Followers

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri

Di kesempatan ini, sebelum kaki melangkah pulang ke kampung halaman, saya SiGadisAyuAdriana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog saya. Maaf andai ada bahasa, ayat mahupon perbualan saya yang telah mengguris hati anda semua. Indah perkenalan kita semua walau hanya di alam maya. Maafkan diri saya yang kudus ini.
WhatSiGadisSaid : Sapa baek ati nak bagi saya wet raya. Untuk celita laya, nanti kita post okeh. Salam lebaran buat semua. Berhati2 semasa pulang beraya. Ingat orang yang tersayang. Ngantok berenti rehat dulu okeh :)

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran

Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam di atas muka bumi Allah s.w.t ini... Jadi bersempena hari Nuzul Quran ini, saya nak berkongsi dengan tuan2 dan puan2, bagaimana hari Nuzul Quran berlaku. Jom kita baca info kat bawah ini : (Info dari Google)

Kira-kira 1398 tahun yang lepas, turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W. pada tanggal 6 Ogos, 610. Ianya bersamaan dengan 17 Ramadhan, tahun ke-41 keputeraaan Baginda Nabi Muhammad SAW. Al Quran diturunkan pada malam jumaat di Gua Hira. Inilah ayat pertama yang diturunkan kemudian berperingkat-peringkat sehinggalah terkumpulnya 6,666 ayat dalam Al Quran.


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq:1-5).

Al-Quran diturunkan di Gua Hira. Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan Al-Quran adalah benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi. Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil. Al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

WhatSiGadisSaid : Semoga Allah s.w.t. memberkati kita semua pada hari yang mulia ini dan dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. InsyaAllah. Amin.

Friday, August 12, 2011

Drop by

Balek kampong..... OoOOooo balek kampong
Aku nak balek kampong malam nanti
Rasa lama sangat dah tak balek
Ada la dekat 2 bulan
Lama kan, haishhhh
Kekangan masa
Huuu :(

So, just drop by make this entry before i go home safely
Pray that aku selamat pulang dan kembali ke sini dengan selamat
Meyh sama2 kita balek kampong
Aku nak serbu Mama aku
Nak minta Mama masakkan lauk peberet sefamily kami
Gulai (atau orang KL panggil kari) dan juga sambal tumis
Masakan Mama jugak yg diidam2kan di bulan Ramadhan ini

Dan sebenarnya aku tersangat rindukan my Mama and my Abah a lot
And my sweet little gurl, Maira (my nephew)
Tunggu yer saya balek.... Muahhh

Baby Maira

WhatSiGadisSaid : Geli hati bila ada orang cakap aku kurus, ahaks.. Tima kaseh yer walaupun berat saya turun takder la banyak sangat :)

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Tuesday

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


WhatSiGadisSaid : Semoga setiap taubat kita diterimaNya dan semoga kita diberi cahaya petunjuk menujuNya di sana. Hanya kepadaNya kita meminta, hanya kepadaNyalah jua kita memohon. Kerana Dia lah satu2nya yang maha berkuasa. Amin Ya Rabbal Alamin.

Note : Bait lirik sangat menyentuh hati. Ost cerita Melayu di Astro Ria (tak hengat tajuk cita).. Tapi sangat2 menyentuh jiwa, lakonan Sharifah Amani.

Tuesday, August 9, 2011

Jika Seorang Wanita

Jika seorang Wanita menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi ...
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu ...
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan pernah kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya !

Seorang Wanita tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah !
Seorang Wanita tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu,
dia akan menurunkan rasa EGO-nya ...

Wahai Laki2,
Jika seorang Wanita pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian ...
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu,
sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...

Wahai Laki2,
Jika seorang Wanita pernah menangis keranamu,
tolong jangan menyia2kannya ...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merusak kehidupannya ...

Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu,
lihatlah jauh ke dalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan
SAKIT yang dirasakannya keranamu ???

