Followers

Wednesday, November 30, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

SELAMAT TAHUN BARU atau SALAM MAAL HIJRAH 1433 
buat semua umat Islam di atas muka bumi Allah s.w.t. ini.


Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku masih di sini, di atas bumi ciptaannya bagi meneruskan kehidupan sebagai salah seorang dari hambanya. Hati berdebar, bukan apa. Otak aku tak berhenti berfikir sama ada "Adakah kehidupan aku akan jadi lebih baik dari tahun sebelumnya?", "Adakah aku akan lebih matang untuk menjalani kehidupan ini?", "Adakah impian aku akan tercapai untuk tahun ini?".. Akankah ini semua terjadi???

Banyak perkara bermain dalam benak fikiran aku. Aku cuma berharap dan terus berdoa padaNya semoga ada cahaya petunjuk dariNya untuk diri aku. Semoga aku tabah dalam menjalani arus kehidupan yang makin hari makin mencabar ini. Dan sesungguhnya aku ingin menjadi seorang anak solehah kepada ibubapa aku dan semoga dengan hendakNya aku menjadi seorang muslimah dalam erti kataNya. Semoga apa yang aku azamkan tahun ini (actually ada jugak yang aku forwardkan dari tahun lepas.. hee), semuanya dapat dicapai satu persatu seperti yang telah dirancangkan. Dan kepada anda semua, pembaca blog SiGadisComot, semoga lembaran baru tercipta dalam kehidupan kita semua. Sama2 kita berusaha untuk mencapainya tanpa mengenal erti jemu. Dan tawakallah kepadaNya. Ingatlah Dia selalu dan jangan kita lupa padaNya. Amin ya rabbal alamin.

WhatSiGadisSaid : Cintailah Dia melebihi segalanya yang kamu miliki kerana sesungguhnya Dialah yang satu, pencipta sekalian alam. Peringatan buat diri ini dan kepada sesiapa sahaja di luar sana.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)