Followers

Thursday, April 28, 2011

GengBlogger

Aku baru log masok GengBlogger tadi.. Actually agak blurr. Still learning bout the blog. But thanx to Kak Mas yang gitahu sal GengBlogger nie. Tq akak. T ayu godek, ayu roger akak.

To GengBlogger, i'm still new there. Here i am :)

Marathon photo di Konsert Gadis Semasa SUNSILK

K.A.M.I @ GADIS SEMASA SUNSILK

Azie and Kaq Jamie

Ayu, Kaq Lin and Kaq Jamie

Mai and Ain

Ain, Azie and Ayu

Kaq Jamie and Kaq Lin

Azie, Ayu and Kaq Jamie

Gadis seperti Baner :)

A.L.A.J

A and A

3 Gadis Serumah




Gunalah SUNSILK untuk rambut seperti K.A.M.I

Bila da lapar, jom pergi HSC Steak Kampung Baru, masyhuk

Ayu and Chicken Chop..yum yum



WhatSiGadisSaid : Itu saja..tima akseh :)

Konsert Gadis Semasa Sunsilk

As i promised, nak upload picture masa konsert GADIS SEMASA. Malas nak citer banyak, nie die..:)

Orange DragonFly Club, KL
16 April 2011, Saturday
7 p.m.

K.A.M.I SEBELUM MASOK KONSERT

Aku adalah Aku

K.A.M.I at the front door

Housemateku, Kaq Lin

Housemateku jugak, Azie

SEMASA KONSERT

The Stage

Ally, sebagai MC

Para Penonton

ARTIS UTAMA KITA

MELDA AHMAD, Gadis Semasa Sunsilk.. Very sweet of her


BERKONGSI PENTAS BERSAMA

ONE NATION MC... Persembahan Mantop

YUNA, simple but nice

HUJAN, giler-giler tapi hebat

ELLA memang rock

AYU DAN ARTIS

Actor and actress dalam citer GADIS SEMASA SUNSILK

Actor dalam citer GADIS SEMASA SUNSILK

Actress dalam citer GEMILANG

WhatSiGadisSaid : I have fun that nite. Thanx to all of friends and artis2. :). And to Melda Ahamd, wish you luck in your career. May you succeed.

Okey, itu ajer untuk kali nie. Terima kaseh kerana view entry ini +)

Wednesday, April 27, 2011

Jdrama Buzzer Beat Best

Aku peminat cerita Jepun. Tak kisah la movie die ker, drama die ker, dan apa2 yang berkaitan show Jepun nie, aku memang suka lah. Artis die jangan kata la kan. Maaf lah, tapi aku memang suka. Hee. Tue yang aku boleh cakap.

Korang kenal tak YAMASHITA TOMOHISA atau YAMAPI (panggilan manje die di kalangan kawan dan family). Aku minat habis kat mamat nie. Dari zaman masa belajar2 dulu. Kawan aku la, Cik Zatie yang start kenalkan die kat aku. Wah macam kenalkan orang lak. Padahal tunjuk gambar and cita mamat nie dari group mana. Hehehe. Bajet jer kan. Haks. Die lah pembawak virus hal2 yang berkaitan Jepun nie. Aku pon da terkena virus Jepun nie. Hee. Aku pon ape lagi. Mula la start kumpul jdrama, movie, shows and apa2 yang berkaitan dengan Yamapi nie. Tak pon aku hamek jer dari Cik Zatie. Ngee. Sebab die jugak pendownload hebat citer2 Jepun nie. Al-maklumlah kan sebab die nie kaki internet. Die tahu kat mana nak dapatkan cita2 nie. Aku lak kaki mengopy dan paste mana2 yang aku tak dapat. Hahahah. Sengal jer. Tapi sekarang nie kena la dapatkan maklumat sendiri. Sebab da tak boleh nak mengopy and paste. Sob sob. (Cik Zatie da jauh dari kiter)..Huu. Hee.

Tak kesah lah kan. Sekarang berbalik pada tajuk entry aku. Ada entry sebelum nie, aku ada story pasal Jdrama Buzzer Beat. Aku nak tengok drama tue kan. Akhirnya aku da dapat tengok. Thanx to teman opis aku. Sebab die yang bagi aku citer tue sebab die pon kaki layan citer Jepun. Hee. Die tahu aku minat Yamapi. Sebab ada gambar mamat nie tergantung kat meja aku. Hahaha. Thanx sangat2 dan aku teruja bila die cakap die ada citer tue. Hahaha. Macam durian runtuh lak kan.

Drama nie sangat best. Aku tak tahu pendapat orang lain. Tapi kalau aku, aku suka sangat. Hee. Naoki (Yamapi) hontoni kakoi.. Jalan citer die sweet. Mengisahkan impian Naoki untuk menjadi seorang pemain basketball yang handal. Macam2 halangan dihadapi untuk capai impian die. Cian die bila awek die curang dengan pemain basketball lain di dalam team dieorang. Da la die sayang awek die sangat. Tapi lepas die putus, die berkenalan dengan Riko. Riko nie pemain violin. Dieorang tak sedar yang dieorang sama2 jatuh cinta. Sweet sangat. Aku da ulang banyak kali tapi tak jemu tengok drama nie. Hahahah.


