Followers

Thursday, June 30, 2011

Contest Blog Paling Comel

Ahaks.. Ayat pertama terkuar, comel ker blog aku???
Rasa comot lebey dari comey. Hee
Kawan aku Sumbody Me tag aku untuk contest nie
Thanx dear K33T
Aku sependapat ngan keet, rasa cam blog Emo jer.Ehee
Tapi aku nak masok gak
Mana taw miracle happen
(Pasan nak kena lebey)

Syarat2 penyertaan ada kat sini : Contest Blog Saya Comel
Pada yang berminat, klik la kat situ

Banner contest

Jom join ramai2 sambil mengeratkan silaturrahim sesama blogger
Aku tolong kau, kau tolong aku
Amacam? Ada bran?
Aku tagged blogger lain :


WhatSiGadisSaid : APa tunggu lagi. Jom kita klik :)


Aku No.7

Cerita ini sudah basi. Tapi aku nak story jugak. Hee. Last friday, aku punya opis wat game bowling. So, kami semua kena la masok walaupon hati berat nak masok. Bukan apa, kalau terer main bowling macam Shalin Zulkifli (betol tak aku eja nama die???) tak per jugak. Nie juara longkang. Pastu nak bertanding. Gelap mata nak nampak hadiah.

Kat opis aku nie, ramai budak2 yang main bowling, under Jabatan aku siap masok MAKSWIP lagi. Pastu nak lawan ngan aku kan yang tak berapa terer nie. Hadoiiiiih. Pastu ada gak yang main bowling ikut LIGA BOWLING every week. Errghh. Pastu aku terfikir, aku juara masok longkang nie ada masa depan ker nak menang???? Ha tolong fikir jap untuk aku. Ehee. Mengikutkan fikiran aku yang positif nie, main ajer ler. Tak menang pon, atleast dapat eratkan silaturrahim antara sesama dak opis aku. And kami semua dapat bergumbira. Sebab game nie terbahagi kepada 2 : BERKUMPULAN dan INDIVIDU (Lelaki dan Perempuan). So, aku boleh menang ker????

Before that day of game, aku join penganjur pergi cari barang untuk hadiah. Kami buat hamper. Time balut2 hamper tue, tengok2 la hadiahnyer sambil mulut nie tak berhenti cakap. "Ayu nak No.7 jer." "Ayu tak minta banyak, No.7 pon kira ok dah". Mulut tak berhenti kumat kamit. Sampai hari game berlangsung pon, aku tak berhenti cakap aku nak No.7.. Time main jangan kata apa la, macam biasa, longkang lagi banyak dari strike. Kuikui. Tapi aku teruja, dalam 4 game, satu game tue aku 3x strike dan yang lain ada la spare and longkang tak terkecuali. Markah untuk game tue 114. Hahaha. Teruja teruja. Sebab aku tak pandai main. Hee.

Time announce pemenang, aku sangat tak percaya. Orang cakap lebey 44x kita sebut benda tue akan jadi kenyataan. Mungkinkah aku dah lebey 44x sebut aku nak No.7??? Hahahah. Yah, aku menang bagi hadiah individu. Aku No.7. Wahahah. Gelak besar jap. Aku pulang bersama hamper yang aku balut. Hee.


WhatSiGadisSaid : Pasni aku nak cakap positif jer. Hee. InsyaAllah Tuhan akan makbulkan. Korang pon sama okek. :)

Friday, June 24, 2011

Aku Menang ... Yahooo.. Thanx B.L.O.G. S.H.A.R.I.F.D.E.Z

Ahaks.. Aku teruja pagi nie. Aku Sign In Blog aku and ushar SHOUTMIX aku and ada satu mesej dari Sharifdez : TAHNIAH, BLOG ANDA TELAH DIPILIH.. Mesti korang tertanya kan terpilih untuk apa. Ehee. Nie die. Aku telah terpilih sebagai Blogger Terbaik Minggu Ini untuk Minggu ke5. Blog aku telah ditempatkan pada bloglist “ Blogger Terbaik : Jom Terjah N Follow “ untuk 1 minggu ( 24 Jun – 30 Jun 2011 ).  Jom kita terjah : Kita serbu : Siapa Terpilih Blogger Terbaik Minggu Ini ?

