Followers

Wednesday, February 22, 2012

Membawa Diri

Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku telah membawa diri aku. Ya Allah, besar kurniaanMu kepada diriku dan besar juga jalan yang engkau buka untuk aku tempuh. Orang cakap berhijrah itu perlu. Apa pandangan korang semua? Apa maksud hijrah? Macam pandai je kan aku nak explain, hee. Takpe2, dari sumber yang aku dapat melalui carian Google, boleh kita sama2 kongsi.Antaranya:

1. Konsep Hijrah Pada Sudut Era Globalisasi
 
Hijrah dari sudut era globalisasi, juga meliputi perubahan dan penghijrahan dari aspek-aspek fizikal, minda, sikap, hati, selain persekitaran dan pelbagai keadaan kehidupan. Dalam hal ini Allah menjelaskan sebahagian besar ungkapan reformasiNya pada Ayat 11 Surah al-Ra'd:

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri".

2. Konsep Hijrah Dari Aspek Masa

Hijrah amat menitikberatkan pengurusan masa supaya manusia itu tidak berada dalam kerugian, sebelum ia habis dan berakhir dengan kematian. Malahan peringatan tegar ini telah di jelaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran". 

3. Konsep Hijrah dari segi Bahasa 

Bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi sejarah, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalam kehidupan Nabi dan juga perkembangan agama Islam itu sendiri. Penghijrahan ini dilakukan secara senyap bagi mengelakkan diketahui oleh musyirikin Mekah. Mereka berpindah dalam kumpulan yang kecil secara berperingkat-peringkat. Malah penghijrahan nabi bersama Abu Bakar ke Madinah mempunyai hikmahnya tersendiri. Mereka merupakan kumpulan akhir berhijrah bagi tujuan mengabui mata kaum musyrikin.

Dari segi istilah, perkataan hijrah berasal dari akarnya, daripada kata bahasa Arab ha-ja-ra bermaksud: berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain atau berpindah dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik. Dalam Al-Quran, di antara ayat-ayat yang mengandungi kata hijrah ialah surah al-Muddaththir, surah al-Ankabut, surah al-Muzzammil dan al-Nisa. Antara makna hijrah yang terkandung dalam ayat-ayat di atas ialah meninggalkan perbuatan dosa sebagaimana dalam Surah Al-Muddaththir ayat 5 yang bermaksud:

"Dan Segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi".

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 100 yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang di tuju maka telah tetap pahala di sisi Allah dan adalah Allah s.w.t Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang". 

Melalui sebuah Hadis Nabi Muhammad s.a.w, hadith riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasai) yang bermaksud:

“ Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah".

Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 74 yang bermaksud:

"Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah danmereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia".

Banyak info mengenai konsep hijrah sebenarnya. Untuk pengetahuan lanjut, korang bole masok web nie :KONSEP HIJRAH.

Amboi panjang plak penjelasan aku kan. He, panjang la korang nak baca jugak kan. Ha xpe, skali skala bagi korang penat + mata juling tengok PC, apa salahnya kan, hee. Jadi dengan izin Allah, dan sokongan serta nasihat dari Keluarga, MyChenta, Sahabat-sahabat, aku ambil langkah satu tapak kehadapan. Aku rasa memang dah terlewat untuk aku. Tapi, better than never right? Semua yang berlaku ada hikmah dan sesuatu yang dijadikan oleh Allah adalah sebagai pengajaran kepada kita semua hambanya.

Aku masih baru dengan perkara-perkara ini dan aku masih belajar + masih banyak meminta nasihat dan pandangan dari mereka yang arif dalam bab-bab nie. He. Malu bertanya sesat jalan. Kalau tanya banyak pon orang tak suka jugak. Tapi pilih la mana yang kita nak. Sebab ilmu perlu dicari dan kalau boleh carilah ilmu sehingga ke akhir ayat kita.

Apapon, a very very big THANKS kepada yang memberi sokongan moral kepada diri ini. Hanya Allah boleh balas jasa kamu semua. Terima kasih tak terhingga. :)

WhatSiGadisSaid : Hanya berkongsi maklumat :).. Dan next post aku akan cakap kemana aku MEMBAWA DIRI.. Tunggu :)

2 comments:

Little DaMiA.. said...

suka nya tgk penghijrahan ayu kali ni.. Alhamdulillah smoga mendapat lebih keberkatan dlm kehidupan ni..
Apa pun u look different.. rasa cm lbh matang n tampak lbh cantik..segan i tau.. xbleh dh sakat lebih2 pasni.. ngeee d:)

SI GADIS AYU ADRIANA said...

little damia : alhamdulillah akk. terima kaseh byk2 kt akk.. sbb byk bg nsht kt ayu.. and now ayu jd ayu yg skg..hee.. matang xpe..jgn nmpk berumur, he..xmo2.. ngeh2..
ye ke xle sakat da..bkn mkin akk menyakat ayu jek,hee..
tq sis..a lot..muah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)