Followers

Thursday, April 14, 2011

Mari Merawat Hati yang Duka Lara

Kita hanya insan biasa di muka bumi Allah s.w.t. Kita sering diuji dengan pelbagai permasalahan. Tetapi disini diingatkan bahawa, setiap permasalahan yang berlaku, ada hikmah disebaliknya. Dan ujian yang diberikan Allah s.w.t. kepada kita adalah bertujuan supaya kita sering mengingatinya dan sentiasa mendekatkan diri kepadanya. Dia Maha Pencipta, maha mengetahui setiap yang berlaku disekelilingnya. Dia hanya menduga insan yang dipilihnya yang dirasakannya mampu mengatasi ujian yang diberikan.

Untuk entry kali ini, aku nak bagi sedikit tips yang aku jumpa di satu web time tengah search di Google pasal tajuk : Cara Merawat Hati Orang yang Kecewa. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang click la link tue. Boleh kita kongsi sama. Nie antara tips bagi merawat hati yang duka lagi kecewa.

1. Latih minda melupakan kenangan pahit.
Bunyi macam senang kan. Aku pernah lalui kenangan pahit. And aku tahu korang pon penanh laluinya. Tapi, kalau kita fikirkan, lagi kita runsing. Jadi jalan terbaik, perlulah kita cuba untuk melatih minda melupakan kenangan pahit yang kita lalui. Diri kita harus nekad untuk lupakan dan tinggalkan kenangan itu. Baru akan menjadi. Jangan memaksa sebab tak mudah untuk melupakannya sekaligus, step by step. And ingatkan diri kita, yakinkan diri kita bahawa kita boleh lupakan kenangan itu.

2. Buang sikap risau.
Lumrah manusia untuk selalu risau tentang sesuatu perkara. Tipu lah kalau tak risau. Tambah lagi kalau perkara tue penting pada diri korang. Tol tak? Bukan tak boleh risau, cuma kita harus berpada2. Kerana kerisauan ini akan beri kesan kepada mental dan fizikal korang. Kalau kesan baik, ok lah kan. But if kesan tue x elok untuk kesihatan kita macam mana? So, kita harus mengajar diri kita untuk berlaku tenang memikirkan sesuatu perkara. Dan banyakkan beristighfar kalau korang terlalu risau okek?

3. Belajar rajin bersyukur.
Manusia diciptakan kadang2 lalai mengenai kehidupan. Itu sudah menjadi lumrah. Aku pon satu diantaranya. Tak ada yang sempurna. Jadi selagi kita hidup di muka bumi, perlulah diingatkan kepada diri kita supaya belajar bersyukur. Bersyukur yang mana kita dilahirkan cukup sifat, dapat melakukan aktiviti dengan baik, masih lagi mampu bangon pagi2 pergi kerja, masih hidup untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Bersyukur seikhlas hati korang sampai perasaan itu menyerap di lubuk hati korang yang paling dalam. Lakukan dan ingatkan diri anda untuk belajar bersyukur setiap hari.

4. Belajar menjadi pemaaf.
Sikap pemaaf akan memberi ketenangan kepada diri kita. Ingatlah tiada manusia sesempurnanya (Allah s.w.t) di muka bumi. Belajarlah untuk memaafkan diri kita dan belajarlah untuk memaafkan diri orang yang melakukan kesalahan ke atas diri kita. Maka, InsyaAllah, hati kita akan menjadi lebih tenang. (Sebelum tidur, selepas membaca doa tidur, ucaplah kata maaf dan mohon keampunan darinya serta maafkan kesalahan orang lain keatas diri kita kerana kita tidak tahu masihkah ada hari esok untuk kita).

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Jauhi diri anda dari melayan perasaan sedih dan kecewa. Lakukan aktiviti yang dapat membuatkan anda ketawa. Bersembang dengan kawan2, layari web yang lucu. Kalau kita boleh ketawa, kenapa kita nak fikir perkara yang sedih, betol tak. Hanya korang yang susun diri korang samada nak ketawa atau berduka. Choose it!

6. Tukar fikiran.
Kita tak mampu merubah sesuatu situasi yang sedih, kecewa dan murung. Tapi kita boleh merubah cara berfikir. Fikiran yang sedih kepada yang gembira. Fikran yang -ve kepada yang +ve. Andai ini terjadi, mengapa harus kita berfikir perkara yang membuat kita sedih. Tukar fikiran itu. Fikir perkara yang baik. Perkara yang dapat membahagiakan kita. Orite. Dan ucapan yang positif akan merealisasikan kewujudan perkara yang positif.

7. Hati mesti keras macam batu.
Batu bukan sebarang batu. Bukan batu mudah pecah, tapi batu yang keras yang tak mampu dipecahkan oleh kren besar sekalipon. Begitu juga hati. Untuk melakukan sesuatu perkara itu, setelah dipilih caranya, jadi hati perlu nekad. Mesti keras. Keras di sini bermakna kita perlu yakinkan hati, sabar, tabah menghadapi dugaan yang diberikan dan belajar menerima hakikat dengan hati yang terbuka. Ingat bahawa Allah s.w.t menurunkan dugaan hanya kepada insan yang terpilih. Jadi kita patut rasa bangga kerana kita insan yang dipilih Allah s.w.t. Be more positive. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan hari esok adalah impian.


Jadi, yang telah berlaku itu, yang baik jadikan panduan yang tak elok jadikan sempadan. Senyum, senyum dan senyum. Melalui senyum kita dapat meraih pahala dan dengan senyum juga kita dapat menggembirakan orang lain malahan hati kita.

WhatSiGadisSaid : Dedicated this to Mr.Effidayu (not forget to myself). I wish that my bb will be strong and more strong to face the future after what had happen. B, sayang ada kat sini kalau b perlukan teman. Sayang tahu sayang kebudak2an, tapi sayang pendengar yang baik. Wish that everything will go smoothly. Amin. 

4 comments:

SumBody Me.. said...

Amin.

Little DaMiA.. said...

ayu: dh mcm dr motivasi dh.. hehehe.. syok baca!! peringatan pd diri ku sndiri juga if dlm kesusahan or jiwa kacau..hehehe.. entry yg sgt menarik!! n to Mr JK be strong okek.. stiap manusia tak terlps dr dugaan dan ujian.. jgn igt diri kita susah, walhal sbnrnya masih ada org yg lagi ssh dari kita.. apapun cheer up Mr JK.. just think +ve!!
p/s to Mr JK: kesian tgk ayu cz dia pun dtg opis asyik risaukan Mr JK je..

SI GADIS AYU ADRIANA said...

keet : amin...thanx

SI GADIS AYU ADRIANA said...

kak liza : thanx akak..just wishing that jk will be fine and tak tensed..just worried bout his health..hope one day die akn jd lebey kuat..amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)