Followers

Friday, March 30, 2012

HikmahNya

Masa tak mengizinkan... bukan terlupa, bukan bajet sibuk, tapi realitinya memang teramat sibuk... keluar masuk kertas kerja, dah biasa sekarang buat aku... kalau dulu, terkejar jugak.. ada satu masa tue sampai gelabah kalau kertas kerja tak siap.. tapi, pengalaman mengajar kita. betul tak??? Jadi, korang jangan stop follow blog Si Gadis Comot.. Amboi... Ayat tak leh blah kan... Rasa macam nak ketuk pon ada, hahaha.. Bukan apa, aku akan usahakan diri aku dan luangkan masa untuk post entry2 baru. Pasni korang boleh la singgah2 selalu kat blog budak pemalu ni.. kakakaka (pemalu la sangat, nak muntah rasa).. hee.

Actually banyak benda berlaku kat aku since that day.. A day aku mula pegang tanggungjawab baru. Kehidupan aku tak macam dulu da.. Dulu boleh nak cuti or MC. Kadang2 bila saat badan liat malas nak keja, automatik amek cuti. Giler jek dulu. Tapi sekarang padan muka aku. Nak cuti pon fikir sepuloh kali. Sebab kesannya, akan kena diri sendiri. Hahha. Kalau tak kerja, gaji tak ada. Hmm. Bukan aku nak merungut, malah aku bersyukur. Sebab aku percaya, setiap keadaan yang berlaku dalam perjalanan hidup aku, Allah s.w.t dah susun semuanya. Aku salah seorang hambanya, ibarat patung yang menceritakan semula kejadian2 itu. Dan yang penting, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Pepatah nie tak pernah lekang dari hidup manusia. Kan? 


Nak tak nak, kita manusia kena lalui hidup nie dengan tabah. Aku pon sama. Sebab aku percaya, walaupon kerja aku hanya kerja kontrak, gaji hari, InsyaAllah, bila sampai masa aku, bila Allah dah cakap kerja itu kerja aku, aku akan dapat kerja tetap. Yakin itu perlu. Sebab kalau kita tak yakinkan diri kita, sapa lagi nak yakinkan. (Ayat sedapkan diri macam nie la).. he.. Apapon, hidup perlu diteruskan. Enjoy our day till the end. Ada masalah, selesaikan seboleh mungkin. Setiap masalah juga ada penyelesaiannya.

WhatSiGadisSaid : Saat meniap nie, hati tengah kecewa sebab tadi g kat Tailor, tutup lak.. adoi, jauh okeh! Sabar Ayu, sabar. Ada hikmah.. :)

4 comments:

SumBody Me.. said...

hee..'kita serupa..'hehehe..xpa cik ayu..sabaq naa..sampai jgk waktu tu nanti..wait n see ja..tp 4 this time being..keja dengan ikhlas + redha k..

Aishah Jahirah said...

cari hikmahnya....insyaallah akan jumpa....:)

SI GADIS AYU ADRIANA said...

keet : yup.. setiap yg blaku ada hikmahnya kan.. insyaAllah, kalu tertulis rzki kta, memg utk kta..amin. jgn berhenti bdoa padaNya :)

SI GADIS AYU ADRIANA said...

aishah : tima kaseh aishah.. amin :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)