Followers

Monday, April 30, 2012

Kalah Gunung Everest

Pejam celik dah nak masuk bulan MEI esok. Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah dekat 5 bulan jugaklah aku melaksanakan tugas baru aku. Adoi. Umur makin meningkat, berat badan pon meningkat (xde kena mengena langsung)..he. Betapa *ralitnya aku menguruskan tanggungjawab aku sebagai seorang pekerja. Bukan mendabik dada, tapi hanya ingin meluahkan rasa keletihan  yang amat sangat.


Bulan APRIL bagaikan bulan peperangan untuk aku. Fail di rak penuh menimbun. Kalah Gunung Everest. Punya nak bayangkan betapa banyaknya kerja yang aku nak kena setel. Rasa sesak dada dan senak perot. Rasa penat dan letih memikirkan fail yang ada due date (benci toi). Fail yang tertangguh dari bulan satu harus disiapkan dengan segera, sebab pegawai penyelia aku cuti bersalin, nak tak nak, nak kena siapkan jugak la kerja2 die yang tertangguh. Senang cakap, akulah orang paling sibok nak panjat Gunung Everest.. Hii.


Alhamdulillah, akhirnya aku dapat siapkan fail2 tue sebelum bulan berganjak ke bulan Mei. Rasa bahagia sebab takkan ada orang nak pertikaikan pasal fail aku menimbun, pasal fail aku tak bergerak ikot masa, pasal fail aku tak masuk mesyuarat. Kakakaka. DO I CARE ??? WHATEVER. My things is mine. And your things is yours.

Kadang-kadang aku terfikir kenapa manusia nak sibok pasal orang lain sedangkan hal sendiri pon tunggang langgang. Yer pon kita tak suka kat seseorang tue, tak perlu la nak obvious sangat tunjuk. Adoyai.. tue pon nak kena ajar. Awak ingat awak jer tak suka orang? Awak tak fikir ker yang orang pon tak suka awak. Dan yang tak boleh blah, bleh plak bermuka-muka depan kita. Baik jer kat depan kita. Belakang, I HAVE NO IDEA.. Pandai-pandai la fikir sendiri.

Istighfar panjang-panjang. Aku tak nak menambah dosa yang sedia ada. Aku pasrah dan redha kalau orang tak suka aku. Tapi aku sangat tak suka bila aku tak kacau orang, orang nak sebok pasal aku. Tak faham dan tak tercapai dek akal aku. Adoii. Apa pon tak bole lah. Hurm. Apa pon, aku maafkan kesalahan yang orang buat pada aku. Kan Memaafkan itu Indah. Yer tak??? Yang lepas jang dikenang, yang kehadapan harus difikirkan :).

Nota kaki : Ralit = Leka 

WhatSiGadisSaid : Redha itu Pasrah. Pasrah itu menyerah. :).. (Maaf kalau apa aku coretkan ternyata berlebihan. Hanya meluahkan apa yang tersemat di hati. Sakit dan rasa sebak, hanya Tuhan yang tahu)...

Tuesday, April 17, 2012

Memaafkan itu INDAH

Kata orang 'SABAR' itu separuh daripada 'IMAN'. Walau bagaimanapun, as human being, kita ada tahap-tahap kesabaran kita sendiri. Kita bukanlah Malaikat ataupun Rasullullah yang mampu memaafkan kesalahan seseorang dengan mudah. Ada manusia yang mudah memaafkan dan ada yang tidak. Terpulang kepada sifat masing-masing. Tetapi "Memaafkan itu Indah". Macam kata Cik Keet dalam post HENTIKAN - No.18. (Cik Keet, saya copy cket)..hee. Apa pendapat korang???

Macam aku, sifat lahiriah aku, dan ungkapan dalam Rahsia Bulan Kelahiran : Julai oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah iaitu:


* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

Wallahuaqlam....


