tak paham? or memang tak paham? he. Actually malu sebenarnya nak cita. Tapi aku nak kongsikan dengan anda semua sebagai sahabat alam maya aku.

Untuk pengetahuan anda semua, 31 Mac 2013, result for my interview on 12 January 2013 dah kuar. Cuak? Gila tak cuak. Aku da serabot menanti result. Hu. Sebab... sebab aku tahu diri aku masa interview ritu macam mana. Dengan hal2 yang tak sepatutnya berlaku, telah berlaku. Mati kutu la jugak sekejap. Tapi kata orang, dengan izin Allah S.W.T, benda yang tak sepatutnya jadi, bole jadi. Kan. Yakinlah akan itu.

So.. here there are.. Alhamdulillah. Sujud syukur aku padaNya. One thing i certain : Kunfayakun. Andai itu rezeki kamu, tiada sapa yang dapat pertikaikannya selain Allah yang satu. Maha pemurah yang memberi rezeki kepada kamu. Walau apapon, aku bukan telah lulus. Tapi secara tak langsung, aku telah dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Dimana aku perlu menyerah mengerah diri, berhempas pulas menjalani kursus kadet selama 1 tahun. 1 tahun bersamaan 12 bulan. Ok bye... Sangat2 mengerikan ok. Aku dengar kursus itu dibahagi kepada dua. 6 bulan di INTAN dan 6 bulan di Universiti Malaya. Ok, mari beramai2 sambung belajar. Otak plak da tepu. Lama tinggal belajar.. He.
 
 
Kawan-kawan doakan aku. Dengan harapan aku dapat lulus dengan jayanya menjalani kursus itu. Amin. Dengan izin Allah S.W.T.

A Note : “The only thing that stands between you and your dream is the will to try and the belief that it is actually possible.” – Joel Brown
 

Thursday, February 28, 2013

Construction Again ??

Lately i've been working on construction for my blog.
 
 
I want to changed the way how my blog looks.
But i still could'nt find the best templates for my blog.
Search and change.. search again and change again.
But still i just don't like it.
And now i'm still stuck here on searching the best template for my blog.
So that, rite now my blog look plain in white colour.
Don't feel bored to blogwalk here and visit.
I will hurry searching for best template.
Just for all visitor here ok my followers.
Have a nice visit here :)
 
A Note : “They always say time changes things, but you actually have to change them yourself.” 
- Andy Warhol, The Philosophy of Andy Warhol

Wednesday, February 27, 2013

Mari Berkongsi Info

Mari kita sama-sama berkongsi info mengenai solat Dhuha dan fadhilat mengerjakannya.
 
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"
 
"Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan".

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”  (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud).
 

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”  (HR Al-Hakim dan At-Tabrani).
 
WAKTU SOLAT DHUHA
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
 
CARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.

1. Niat.

 
2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
  1. Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
  2. As-Syams dan Ad-Dhuha; atau
  3. Al-lail dan Al-Insyirah.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat:
  1. Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha; dan
  2. Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas.

3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 3 kali:




4. Selepas memberi salam, bertasbihlah sebanyak 10 kali:
 

 
5. Berdoa.
 



FADHILAT SOLAT DHUHA
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).

Lagi info di HafizFirdaus mengenai Solat Dhuha mengikut cara Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Antara fadhilat lainnya adalah:

1. Ianya Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggungjawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu‘alaihi wasallam, baginda bersabda:


يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ
وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ
وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.
Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
2. Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.
Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
3. Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
4. Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

A Note : Just do our best and let Allah s.w.t take care of the rest :)..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)