Followers

Thursday, December 29, 2011

HAPPY NEW YEAR 2012

We are nearly at the END of 2011.

Remember LIFE is SHORT ! Don't break the RULES :

1. FORGIVE quickly
2. KISS slowly
3. LOVE truely
4. LAUGH uncontrollably, and
5. Never REGRET anything that make you SMILE.

May this new year, 2012 give us more courage to face our future !
And don't forget ALLAH in our day to day life.
Coz everything happen are came from ALLAH. Amin.


LIFE, LOVE, LAUGH... 3"L" in ONE.

Wednesday, December 28, 2011

Lama bercuti

Lamanya lahai tak mengepost entry baru. Banyak perkara berlaku pada aku dalam masa aku bercuti nie. Bercuti??? maksud aku bercuti dari mengepost entry2 baru buat followers kesayangan aku semua nih.. Yer aku sayang korang semua. Walaupon hanya di alam maya. Caya tak? Eceh. Hee. Kompem sapa yang baca ayat aku nie nak termuntah kan? Ok silakan. Hahahahha.

Buat pengetahuan korang semua, Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, banyak perkara baik berlaku pada aku dalam masa aku bercuti nie. Aku bersyukur kepada Allah atas setiap limpah kurnia dan rezeki yang Dia berikan kepada aku. Ini tuahnya buat orang yang bersabar. Tak rugi kita bersabar kan. Alhamdulillah. Aku ingin berkongsi berita gembira dengan korang semua termasuklah followers mahupon pembaca blog Si Gadis Comot.

Firstly, Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t, aku telah dinaikkan pangkat. Err, silap ke ayat aku? Ngee. Ok meyh nak cita sini. Sebelom nie aku ada story kan yang aku seorang Pembantu tadbir (Gred N17) di sebuah jabatan (Kontrak Skim Perkhidmatan Singkat). Alhamdulillah, dengan kekosongan yang ada sebagai seorang PSU (Gred M41) di jabatan itu jugak tetapi dibahagian yang lain, seorang Datuk dan juga SUB (Setiausaha Bahagian) - Bos lama aku; offer aku untuk jawatan nie. Walaupon kontrak, aku accept. Sebab pada aku, ini permulaan yang baru untuk membina kerjaya dengan ijazah yang aku ada. Amin. Aku syukur sangat2 sebab apa yang aku idamkan, aku dapat. Walaupon kontrak, aku redha kalau ini adalah permulaan untuk hidup aku.


Yang keduanya, bulan lepas, aku ada amek exam untuk Pegawai Antidadah S41, dan baru2 nie result dah keluar. What can i say is I PASS THE EXAM !!!! yahoooooooo!!!!.. Tapi.. sesaat terfikir, "Ayu, awak boleh ke jadi Pegawai Antidadah????"..hahahhaa. Aku teringat Datuk kata kat aku, "Hang boleh ka jadi Pegawai Antidadah ni???"... Err.. no komen. Hahahha, ngeri jugak. Tapi kalau tak cuba mana nak tahu. Ini jugak permulaan. Sebab ada lagi peringkat yang seterusnya sebelom aku betol2 layak jadi seorang Pegawai Antidadah. He. So, i do my best in next exam PAC. Semoga aku dapat lulus dengan jayanya. Amin.


Jadi sekarang, aku nak ucapkan berbanyak terima kaseh kepada semua yang beri semangat kepada aku. Special thanx to Datuk dan juga SUB, sebab beri kepercayaan kepada aku untuk pegang tanggungjawab nie. Saya cuba belajar dan jadi seorang PSU terbaik. Masih di ingatan, kawan2 di bahagian PG, sayang kamo semua. Walaupon ayu dah naek atas, bole jumpa lagi. Tapi rindu jugak suasana yang huru-hara kat bawah. Kepada team member di opis baru, semoga kita dapat bekerjasama dan anda semua dapat beri tunjuk ajar pada saya. Budak yang baru belajar jolok buah kelapa. Hee. Kerja baru, semangat baru. Cahyok2 !!!!