Aku mengaku aku mudah memaafkan orang (bukan nak riak). Tapi susah untuk aku melupakan apa yang orang dah lakukan kat aku. Tapi aku cuba ambil inisiatif untuk tidak mencipta 'A thing' yang tak baik dalam hati dan diri aku (dalam proses belajar lagi). Bagi aku, apa yang berlaku ada hikmahnya. Siapa kita untuk melawan setiap kejadian yang berlaku. Sebab kita semua tahu, apa yang terjadi adalah kehendakNya. Oleh itu, kita hanya mampu menerima setiap kejadian itu dan menjadikan kejadian-kejadian itu dari yang Tidak Baik kepada Baik dan bagi yang Baik , eloklah dikekalkan. Wallahuaqlam...

WhatSiGadisSaid: Jadi, saat ini, minit ini, jam ini dan hari ini, marilah kita sama-sama memaafkan seseorang dengan ikhlas kerana MEMAAFKAN ITU INDAH... Even it was a simple word, but it's was the hardest word to say.. Renungkan :)

Tuesday, April 10, 2012

Siapa dia?

Hari itu mendung.. cuaca di luar sangat gelap walaupun jam baru menunjukkan pukul 3:30 petang. Aku tengok waktu tue dah macam pukul 8:00 malam.. Hati gelisah. Macam mana nak keluar kalau keadaan di luar makin teruk.  Hati membeku. Aku kena sampai di tempat tue pukul 7:00 petang. Kalau tak, habislah. Penuh. No more place for you to stand. Erghh. 

Dalam hati dah merungut,'Kompem penuh'.. Janji tetap janji, aku bersiap.. Sementara menunggu Noni datang amek, aku mohon dalam hati supaya hujan akan reda. Kilat bagai, kecut jugak perut nak kuar. Dum dum bunyi kilat (bukan bunyi mercun eh).

Pon pon, kawan aku da sampai. Adoii. Hujan still tak berhenti. Aku kena redah jugak la. Kang membebel pulak Si Noni. Aku cakap suruh gerak lewat, tapi die cakap nak berdiri depan2 tengok persembahan mamat tue. Alaaa. Nak buat camna. Aku da janji. Sabar je la. Orang kalau da kemaruk, macam nie lah jadinya.

Sampai jek kat sana, orang punya la sesak. Macam2 bau ada. Serabut aku. Nak himpit2 pulak. Pintu belum buka. Naseb la. Kalau tak, pedih jugak telinga aku nie nak dengar minah sorang nie merungut. Ishish. Ditolaknya habis orang untuk terus ke hadapan pintu masuk. Tak padan dengan badan kecik. Hahaha. Noni, noni. 

Bila buka jek pintu masok, noni terus serbu. Jangan kata la, memang habis tolak menolak. Macam sardin mampat jek. Kalau budak sekolah pon pandai beratur. Nie budak2 dah tua. geram pulak aku. Noni dah ke depan. Aku terlepas tangan die... Noni! Noni!. Aku cuak. Gila ramai dalam nie. Dah la noni kecik. Adoii. Satu hal pulak nak cari die.

Bersambung ....

Tuesday, April 3, 2012

A thousand years

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave 
How can I love?
When I'm afraid
To fall
But watching you stand alone 
All of my doubt
Suddenly goes away somehow
One step closer

(Chorus) 
I have died everyday
Waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a 
Thousand more
 
Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything
Take away
What's standing in front of me?
Every breath,
Every hour has come to this

One step closer

(Chorus) 
I have died everyday
Waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

One step closer
One step closer

(Chorus)

 
WhatSiGadisSaid : I have fall for this song.. heart beat fastest than ever.. love the lyrics so... will i be like her waiting him for a thousand years.. until Syurga Jannah? Wonder and wonder.. not wonder pets okeh :) .. Doa is a key of Muslim. So, doa as all you can. To my future, i wish that i have a hearts waiting for your love till the ends. Until that day come.. <3 (jiwang la plak..adehhh)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)