Followers

Thursday, October 6, 2011

Terima Kaseh Sayang

Last month MySayang a.k.a MyCuteScooter telah didapati mengalami penyakit dimana baterinya telah kongKINGkong. Jadi doktor meminta aku menjalankan pembedahan secepat mungkin untuk kesenangan aku juga di masa hadapan. Memandangkan bulan lepas kita semua telah menyambut Syawal yang hanya setahun sekali sahaja, aku membuat permohonan dari doktor supaya ditangguhkan pembedahan ke bulan ini. Sebab yang aku boleh bagi kat doktor tue adalah :

1. Hari Raya Aidilfitri setahun sekali sahaja.
2. Belanja wet raya untuk anak buah tinggi.
3. Belanja kueh raya pon melambong jugak seperti harga barang2 yang melambong bila harga minyak petrol naik... Itu dah kira masok konsep ekonomi. Bila permintaan tinggi, orang2 yang jual kueh pon letak harga tinggi. Ish3 :)
4. Belanja nak balek kampong nak kena bayar lagi.... blablablaaaa.


Jadi doktor pon kesian kat aku bila tengok muka seposen aku, die pon cakap permohonan aku diluluskan untuk ditanggukan pembedahan tue. Bila sampai tarikh pembedahan (bila gaji dah masok), tiba2 baru aku pasan roadtax MyCuteScooter pon da tamat.. Adoooi.. Selamat pembedahan pertama hujung bulan lepas yang wajib dilakukan sebab dah parah sangat kalau tak bayar, tak pasal2 kena saman dengan polis trafik...Jadi bila pembedahan pertama selamat, aku telah meyakinkan MyCuteScooter untuk melakukan pembedahan keduanya... Padahal meyakinkan diri untuk bayar bil rawatan pembedahan tue, haish...

Tengahari aku berangkat ke Serdang, Selangor time lunch untuk menjalankan pembedahan yang kedua. Sekali time nak pergi, boleh pulak perasan tayar belakang dah merekah. Erghhh, boleh pulak kan. Sabar je la. Bila dah masok bilik pembedahan, bateri kongKINGkong telah ditukar bagi membolehkan starter berfungsi seperti biasa sebelum nie start motor guna kaki....Hee. Keduanya, servis motor : tukar minyak hitam dan minyak gear. Pembedahan berjalan lancar. Selamat di bilik pembedahan pertama, MyCuteScooter di masukkan ke bilik pembedahan kedua. Tanya2 doktor, ada tak tayar yang murah sikit. Doktor cakap "lu mahu itu tayar tahan lama, lu amek ini EURO punya tayar"... Amboi doktor nie, aku plankit sekali baru taw. Tayar EURO original mahal okeh, sukasuki jek yek. Huu. Mula nak postpone jer pembedahan yang ke3 ke bulan depan. Tapi risau pulak aku. Huu. Nak tak nak, tukar la jugak. Huu.

Alhamdulillah, pembedahan berjalan sangat lancar. Bayaran bil rawatan pembedahan pon agak lancar. Selamat la bulan nie. Ada yang posa penuh sebulan bagi bulan nie. Uhuks. Demi sayang, aku relakan. Eceh. Hampes jer. Sayang, pasni jangan saket2 lagi taw. Sori sebab princess tak jaga sayang baek2 samapi kena masok wad. Lallalalala :D. Dah 2 tahun aku bersama sayang aku. Sayang die banyak2. Tanpa sayang, aku tak boleh bergerak. Terima kaseh sayang. Love you more. Muuuuaaahhhh.

MySayang :)

WhatSiGadisSaid : .Kira okey la kan sebab first time masok bilik bedah, tue pon nak kecoh, hee. Apa pon tak leh ;)...

6 comments:

Prince Halilintar said...

wah..dah cantek scooter tu...

Mas said...

alala....siannye buah hati dia..biasa la..semua benda memerlukan kos yg tinggi zaman nih.. moge lepas ni,buah hati dia sihat2 selalu..

SI GADIS AYU ADRIANA said...

hee.. da sedap enjin lpas masok bilik bedah,haks :)

Little DaMiA.. said...

hahahaha..ni bru motor lum pakai kete lg.. ngeee... cuba tanya org yg pakai kete tu cmne.. lg pening pale..ngeee...

SI GADIS AYU ADRIANA said...

kak mas : thanx akk. da ok skg..sdp enjin..xpe la abeskn wet cket utk bf ayu nie..utk ayu gna gak kn :)

SI GADIS AYU ADRIANA said...

kak liza : tue arh..kna fikir balek nk pki keta sdri ke x..xpon tmpg JK je la,hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)