Pada hari penciptaan PEREMPUAN,
Malaikat bertanya kepada TUHAN :
"Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini?"
Lalu TUHAN menjawab :
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"

Dibalik KELEMBUTANnya, dia memiliki KEKUATAN yang begitu dahsyat.
TUTUR KATAnya merupakan KEBENARAN.
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.
Dia TERHARU, dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya.
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya.
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN, dia begitu sedih melihat KEMATIAN.
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh KEKASIHnya kerana 1 hal.
"Apa itu Ya.. Tuhan?" Bahwa "Betapa BERHARGAnya dia"



WhatSiGadisSaid :
Terciptanya Wanita dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindung, dekat juga dihati untuk dikasihi, engkaulah Wanita hiasan duniawi.

Friday, August 5, 2011

Twinscraftlife's 2nd Lucky Draw


Di tag oleh Cik Mek Molek. Thanx.
Kalau nak join, boleh klik banner tue. Lihat syarat2nya.
Jom jom.

Saya nak tag :

Eyeliners Raya Giveaway


Saya suka pakai eyeliner sebab it make my eyes more bigger.
And it looks beautiful.
Macam wajah Ellesya, comel kan :)
Mari kita serikan wajah dengan eyeliner, nampak lebey sweet and gorgeous.

Pada sesiapa yang nak join contest nie, click kat banner tue.
Tengok syarat2nya.
Saya dah join, korang pon boleh :)
Thanx to Cik Ainie yang tag saya.

Saya nak tag :

Thursday, August 4, 2011

Kesah 2 Ramadhan

Hari nie dah masuk hari ke4 umat Islam menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan rukun Islam yang ke3. Alhamdulillah, aku juga sedang berpuasa bagi menunaikannya sebagai seorang umat Islam. Kadang2, sesuatu kejadian tue berlaku tanpa kita rancang. Contohnya saket itu boleh datang bila2 saja walaupon kita dalam keadaan yang sihat walafiat. Semua itu ujian dari DIA, Tuhan yang esa. Dan sebagai hambanya, kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka dan redha kerana DIA tahu segala yang berlaku di atas muka bumi ini. Maka hanya DIAlah satu2nya pencipta alam ini. Dan andai kita mengalami saket2, sebahagian dosa2 kecil kita akan diampunkan olehNYA. InsyaAllah.

Wednesday, August 3, 2011

Jelajah 1 Ramadhan

Last 1st Ramadhan, aku ngan awex2 gonjeng mencari kedai untuk berbuka. The primary person yang cuba plan this "Berbuka" adalah Cik Jalwa. She got a new job in KL and already receive her first salary. So, die nak belanja kitaorang berbuka. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Nak dijadikan cerita, our first plan nak g Rimba Klasik, Bangi. Cik Jalwa mengidam nak makan sate. Die kata da lama tak makan sate. So, untuk penuhi impian Cik Jalwa, kami pon gerak g sana. Satu kereta, GadisComot, Kaq Leen, AzyRahman dan Cik Jalwa. Satu lagi kereta Cik Keet and her opismate merangkap housemate die. Cik Keet terus gerak ke sana dari opis. So kami gerak dulu. Hati telah berbunga nak berbuka dengan Sate Kajang. Bersuka2 on the way ke sana dalam kereta. Perot memang dah menggelupor lapar. Jam lagi beberapa minit nak berbuka. Sampai di tempat dituju, sekali.... Tup tap tup tap. Hadoiiii, tutup la plak kan. Haish. Apa pon tak boleh. Sebelah Rimba Klasik, Soho kat sebelah pon tutup. Uhuks. Jadi plan telah berubah.

Rimba Klasik, Bangi

Soho, Bangi

Dari tempat kejadian, kami beredar to next station. Village View, mak aihh, ramai giler orang. Parking kereta penuh, so, faham2 sendiri la kan, meja kompem penuh. Sabar sabar. Tukar lagi plan. Lat minute punya plan. Seterusnya plan bertukar ke Nim's Island, Kajang. Hati bergumbira nak minum Soda Ceria. Sangat sedap. Pada yang belom cuba, harus! Harus cuba, tak kan menyesal. Favourite drink of mine, aiskrim vanila with bandong soda. Yum yum (terliur time menaip). Sekali lagi kami dikecewakan. Rasa dah macam cerita Jelajah 1 Ramadhan ha. Hee. Boleh masok TV3. Haks.