WhatSiGadisSaid : Kita harus belajar terima benda baru, baru terbuka minda. Ye ke? Aku la tuh. Hee

Monday, December 12, 2011

Lirik lagu OST Ombak Rindu

OST OMBAK RINDU




WhatSiGadisSaid : Pada yang berminat boleh la view liriknya sambil dengar lagu.. Lentok sekejap :)

Wednesday, December 7, 2011

Marathon New Movie - Part 2

OMBAK RINDU


Sinopsis Novel Ombak Rindu

IZZAH (Maya Karin) adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Note : Kalau korang nak tahu selanjutnya, kena la tengok.. Ulasan aku tentang movie nie, banyak bezanya dengan novel. Ye lah, movie nie kan di adaptasi dari novel Ombak Rindu. Jadi sedikit sebanyak ada la yang sama. Kalau nak cerita sebijik macam novel, sampai esok pon belom tentu abes wayang. He. Bila aku baca novel, air mata jangan cakap la. He. Melimpah ruah bagai coklat yang dicurah ke ladang gandum, lepas tue jadilah koko krunch .. Ok itu dah merepek. He. But overall, syahdu. Air mata nie bergenang. Kalu Chenta Ati x ganggu, kompem da meleleh dah. Adoi. Ditambah pelakon yang bagos2, memang menjadi. Tahniah kepada semua yang terlibat. No wonder dalam masa 4 hari movie nie boleh cecah 4 juta. Dan panggung lak sentiasa full kan. Sampai ke hari ini still full. He. So pada yang nak tengok, cepat2 book ticket sebab nanti melepas. Kalau diberi peluang aku akan tengok lagi. Kenapa? sebab ianya memang best. Best of luck to all yang terlibat. Again. Jom layan beberapa pic dari movie nie.

alahai, manje2 gitu.. mula la berangan kan :)

part romatik.. syahdu kot..ngee

nice and beautiful environment

Andai ada jodoh tak ke mana ;D

WhatSiGadisSaid : Cintu itu tak kejam.. Hanya manusia yang tidak pandai menilai cinta. Kita kena redha. Redha itu harus ikhlas. Kerana redha itu adalah pasrah. Dan pasrah itu adalah menyerah... - (ayat Izzah dan Mila).

Marathon New Movie - Part 1

TWILIGHT SAGA BREAKING DAWN PART 1


Synopsis : The movie starts off with the anticipated wedding of Bella (Kristen Stewart) and Edward (Robert Pattison). The setting is stunning and all of the original cast members from the last three films are all in attendance, as well as some new additions, such as the Denali vampires from Alaska. However one that was missing was Jacob (Taylor Lautner) who only shows up at the end of the night to show his disdain.

Note :  I give 9 of 10 stars to Twilight Saga Breaking Dawn Part 1.. It was so amazing. But the end of movie just stopped like that and Bella became vampire with her red eyes. Because the movie is part1, we will continued in part2. Can't wait to watch it.


AKU BUKAN TOMBOY


Harry (Shahiezy Sam), seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa (Scha Al-Yahya) merasa tergugat apabila Burn (Syamsul Yusof) muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell (Sheera) dan Sam (Salina Saibi)-(pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam “AKU BUKAN TOMBOY” sebuah filem bergenre aksi komedi romantik.

Note : Funny movie to watch. Every single part in this movie make me laugh. I love the character of Harry. As he are in every movie Shahiezy Sam. And part of "Tomboy" fight to get Farisa. For Malay movie, it nice to watch. 8 of 10 stars. But i don't like the ending. I don't which guy Farisa choose between Harry, her bestfriend and Burn, a guy he fall to. Hmm.

