Followers

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran

Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam di atas muka bumi Allah s.w.t ini... Jadi bersempena hari Nuzul Quran ini, saya nak berkongsi dengan tuan2 dan puan2, bagaimana hari Nuzul Quran berlaku. Jom kita baca info kat bawah ini : (Info dari Google)

Kira-kira 1398 tahun yang lepas, turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W. pada tanggal 6 Ogos, 610. Ianya bersamaan dengan 17 Ramadhan, tahun ke-41 keputeraaan Baginda Nabi Muhammad SAW. Al Quran diturunkan pada malam jumaat di Gua Hira. Inilah ayat pertama yang diturunkan kemudian berperingkat-peringkat sehinggalah terkumpulnya 6,666 ayat dalam Al Quran.


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq:1-5).

Al-Quran diturunkan di Gua Hira. Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan Al-Quran adalah benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi. Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil. Al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

WhatSiGadisSaid : Semoga Allah s.w.t. memberkati kita semua pada hari yang mulia ini dan dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. InsyaAllah. Amin.

7 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

salam eknal singgah menjengah pagi...tq info..i folow jom jempot singgah

Alin Marlini said...

alhamdulilah...

Prince Halilintar said...

mari kite bacenya dan amalkan selalu =)

ainie yusof said...

tagged http://daricahayamataku.blogspot.com/2011/08/give-aways-template-dari-cik-nurfarah.html

SI GADIS AYU ADRIANA said...

mya : tq akak..da sgh blog akk..comel ank akk.. :)

SI GADIS AYU ADRIANA said...

alin : amin

SI GADIS AYU ADRIANA said...

prince : betol tue..amalkan selalu,insyaAllah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)