Village View, Bangi

At last, we make it kat Yati Ayam Percik. Last choice for us. Parking jer kereta, azan berkumandang. Berbuka dahulu dengan bekal buah kurma. Kat kedai tue ada nasi kerabu jer + ayam percik. Baru nak order tomyam, tapi tak ada. Haduih. Makan apa yang ada. Thanx Cik Jalwa belanja saya makan berbuka hari ini. Alhamdulillah, sehari puasa da tamat. Perot pon dah kenyang. Balek la, apa lagi. Hee. Kedai tue tutp awal sebab kami orang terakhir berbuka kat situ. Dieorang tunggu kami habis makan dan berkemas. Ngee.

Yati Ayam Percik, Bangi

WhatSiGadisSaid : Andai itu dugaan di hari pertama puasa buat kami, kami redha. Dan alhamdulillah kami selamat berbuak juga. Thanx Yati Ayam Percik untuk juadah berbuka. Yum yum.

Segmen : Puasa penuh bersama PC

Saya berpuasa penuh masa kecik2 dulu sebab... mama cakap kalau posa tak abis maknanya saya masih budak2. So bajet yang saya dah besar, saya pon cuba posa penuh.. walaupon pada awal2nya kantoi jugak :)

Saya nak tagged :

Sapa2 yang nk join segmen nie bole klik kat link nie :

Terima Kasih :)

Monday, August 1, 2011

Kejar 30 hari

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DARI AYUADRIANA DAN KELUARGA BUAT SEMUA PEMBACA BLOG

 Sumber dari GOOGLE
Oleh
Kholid bin Abdullah Al-Hamudiy
Saudaraku muslim dan muslimah…
Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu

Kami sampaikan risalah ini kepada anda dengan penuh kerinduan dan penghormatan. Kami sampaikan risalah ini dari lubuk hati kami yang paling dalam, disertai luapan rasa cinta kami kepada anda kerana Allah. Kita mohon kepada Allah yang Maha Perkasa agar Dia mempertemukan kami dan anda kelak di Syurga-Nya yang penuh dengan kenikmatan dan rahmat.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Sehubungan dengan akan datangnya bulan Ramadhan, kami sampaikan sebuah nasihat sebagai sebuah hadiah yang berharga. Kami tidaklah membuat sesuatu yang baru dalam nasihat ini, melainkan sebagai suatu pengingatan yang insya Allah akan bermanfaat untuk orang-orang yang beriman. Kami harap, semoga Anda berkenan menerimanya dengan lapang dada dan mendoakan kita semua agar senantiasa dijaga, dibimbing oleh Allah Yang Maha Kuasa di jalan yang diredhai-Nya.
  1. Bau mulut orang yang berpuasa, lebih harum di sisi Allah, daripada minyak wangi kasturi.
  2. Para malaikat senantiasa mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa sampai dia berbuka puasa.
  3. Dibukanya pintu-pintu syurga dan ditutupnya pintu-pintu neraka.
  4. Terdapat Lailatul Qadar, yaitu suatu malam yang lebih baik dari pada seribu bulan.
  5. Terdapat ampunan bagi orang yang berpuasa.
  6. Diikatnya syaithan.
Saudaraku muslim dan muslimah…
Sesungguhnya hamba yang soleh akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan ini dengan taubat yang murni kepada Allah, meminta ampunan kepada Allah dan bertekad kuat dan jujur, serta berupaya meningkatkan amal soleh dengan tetap mengharap pertolongan Allah agar Dia memudahkan kita untuk beribadah kepada-Nya.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Berikut ini adalah beberapa amal soleh yang wajib dikerjakan atau sangat dianjurkan dilakukan:

BERPUASA

Dalam sebuah hadits qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Imam Muslim, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Ertinya : Setiap amal manusia adalah untuk dirinya, satu perbuatan baik akan dibalas dengan sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali ganda, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu syahwatnya, makanannya, minumannya untuk Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagian, yaitu kebahagian saat berbuka puasa dan kebahagiaan saat berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada harumnya minyak wangi kasturi.”