A lots of thanx to all yang link melalui blog aku ke blog Sharifdez. Not to forget to Blogger Sueperbs yang mintak aku join bloglist ini. Thanx pada B.L.O.G. S.H.A.R.I.F.D.E.Z. jugak sebab aku dapat follow other followers yang die listkan dan dapat menambahkan followers aku. So pada sapa yang nak join, korang boleh link kat sini : Cabaran Tambahkan Follower dan Tingkatkan Trafik Blog. Korang pon boleh jadi pemenang. Jom Join ! :)


WhatSiGadisSaid : Terharu sekejap :). Thanx again.

Thursday, June 23, 2011

Ayu Sayang ABAH Sangat

SELAMAT HARI BAPA untuk ABAH.
Ayu sayang abah sangat2.
Anak manja ini selalu rindukan Abah kat sini.
Kalau ada apa2, mesti ayu cari abah.
Balek kampong jer, mesti duduk bawah ketiak abah.
Amek wap abah (= .
Amek bekal wap untuk bawak balek KL.
Nak wat camna.
Ayu selalu jauh dari abah.
Masa sekolah duduk hostel, jauh.
Masa sambung matriks, duduk kat Kedah, jauh.
Sambung universiti, duduk Serdang, jauh.
Kerja pon duduk Putrajaya, jauh.
Maaf Abah.
Ayu tak selalu ada dekat ngan Abah.
Tapi satu jer Ayu nak Abah tahu, Abah selalu dekat di hati Ayu.
Sebab..... Abah satu2nya bapa paling best kat dunia nie.
Semoga Abah selalu sihat di kampong.
Jangan sakit2 ok.
Nanti Ayu kat sini risau + nanges2.
Banyak lagi Ayu nak buat untuk Abah.
Ingat taw pesanan Ayu.
Doa untuk Abah sentiasa dalam doa Ayu. Amin.
AYU SAYANG ABAH SANGAT... MUAHHHHHHHH!!


Abah,wajah mu selalu tersenyum meskipun telah makin menua.
Oh Abah,tubuh mu yang dulu tegap dan tinggi dariku kini telah mulai kurus dimakan usia.
Tapi Abah, semangat mu tidak pernah layu.
dan bersemangat dalam menghadapi kerasnya hidup ini.
Betapa bangganya aku dengan dirimu.

Abah..Aku rindu dgn semua kenangan kita sewaktu kecil.
Abah selalu mengajak ku bermain, Abah selalu menceritakan aku dongeng2 sampai aku terlelap tidur.
Semua kebahagian telah Abah berikan pada ku.
dan sebaliknya kebahagiaan apa yang telah aku persembahkan untuk Abah.
Hanya cinta, sayang dan doa yang bisa aku persembahkan pada mu Abah.
Dalam hati kecil ini selalu berkatada n berharap..
semoga bisa membahagiakan Abah n berbakti pada Abah..
Abah, doakan anakmu ini semoga selalu dapat memberikan kebahagian pada Abah..
baik di dunia dan akhirat..
Aminn..

WhatSiGadisSaid : Sayang abah sangat. Rindu abah selalu :)

Wednesday, June 22, 2011

Jom Terjah Blogger Terbaik Bersama Sharifdez

Hah, sapa S.H.A.R.I.F.D.E.Z nie. Kalau nak tahu, korang kena lah terjah blog die. Nie link aku kasi B.L.O.G. S.H.A.R.I.F.D.E.Z.


Apa yang menarik sal blog nie adalah die membantu blogger2 mengiklankan blog mereka dengan kasi link mereka. Thanx bro. Aku tersenarai jugak dalam blog tue. List No.1. Hee. Thanx a lot.

WhatSiGadisSaid : Kepada sesiapa yang berminat boleh la klik kat link atas okeh. Blogger tolong blogger orite :).

Thursday, June 16, 2011

TOLONG PULANGKAN BALEK !!!!

Sedey sangat.. Benda nie da lama berlaku. Cuma aku senyap. Kalau nak pinjam bagitahu laa kan. Tapi kalau dah pinjam, tak pandai pulangkan balek ker??? Aduhhh. Saket jer hati nie. Benda macam tue pon tak boleh nak fikir ker? Korang bukannyer kecik lagi. Barang orang pon nak amek ker? Nak akalu pegi la beli sendiri. Bukan nya mahal pon. Korang pernah terfikir tak barang yang korang amek tue benda berharga aku?? Pernah tak terlintas kat fikiran korang, barang yang korang sayang hilang kena amek dek orang? Apa perasaan korang?? Tambahan pulak barang tue someone yang bagi kat korang? Macam tue la perasaan aku. Mungkin pada korang aku nie entah pape kan. Benda kecik pon nak bising kan. Suka hati aku la. Hak aku, aku punya suka la nak buat apa. Erghhhh. Tue pon tak leyh nak fikir.