WhatSiGadisSaid : Ini cerita lama yang aku baru nak post. Korang layankan je la yek. Aku boleh layan 2 movie dalam masa 1 hari. Sengal je kan. Tengahari, time lunch dengan teman opis. Malam pulak, layan Twilight. Adoiii. APTB. :)

Monday, December 5, 2011

IT's OUR SENGAL DAY

Hujung minggu yang agak membosankan buat aku. Hari Sabtu, aku hanya melayani tubuh badan aku dengan hanya membaringkannya di atas tilam empuk yang tak berapa nak empuk. Puas hati menggantikan tido yang tak dapat dipenuhi pada hari2 bekerja. Bangon pagi, mandi. Tengahari cari makan di kedai. Nak masak, mood masak tue tak sampai2. He. Lepas makan je, macam biasalah. Dengan perot yang kekenyangan, mata yang agak sepet nie makin sepet. Adoii. Bantal pelok sudah memanggil2, "datanglah sayang kepadaku, aku mahu dirimu memelukku".. Alahai.. laungan yang begitu memuja hati membawa diriku untuk memeluknya. Ok selamat sudah aku memeluknya sampai ke lewat petang (tido sokmo).... Hee. Memang hari yang membosankan.

Hari Ahad pulak, sama macam hari Sabtu. Bila time hujung bulan, masing2 senyap. Bukan apa, poket terasa kekosongannya. Nak berbelanja, ingat2lah kamu. Nanti duit makan pulak tak ada. So, better you just keep you mouth shut. Jangan dok bajet nak bershopping... Bosannyer lahai. Tiba2 my housemate tanya, "Ayu ada pergi mana2 tak petang nie??".. Hmm.. wondering "Tak ada plak. Sebab masing2 poket slow". Then die cakap "Jom teman Azy beli usb camera. Usb camera opis hilang. Kita g The Mines je"..  Aku yang tak ada plan apa2 nie pon da bagai lembu ditusuk hidungnya, setuju jek. Better follow sebab tak sanggup nak hadapi ari tanpa buat apa2. Bosan kot.

Sampai je The Mines, jalan jangan cakap lah kan. Sesak nak mampos. Kereta tak begerak ada la dekat 20 minit. Adoiii, geram jek. Dalam hati terdetik "kenapa la dieorang nie nak datang The Mines time aku nak datang". He. Pastu sambong lagi, "Ayu, awak ingat awak tue anak datok ke?? Haks". Anak datuk kepada cucu2nya ada la. He. Datuk Hassan. Ngee. Ok lah kan, datuk jugak. Kuikui.

Cari usb dari satu kedai ke satu kedai sampai ada yang ngorat Si Azy. Kuikui. Sapa suh melaram lagi kan. Nak cari usb, lain yang dapat. He. Bila dah jumpa usb nye, warna lah pulak tak ada. Hmm. Nak wat camna. Nak ajak cari kat Lowyat, agak la kan da petang. Hari lain boleh la Azy oii. Bila da resah2 tak ada, kami pon jalan2 cuci mata. Memang cuci mata jek, nak cuci tangan, tak kesampaian. Tapi Cik Azy kita shopping la jugak. Ok la kan. Tak dapat usb, dapat baju pon ok. Bila dah penat, perot pon dah bunyi2 mintak di isi. Aku pilih untuk makan di Station Kopitiam. Favourite restaurant time blajar dulu. Datang jek The Mines, kompem lepak kat situ. Aku suka environment die. Nice. Ok lah, malas nak cita banyak lagi. Nie antara pic kami time bosan tunggu makanan :).

Candid?? oh tidak. Candid sendiri meyh !

Always be ComotMomot ;)

Cik Azy kita. Antara pic die. Penuh camera .. Hee

WhatSiGadisSaid : Bila gaji nak masok nih !! erghh. Tak sabar nak shopping. Membuak2 suda.. Huu.. (kecik ati lens baru dah terkoyak, baru pakai sekali. Kecik ati !!!!!)

Thursday, December 1, 2011

Wordless Thursday

Today is DECEMBER 1, 2011.
A month to go.
No more hopes.
Waiting for miracle happen.
Will it? like Alice in Wonderland?
Maybe i could dream of it but to be, i think i'm not.
Say goodbye? Sayonara? selamat tinggal?
Nothing to say.
Because it was a wordless Thursday !!!!


WhatSiGadisSaid : Tolong jangan bermimpi di siang hari ! Jangan berangankan benda yang sudah semestinya tak akan mungkin terjadi kerana kamu sudah tahu sebab musababnya kenapa !!!!! hate it !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)