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda.

”Ertinya : Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Saudaraku muslim dan muslimah…
Tidak diragukan lagi bahawa balasan yang sangat agung tersebut tidaklah diberikan kepada orang yang sekadar meninggalkan makanan atau minuman saja! Akan tetapi hanya sebagaimana sabda Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam :

”Ertinya : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan keji serta amal perbuatan keji, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak memerlukan puasanya yang sekadar meninggalkan makanan dan minuman” (Hadits Riwayat Imam Bukhori)

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda.

”Ertinya : Puasa itu perisai, maka apabila seseorang berpuasa, hendaklah dia tidak berbuat lucah (perbuatan yang menjurus kepada hubungan seksual), tidak berbuat kefasikan, tidak berbuat suatu kebodohan. Apabila seseorang mencaci makinya, hendaklah dia mengatakan: Saya sedang berpuasa!” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Saudaraku muslim dan muslimah…
Bila Anda berpuasa, maka hendaknya puasa pula pendengaran, penglihatan dan lisan Anda, serta berpuasalah juga seluruh anggota tubuh Anda! Janganlah keadaan Anda saat berpuasa sama dengan keadaan Anda ketika tidak berpuasa!

QIYAMU RAMADHAN YAITU SHALAT TARAWIH

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda :

”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan Qiyamu Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” ( Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Ada sebuah peringatan penting, yaitu hendaknya kita menyempurnakan solat tarawih berjama’ah di masjid bersama imam solat, agar kita dicatat sebagai orang-orang yang mendirikan qiyamu Ramadhan, sebagaimana sabda Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam :

”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan qiyamu Ramadhan bersama Imamnya sampai selesai, maka dicatat baginya pahala Qiyamu Ramadhan semalam penuh’ ( Hadits Riwayat Ahlus Sunan)

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhususkan bulan Ramadhan dari bulan-bulan yang lainnya. Diantara kekhususan dan keutamaan Ramadhan antara lain:

BERSEDEKAH

Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan. Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam bersabda:

”Ertiya : Seutama-utama sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan” (Hadits Riwayat Tirmidzi).

Diantara bentuk-bentuk sedekah di bulan Ramadhan adalah:

(a). Memberi makanan

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

”Ertinya : Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan dia memberi balasan kepada mereka Kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera”. (Al-Insan : 8 – 12)

Sesungguhnya salafus soleh (generasi pendahulu umat Islam yang soleh) amat bersemangat untuk memberikan makanan baik kepada yang memerlukan atau kepada teman yang soleh, melebihi semangat menjalankan amal yang lainnya.

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda:

”Ertinya : Seorang mukmin yang memberikan mukmin yang lapar maka kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadit Hasan Riwayat Tirmidzi).

Sebahagian salafus soleh ada yang memberikan makanan kepada saudara-saudaranya kaum muslimin, padahal dia sendiri berpuasa, mereka tidak sekadar memberi makanan, tetapi juga turut duduk sambil berkhidmat (melayani) keperluan mereka.

(b). Memberi Makan Orang Berbuka Puasa

Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam bersabda:

”Ertinya : Barang siapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa tadi.” (Hadits Riwayat Imam Ahmad, An Nasa’i dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah)

BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MEMBACA AL-QUR’AN AL-KARIM, MEMPELAJARI TAFSIRNYA DAN MEMAHAMINYA

Saudaraku muslim dan muslimah…

Bersungguh-sungguhlah dalam membaca Al Qur’an Al- Karim. Bacalah dengan penuh tadabur dan kekhusyuan. Sesungguhnya salafus soleh, semoga Allah merahmati mereka, benar-benar tersentuh hatinya dan terpengaruh dengan Al Qur’an Al-Karim. Dalam sebuah hadits riwayat Imam Baihaqi dari sahabat Abu Hurairoh, semoga Allah meredhainya, beliau berkata: ”Ketika turun ayat Al Qur’an :

”Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?” (An-Najm : 59-60)

Ahlus Sufah (para shahabat Nabi yang tinggal di Masjid Nabawi) menangis, berlinang air matanya. Ketika Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam mendengarnya, maka beliau pun turut menangis. Kami (para shahabat Nabi) pun menangis kerananya. Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam bersabda: ”Tidak akan disentuh api neraka, orang yang menangis kerana takut kepada Allah”.