Kereta yang hilang yang ditungjuk dengan anak panah. Yang warna merah, someone did give me.
Please return it back.. I beg.

WhatSiGadisSaid : I lost my Volkswagen car. Given by my nephew. I do love it a lots. Please return it back to me. Kalau nak, korang boleh beli kat KFC. Sekarang dah ada jual balek. Erghhh :(.

Wednesday, June 15, 2011

Akhirnya....

Alhamdulillah..Syukur aku ke hadrat Ilahi.. kerana dengan limpah kurnianya...aku akhirnya.... jeng jeng jeng.. Telah lulus dengan jayanya TEST JPJ KERETA. Walaupon agak terlewat dari calon yang lain untuk lulus (3x) sampai Cikgu di Akademi Memandu Nilai dan Pekerja JPJ pon da cam a.k.a kenal muka aku dah.. Haish. Malu bertanya sesat jalan ok lagi. Tapi malu sebab gagal test banyak kali memang sesat pon tak jumpa2 jalan. Hahahaha. Tak kesah lah kan. Janji aku dah lulus dan tak payah nak ulang ke Nilai lagi. Penat pagi2 bangon nak pergi kelas driving.

Nak di jadikan cerita, Ahad, 12 Jun 2011, aku pergi buat ulangan kelas driving untuk 2 jam. That day aku dapat kereta No.19. Aku buat latihan untuk bukit, parking dan 3 penjuru, semua menjadi. Kaki aku relaks jer main clash. Tak der lah teragak2 macam sebelum2 nie. Hee. Cikgu pon dah pesan kat aku, hari test nanti buat macam aku wat latihan hari nie. (bila aku  fikir tak der lak aku tak buat macam time latihan?)...

Hari test semalam 14 jun 2011 a.k.a hari Selasa, macam biasa lah. Time tunggu giliran, debar hati aku jangan cakap lah. Nak amek result SPM pon tak der la debor cam nih. Aku calon No.2 bagi ulangan 2 bahagian 2 (bahagian dalam sahaja). Lagi lah awal kan... Tangan sejuk, hati gundah. Perasaan nie yang tak best. Sekali giliran aku tiba. Kecut perot aku. Tapi tiba2, kereta yang aku akan guna untuk test adalah kereta No.19. Kereta yang aku pakai masa latihan. Berbunga hati. Perasaan debor surut sedikit. Lancar ujian aku untuk hari itu. Dari ujian bukit ke ujian parking then akhirnya ujian 3 penjuru. Alhamdulillah. Aku berjaya. Amin. Pas nie leh la drive keta dah. Hee.


WhatSiGadisSaid : Tuhan selalu dengar permintaan hambanya. Ini terjadi pada hari aku test. Aku niat kat hati dan minta padanya supaya aku dapat kereta No.19, rezeki aku, aku dapat. Bersyukur padanya. Die selalu mendengar rintihan kita. Always be ther for us. Janganlah kita menjauhkan diri kita darinya. Amin.

Wednesday, June 8, 2011

Keistimewaan Bulan Rejab

Sedar tak sedar, dah masok bulan Jun. Kita dah menghampiri pertengahan tahun 2011. Dan setengah tahun lagi kita akan menganjak ke tahun 2012. Macam2 andaian yang akan berlaku pada tahun 2012. Aku tak nak banyak cakap, sebab it doesn't happen yet. I just want to enjoy what i have today. But i will still remind myself about what will happen on the future. Bagi kalander Islam pula, kita dah masok bulan Rejab. Hari nie dah 6 Rejab. Sangat cepat masa berlalu. Tak lama lagi kita akan mengahadapi bulan Ramadhan. Korang dah bersedia ker nak berpuasa? Ha, ganti posa dah ker belom. Kuikui. (Cakap orang, diri sendiri pon tak lepas lagi..hee).

Ramai orang cakap, banyak keistimewaan pada bulan Rejab nie. So, aku pon search lah untuk mencari info2 tentang bulan Rejab. Berikut adalah kelebihan dan keistimewaan pada bulan Rejab :

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya ALLAH muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.


REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

WhatSiGadisSaid : Marilah kita sama2 beramal mengikut kemampuan masing2 dan memohon kemapunan darinya. Kerana dia, Allah pencipta alam semesta yang satu, yang maha pemurah lagi maha pengasihani.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)