Followers

Wednesday, November 30, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

SELAMAT TAHUN BARU atau SALAM MAAL HIJRAH 1433 
buat semua umat Islam di atas muka bumi Allah s.w.t. ini.


Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku masih di sini, di atas bumi ciptaannya bagi meneruskan kehidupan sebagai salah seorang dari hambanya. Hati berdebar, bukan apa. Otak aku tak berhenti berfikir sama ada "Adakah kehidupan aku akan jadi lebih baik dari tahun sebelumnya?", "Adakah aku akan lebih matang untuk menjalani kehidupan ini?", "Adakah impian aku akan tercapai untuk tahun ini?".. Akankah ini semua terjadi???

Banyak perkara bermain dalam benak fikiran aku. Aku cuma berharap dan terus berdoa padaNya semoga ada cahaya petunjuk dariNya untuk diri aku. Semoga aku tabah dalam menjalani arus kehidupan yang makin hari makin mencabar ini. Dan sesungguhnya aku ingin menjadi seorang anak solehah kepada ibubapa aku dan semoga dengan hendakNya aku menjadi seorang muslimah dalam erti kataNya. Semoga apa yang aku azamkan tahun ini (actually ada jugak yang aku forwardkan dari tahun lepas.. hee), semuanya dapat dicapai satu persatu seperti yang telah dirancangkan. Dan kepada anda semua, pembaca blog SiGadisComot, semoga lembaran baru tercipta dalam kehidupan kita semua. Sama2 kita berusaha untuk mencapainya tanpa mengenal erti jemu. Dan tawakallah kepadaNya. Ingatlah Dia selalu dan jangan kita lupa padaNya. Amin ya rabbal alamin.

WhatSiGadisSaid : Cintailah Dia melebihi segalanya yang kamu miliki kerana sesungguhnya Dialah yang satu, pencipta sekalian alam. Peringatan buat diri ini dan kepada sesiapa sahaja di luar sana.

Wednesday, November 23, 2011

K.A.M.I crazy Home Decoration ala English Style

I LOVE  HOME DECORATION ENGLISH STYLE !!!

Korang suka tak?? Aku suka!! Aku teruja!! Sangat teruja bila sampai satu restaurant nie. Luluh jantong nie sebab sangat2 sweet this restaurant. English style babe. Ahhh, aku suka ! No words anymore coming out from my lips except sweet, nice, beautiful, gorgeous. Macam mana yek English style tue?? Ha nie ciri2 home decoration like English Style.

Bedroom

Living Room

Kitchen

Bathroom

Nak dijadikan cerita, keterujaan aku menjadi2 bila aku pegy makan di satu restaurant nie, English style. Nama restaurant nie, The Garden. Lokasinya kat Alamanda, Putrajaya. Kat tempat lain pon ada tak silap aku. Sangat menarik hati. Actually aku dan teman2 opis aku nie lalu jek kat restaurant nie. Kami nak naek tingkat atas. G karaoke. So, lalu je la sebelah restaurant tue. Kat luar restaurant tue menarik bila ada meja2, kereta bunga dan buaian yang sweet. Luarannya memang korang akan terdetik, mesti makanan die harganya mahal. But... Standard price die macam Secret Recipe. Boleh la kan. Sekali sekala menghabiskan duit kat tempat2 macam nie. Lagipon makanan die sedap2. Lasagna, spagethi, sandwich and macam2 lagi. Korang boleh pilih. Aku tak nak story banyak sebab korang mesti lagi teruja bila tengok picture2 kami nih. So, nilai la okeh !























 

 























WhatSiGadisSaid : So, apa tunggu lagi. Pegi la. Pada mana2 jejaka nak propose buah hati masing2, tempat nie sesuai. Sangat romantik okeh ! So, pada buah hati saya, tolong alert okeh ! hahahaaha. (jangan marah b).. Ngee.

Tuesday, November 22, 2011

Garuda Dibaham Harimau Garang !


SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam. Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos. Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama. Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga. Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3. Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.




WhatSiGadisSaid : Tahniah skuad Harimau Muda kerana memberikan kejayaan buat kali seterusnya kepada Malaysia. Walaupon penat, korang tetap merangkul kejuaraan ini. Glory glory Malaysia. Harimau tetap akan mengaummmm.

Selected movie this month

SHARK NIGHT



Synopsis :

“A sexy summer weekend turns into a blood-soaked nightmare for a group of college students trapped on an island surrounded by voracious underwater predators in Shark Night 3D, a terrifying thrill ride from director David Ellis (The Final Destination, Snakes On a Plane), featuring a red-hot young cast including Sara Paxton (Superhero Movie, Last House on the Left), Dustin Milligan (“90210,” Slither), Chris Carmack (“The O.C.”), Joel David Moore (Avatar), Chris Zylka (The Amazing Spider Man) and Katharine McPhee (The House Bunny).

Arriving by boat at her family’s Louisiana lake island cabin, Sara (Sara Paxton) and her friends quickly strip down to their swimsuits for a weekend of fun in the sun. But when star football player Malik (Sinqua Walls) stumbles from the salt-water lake with his arm torn off, the party mood quickly evaporates. Assuming the injury was caused by a freak wake-boarding accident, the group realizes they have to get Malik to a hospital on the other side of the lake, and fast.

But as they set out in a tiny speedboat, the college friends discover the lake has been stocked with hundreds of massive, flesh-eating sharks! As they face one grisly death after another, Sara and the others struggle desperately to fend off the sharks, get help and stay alive long enough to reach the safety of dry land.”

More synopsis Review.

Monday, November 21, 2011

Its about LIFE !


That was what i am doing right now
I am very thankful to Allah s.w.t
Because of the bounties given by
I was here
Working and getting my salaries ...
As a contract worker
From 1 year to current
I am really appreaciate it
But I'm just looking for something better
As permanent worker in any organization or instituition
For my future and for my career


From one exam to another
From one scheme to other
Non stop !!! I'm doing my best in it !
I give my all in every exam
Little sleep.. More hard and more smart
Just wishes that i pass all the exam
And got new oppurtunity to start a new
For better qulity of life


I want to live the life i want
As i created one
And achieved all them one by one
But I'm wondering
Maybe the time not comes yet
That's why I'm still here
As contract worker
And nothing new happens in my life
Since i am graduated
And why this happen to me ???
I do not blame the fate
But that's only my unsoundness mind as human


I hope that I am strong to faces my future
Because if I'm not, there's nothing can help me
Allah has organized my life journey
And me as Allah servants should take it as a bet
He know the best for me...


Life must go on..
Even you won't like to accept it
But that's called life
Face it happily
Because life only once
Nothing you should regret
Keep on moving
And there is a smile for you :)

WhatSiGadisSaid : Pray for his forgiveness. Hoping that there would be a smile to be. InsyaAllah. Amin. (sorry if too many errors in my writing .. hee)

Tuesday, November 15, 2011

Getting BUSY

Hye my followers a.k.a my friends and anyone yang singgah kat blog nie
Lama aku tak menghupdate blog
Sorry for anyone yang tunggu aku punya entry pasan tol
I just getting busy
So, i will hupdate after i finished things up
So for a mean time, jangan segan silu untuk follow blog nie okeh
Visit again and again okeh :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)