TETAP DUDUK DI MASJID SETELAH SOLAT SUBUH BERJAMA’AH SAMPAI TERBIT MATAHARI

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam senantiasa duduk di tempatnya setelah solat subuh sampai terbit matahari. (Hadits Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:

”Ertinya : Barang siapa yang solat subuh berjama’ah lalu tetap duduk setelahnya, berdzikir kepada Allah sampai matahari terbit, lalu dia solat dua raka’at maka dia mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna” (Hadits Riwayat Tirmidzi, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah)

Saudaraku muslim dan muslimah…

Besarnya pahala yang Allah berikan atas amalan tersebut adalah amal yang dilakukan di hari-hari biasa, maka apalagi seandainya amal tersebut dikerjakan di bulan Ramadhan?

Marilah kita solat subuh berjama’ah di masjid, lalu setelahnya membaca dzikir atau wirid sesudah shalat, lalu membaca dzikir pagi dan petang yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam, atau membaca Al-Qur’an Al-Karim sampai terbit matahari, lalu setelah terbit matahari, solat sunat dua raka’at. Sungguh Allah telah menjanjikan pahala yang besar, seperti pahala haji dan umrah!

I’TIKAF

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam senantiasa i’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, dan di tahun terakhir sebelum wafatnya, beliau beri’tikaf selama dua puluh hari terakhir bulan Ramadhan. (Hadits Riwayat Imam Bukhori)

I’tikaf sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan yaitu berdiam diri di masjid, tidak keluar dari masjid sampai malam Aidil Fitri dengan melaksanakan berbagai amal ketaatan kepada Allah seperti solat wajib berjamaah, solat sunat, memperbanyak berdoa, berdzikir, beristighfar, bertaubat, membaca Al-Qur’an Al-Karim dan amal soleh lainnya.

UMRAH DI BULAN RAMADHAN

Umrah di bulan Ramadhan memiliki pahala yang amat besar, bahkan sama dengan pahala haji. Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:

”Ertinya : Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji atau haji bersamaku” (Hadits Riwayat Imam Bukhori)Tetapi wajib diketahui, meskipun umrah di bulan Ramadhan berpahala menyamai haji, tetapi ia tidak boleh menggugurkan kewajiban haji bagi orang wajib melakukannya.

Demikian pula halnya solat di Masjidil Haram di Mekah dan solat di Masjid Nabawi di Madinah pahalanya dilipatgandakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala .

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memudahkan kita untuk dapat umrah di bulan Ramadhan, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

MENCARI LAILATUL QADAR

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Ertinya : Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” (Al-Qodr: 1-5)

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:

”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan qiyamu lail pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Adapun qiyamu lail yang dimaksud adalah menghidupkan malam tersebut dengan solat tarawih, membaca Al -Qur’an Al-Karim, berdoa, berdzikir, beristighfar dan bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala .

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam senantiasa berusaha kuat untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Beliau memerintahkan para shahabatnya untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Beliau pun membangunkan keluarganya pada malam-malam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dengan harapan agar mendapatkan malam lailatul qadar. Malam lailatul qadar terjadi pada suatu malam diantara malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

Ummul Mukminin, Aisyah, semoga Allah meredhainya, pernah bertanya kepada Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam : Wahai Rasulullah, bila aku mendapati malam lailatul qadar, doa apakah yang sebaiknya saya baca? Maka Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda: Bacalah

“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibul al-afwa fa’ fu ‘anniy” :

