Followers

Monday, October 31, 2011

Rapuh

Ya Allah, kau tahu betapa hambaMu ini lemah
Tunjukilah aku ini jalan menuju redhaMu
Biarku rebah luka berdarah
Janganlah Kau tinggalkan diri ini
Memilih jalan sendiri selain dari jalanMu


Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Lirik : Opick
Artis : Opick

WhatSiGadisSaid : Mode lagu + lirik Opick, artis dari Indonesia. Lirik lagu best2.

Friday, October 28, 2011

Jadilah.....

Hidup ini boleh diubah dengan Merubah Cara kita berfikir....
Apa yang dipercayai oleh fikiran kita Maka itulah yang akan dicapai oleh kita....
( Datuk Dr.Maznah Hamid )

Positifkanlah diri kita andai kita mahu sesuatu itu berakhir dengan positif
Jauhi diri kita dari yang negatif maka tiada lagi gangguan negatif

Siapa Datuk Dr.Maznah Hamid???? Ini dia sedikit informasi (dari google) untuk dikongsi bersama :


Datuk Maznah Hamid dilahirkan di Air Hitam, Kedah Darul Aman. Bersesuaian dengan jolokan sebagai Wanita Waja (Iron Lady), beliau merupakan wanita pertama yang mengusahakan perkhidmatan kawalan yang sebelum ini menjadi dominan golongan kaum lelaki.

Kerjaya:
  • Pengerusi Danau Lumayan
  • Pengerusi Securiforce Hi-Tech Cargo
  • Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
  • Lembaga Pengarah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  • Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia
  • Lembaga Pengarah Maznah Motivational Centre
  • Lembaga Penasihat Excellerated Business School. Inc, USA
  • Lembaga Amanah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
  • Ahli Majlis Pembangunan, Usahawan, KPU
  • Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, JPM
  • Presiden Usahawan Wanita Wilayah Utara (USAHAWATI)
Penglibatan Politik :
  • Exco Pergerakan Wanita UMNO, Malaysia
  • Pengerusi Biro Pembangunan Sumber Manusia
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan anugerah Usahawan Cermerlang 1989, Anugerah Kehormat Wanita Cermerlang Tan Sri Fatimah dan Anugerah Graduan Daya Kepimpinan Negeri. Beliau juga telah dianugerahkan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah, P.J.N., K.M.N.,dan A.M.K.

P/S : Know more about her by like her page here : MaznahHamid Page

Wednesday, October 19, 2011

FlashBack Birthday : Thanx Yayunk- yayunk !!! XOXO

Bulan Julai lepas adalah ulangtahun diri aku yang ke24. Pejam celik pejam celik. Sekejap jek masa berlalu kan. Sekarang dah bulan 10. Post kali nie bersangkut paut dengan post aku yang lepas, kira flashback bagi post Epy Besday Comot Momot. Dalam post tue aku ada mention my treasure friend's name. On that day dieorang ada sediakan special birthday kek for me. Yah, i'm surprised sebab selama 24 tahun aku hidup di muka bumi Allah nie, aku tak pernah diberi kejutan macam tue. Haks. Kesian kat aku kan. Tapi bile dengan kawan2 aku nie, dieorang memang suka buat surprised cket. Thanx a lot my dearest treasured friend. Because all of you, i had an experienced like that. Happy to have all of you with me.

Selain dari surprised tue, ada jugak yang bagi hadiah kat aku. Aku rasa tahun 2011 nie, aku paling bahagia sambut hari lahir aku. Sebabnye, tahun nie aku dapat hadiah banyak. Dah tua2 kan, dapat hadiah. Rasa cam muda lagi. Ehee. Dulu zaman sekolah banyak jugak, tapi tue zaman budak2. Tak kesah la sangat. Tapi aku happy. Happy sangat.

My dearest treasured friend and my housemate, a lot of thanx to all of you. Banyak cita tak best jugak, jom layan picture hadiah yang aku dapat :

Dari Elisha (bungkus merah, dalam tue ada jam MickeyMouse) dan dari opis

Dari Kak Mas

Dari Kak Lieza

Dari Azy (housemate)

Dari JalwaIyas

WhatSiGadisSaid : Kak Nurul bagi shawl (warna oren).. Picture tak sempat amek. Thanx yayunk. Love you all lots. XOXO. 

Tuesday, October 18, 2011

HAPPY BIRTHDAY SIS

Buat Kak Nor @ Nurul Akmal :

Selamat Hari Lahir yang ke32
Selamat hari TUA yer kak NOR, ahaks
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Semoga ceria2 selalu di samping keluarga terchenta :)

Target Sasaran

12 Oktober 2011, bertempat di RasaMas, Alamanda kami membuat kejutan untuk Kak Nor. Aku, Kak Lieza, Nadia, Kak Intan dan Elisha dengan sebijik kek coklat Moist dan hidangan RasaMas buat dia. Plan A, kami order kek coklat moist kat teman opis. Memang terbaek kek dia dan yang paling best kami order kek kecik tapi dapat kek besar. Tima kaseh bro. We all thanx you a lots. Ini buatkan surprising untuk Kak Nor makin berhasil. Saja nak buat target sasaran touching lebey.

Coklat Moist

Plan A dah setel. Jadi plan B bermula. Kami, aku, Kak Lieza, Nadia dan Elisha gerak dulu ke Alamanda. Kami suruh Kak Intan yang bawa die ke Alamanda. Bila Kak Nor tak de, kami seludup keluar diri kami. Kak Nor nie tak boleh kalau tengok kami 4 orang tak de, mula la die sibok nak call. Memang die call banyak kali, tapi semua tak angkat call. Hahaha, jahat kan kami. Bukan apa, kalu angkat, kantoi la nak surprise die. Hee.