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan suka untuk memberi ampunan, maka ampunilah aku ” (Hadits Riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan dishahihkannya)

MEMPERBANYAK DZIKIR, DO’A DAN ISTIGHFAR

Saudaraku muslim dan muslimah…

Siang dan malam hari di bulan Ramadhan adalah waktu yang memiliki keutamaan, maka isilah dengan memperbanyak dzikir, doa, istighfar, khususnya di waktu-waktu tertentu dikabulkannya doa, antara lain iaitu:
  • Saat berbuka puasa. Bagi orang yang berpuasa ketika berbuka puasa memiliki doa yang tidak akan ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala
  • Sepertiga malam yang terakhir, saat Allah Subhanahu Wa Ta’ala turun ke langit dunia.
  • Beristighfar di waktu sahur. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:  ”Ertinya : Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.” (Adz- Dzariyat: 18)
  • Mencari suatu saat dikabulkannya doa di hari Jumaat, yaitu di suatu waktu antara asar dan maghrib di hari Jumaat.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Ada beberapa perbuatan yang harus kita tinggalkan atau jauhi baik di luar Ramadhan, terlebih lagi di bulan Ramadhan, diantaranya:
  1. Menjadikan malam seperti siang dan menjadikan siang seperti malam. Maksudnya di malam hari dihabiskan untuk berjaga sambil bersembang, menonton TV atau perbuatan sia-sia lainnya. Sementara di siang hari dihabiskan untuk tidur.
  2. Tidur di sebahagian waktu solat wajib.
  3. Berlebih-lebihan dalam makanan dan minuman
  4. Terlalu cepat makan sahur, lalu tertidur saat waktu solat subuh sehingga tidak solat subuh berjama’ah di masjid.
  5. Berbohong dan berbuat perbuatan sia-sia
  6. Menyia-nyiakan waktu
  7. Berkumpul bersama teman-teman untuk kegiatan yang sia-sia, mengata,mengumpat, gosip dan semisalnya
  8. Kaum wanita menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk memasak makanan.
Saudaraku muslim dan muslimah…
Ketahuilah bahawa hal yang tak kalah pentingnya adalah ikhlas! Betapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa selain lapar dan dahaga! Betapa banyak orang yang mendirikan solat terawih tidak mendapatkan apa-apa selain penat dan letih! Kita berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari hal demikian. Oleh kerana itu Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam menekankan dalam banyak sabdanya : ” Dengan keimanan dan mengharap pahala Allah”. Kita mohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menganugerahkan keikhlasan dalam ucapan, amalan kita, baik ketika sendirian maupun bersama orang banyak. Ya Allah, kabulkan permohonan kami ini.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Perhatikanlah nikmat usia dan kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita! Sungguh umur kita terbatas! Pernakah Anda berfikir, mana orang-orang yang tahun lalu berpuasa Ramadhan bersama kita? Ke manakah orang-orang yang tahun lalu solat tarawih bersama kita? Sebahagian mereka ada yang sudah dijemput oleh malaikat maut! Sebahagian lagi terbaring sakit! Sehingga mereka tidak kuat berpuasa dan solat tarawih. Maka pujilah Allah! Bersyukurlah kepada Allah, wahai Saudaraku!

Berbekalah mulai sekarang juga! Sungguh, sebaik-baik bekal adalah taqwa!

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami kesempatan untuk berpuasa Ramadhan dan mendirikan Qiyamu Ramadhan, dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang diterima amalan-amalannya dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang dibebaskan dari api neraka. Amin.

Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya. Akhir doa kami adalah Alhamdulillahi rabbil ’alamin.

Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu

(Diterjemahkan (dengan penyesuaian) dari buletin ”Risalah Syahri Ramadhan” karya Kholid bin Abdullah Al Hamudiy oleh Bukit Adhinugraha, Bogor 16 Sya’ban 1428 Hijriyah)

WhatSiGadisSaid : Mana yang baik diambil dan dibuat amalan. Buat baeklah pada bulan ramadhan. Semoga Allah s.w.t akan menerima segala amalan kita. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)