Plan C, sampai je RasaMas, order and prepare apa yang patot before Besday Girl sampai girl lagi ke??? hee. Tungu punya tunggu, besday Girl sampai. Muka agak cuak and terkejut. We tot die tahu kami nak surprised die tapi die cakap tak tahu pon. Kak Intan pon best bagi alasan nak beli panadol sebab saket kepala. Sempoi la Kak Intan. Jadi plan2 kami nak surprise die menjadi. Ahaks. Dan paling best nye, Kak Nor touching bila die nangis before potong kek. Yahoo !!! Cayalah. Mission accomplished. Hiks.

Hidangan RasaMas

Me wif Kak Lieza, comel selalu :)

Elisha wif Nadia

Besday sapa nih??? hee


WhatSiGadisSaid : Kak Nor, jangan touching sangat. Burok nanges taw ;D

Tuesday, October 11, 2011

Bila Entah

Tak nak cakap banyak
Cuma terfikir
Cuma termenung
Cuma berangan
Bila berat badan nak turun
Sampai target yang diidamkan???

Semalam timbang, naik balek
Bulan puasa dah turun 4kg
Nie dah naik 3kg
Apasal boleh jadi macam ni?
Macam mana nak kuatkan semangat untuk diet ni??

Tengok nasi belasah
Tengok coklat, mana bole tahan
Tengok kek coklat, lagi la tak berenti ngap ngap
Hai la nafsu nafsu

Isi terkuar sana
Isii terkuar sini
Jeans ketat
Baju tak leh pakai ketat2
Sayu hati sayu

Aku kena jugak turunkan berat
Tak kira apa berlaku
HARUS !!!!!!!
AYU PLEASE LA !!!
YOU ARE CHUBBY YOU KNOW !!!!!
AND GETTING MORE CHUBBY !!

WhatSiGadisSaid : Tolonglah nafsu makan.. Jauhkan dirimu dariku. Pergi !!!!

Thursday, October 6, 2011

Terima Kaseh Sayang

Last month MySayang a.k.a MyCuteScooter telah didapati mengalami penyakit dimana baterinya telah kongKINGkong. Jadi doktor meminta aku menjalankan pembedahan secepat mungkin untuk kesenangan aku juga di masa hadapan. Memandangkan bulan lepas kita semua telah menyambut Syawal yang hanya setahun sekali sahaja, aku membuat permohonan dari doktor supaya ditangguhkan pembedahan ke bulan ini. Sebab yang aku boleh bagi kat doktor tue adalah :

1. Hari Raya Aidilfitri setahun sekali sahaja.
2. Belanja wet raya untuk anak buah tinggi.
3. Belanja kueh raya pon melambong jugak seperti harga barang2 yang melambong bila harga minyak petrol naik... Itu dah kira masok konsep ekonomi. Bila permintaan tinggi, orang2 yang jual kueh pon letak harga tinggi. Ish3 :)
4. Belanja nak balek kampong nak kena bayar lagi.... blablablaaaa.


Jadi doktor pon kesian kat aku bila tengok muka seposen aku, die pon cakap permohonan aku diluluskan untuk ditanggukan pembedahan tue. Bila sampai tarikh pembedahan (bila gaji dah masok), tiba2 baru aku pasan roadtax MyCuteScooter pon da tamat.. Adoooi.. Selamat pembedahan pertama hujung bulan lepas yang wajib dilakukan sebab dah parah sangat kalau tak bayar, tak pasal2 kena saman dengan polis trafik...Jadi bila pembedahan pertama selamat, aku telah meyakinkan MyCuteScooter untuk melakukan pembedahan keduanya... Padahal meyakinkan diri untuk bayar bil rawatan pembedahan tue, haish...

Tengahari aku berangkat ke Serdang, Selangor time lunch untuk menjalankan pembedahan yang kedua. Sekali time nak pergi, boleh pulak perasan tayar belakang dah merekah. Erghhh, boleh pulak kan. Sabar je la. Bila dah masok bilik pembedahan, bateri kongKINGkong telah ditukar bagi membolehkan starter berfungsi seperti biasa sebelum nie start motor guna kaki....Hee. Keduanya, servis motor : tukar minyak hitam dan minyak gear. Pembedahan berjalan lancar. Selamat di bilik pembedahan pertama, MyCuteScooter di masukkan ke bilik pembedahan kedua. Tanya2 doktor, ada tak tayar yang murah sikit. Doktor cakap "lu mahu itu tayar tahan lama, lu amek ini EURO punya tayar"... Amboi doktor nie, aku plankit sekali baru taw. Tayar EURO original mahal okeh, sukasuki jek yek. Huu. Mula nak postpone jer pembedahan yang ke3 ke bulan depan. Tapi risau pulak aku. Huu. Nak tak nak, tukar la jugak. Huu.

Alhamdulillah, pembedahan berjalan sangat lancar. Bayaran bil rawatan pembedahan pon agak lancar. Selamat la bulan nie. Ada yang posa penuh sebulan bagi bulan nie. Uhuks. Demi sayang, aku relakan. Eceh. Hampes jer. Sayang, pasni jangan saket2 lagi taw. Sori sebab princess tak jaga sayang baek2 samapi kena masok wad. Lallalalala :D. Dah 2 tahun aku bersama sayang aku. Sayang die banyak2. Tanpa sayang, aku tak boleh bergerak. Terima kaseh sayang. Love you more. Muuuuaaahhhh.

MySayang :)

WhatSiGadisSaid : .Kira okey la kan sebab first time masok bilik bedah, tue pon nak kecoh, hee. Apa pon tak leh ;)...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)