WhatSiGadisSaid : Kepada yang berminat boleh la dapatkan drama nie. Korang takkan menyesal. Jaminan aku. Hee.

Monday, April 25, 2011

Hair Makeover by SUNSILK

Celita ini sudah busuk lama balu saya maw kasi celita meyh..heheh. Dah kepam punya stoly. 2 minggu nie aku telah membusykan diri aku bersama teman opis aku, Kak Lieza, yang mana membuatkan kami sama2 tak dapat nak hupdate blog masing2. Padan muka kami. Pastu dua2 gian nak hupdate blog. Hee. Nie pon aku curi2 hupdate sebab tadi bos da komen2 kerja2 aku. Aku kena finishkan slide presentation untuk Perhimpunan Bulanan bagi jabatan aku untuk bulan nie. Bahagian aku kena anjurkan. Kak Lieza ponkena wat flyers untuk diberikan pada warga2 opis yang hadir nanti. Dengar macam senang ja kan. Huu. Tapi untuk aku yang ala2 lem and tak berapa nak terer bab2 menghedit nie, lem gak la nak wat. Haks. Tapi alhamdulillah. Orang cakap pelan2 kayuh, lama2 sampai gak. Sama la macam kisah aku nie. Pelan2 aku wat. Sekarang keje da hampir siap. He.

Okeyh, back to our story. Untuk entry kali nie, aku nak cita sal makeover yang telah dilakukan oleh SUNSILK kepada rambut aku. Maafkan daku sebab aku menghupdatekan story yang agak nak basi. Tapi sebelum basi, aku kasi celita dulu. Hee. Cita ni happen about 2 weeks ago. That day, Saturday nite, aku, Azie, Kaq Lin and kawan2 baru aku yang lain (sebab baru kenal..hee), telah mengenjoykan diri kami di Orange Club DragonFly dekat2 ngan KLCC. Mesti korang ingat kami p cklubbing kan kat club tue. Hmm.. Jangan2 fikri camtu. Actually Kak Jamie, kawan Azie dapat ticket free untuk KONSERT GADIS SEMASA SUNSILK. Tunggu lagi. Free and boley henjoy untuk hilangkan tensen. Hee.

Korang tahu tak, konsert nie bertujuan untuk memperkenalkan Gadis Semasa Sunsilk iaitu MELDA AHMAD. Kenal tak sapa die? Ada tak korang tengok petang2 kat TV3, Gadis Semasa Sunsilk??? Minggu nie da episod kemuncak. Harus tengok ok. Gadis Melda nie mula menapak dalam bidang nyanyian selepas beliau menguploadkan lagu rekaannya sendiri, Putus ke laman youtube. Sedap lagu tue. Aku suka. Hee. Kes Melda nie kira sama cam kes Yuna la masa mula2 menapak dulu. Kalau korang nak tahu lebey lanjut sal Melda Ahmad, search kat google ok.. :).

Continue to my story, apa celita aku wat hair makeover kan? Actually macam nie kisahnya. Masa sampai2 kat club tue, bukan leyh masok teros. Kena tunggu artis2 sampai dulu. Ramai artis yang aku jumpa ritu. (Nanti aku cita untuk entry konsert ok). Time tunggu2 tue, ada sorang uncle nie datang and cakap kat aku, "You nak buat rambut tak? Boleh ke bahagian situ (bahagian orang tengah wat rambut). For free".. Err, berfikir sejenak.. and kawan2 aku suh aku try wat. Okey. Nak gak aku tengok muka aku bile berubah style rambut. Mana taw next time leh tukar kalau cantik ok. Hee. Ni ha makeover nya....



WhatSiGadisSaid : Amacam?? Orite tak kalau aku tukar wat rambut curl wavy??Hee.

Friday, April 15, 2011

Cara bagi SALAM

Perkataan "SALAM" ?? Apakah maksudnya?? Aku post entry nie sekadar berkongsi ilmu yang diforwardkan teman. InsyaAllah. Sama2 kita mengambil iktibar.

Siapa yang menggunakan perkataan "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Oleh itu adalah baik gunakan, ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh". Ringkasnya, baginda SAW akan memberi salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" dan...Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh".

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ;"WAALAI KUMUS SALAM"dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;"WAALAI KUM SALAM" Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam, ASSALAMUALAIKUM saya pada ASHREE ye"......contoh lerr... Dan bukannya berkata : "Kirim salam kat ASHREE yer". Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong kirim salam maut kat dia yer". Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform "A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum". Jangan guna "A'kum" keranan "A'kum" bermaksud "Binatang" dalam bahasa Yahudi. Jangan guna "Semekom" kerana "Semekom"bermaksud "Celaka Kamu". Gunakan perkataan" As Salam" sebagai singkatan bagi"Assalammualaikum."

Tolong sampaikan atau forwardkan mesej ini kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya.

WhatSiGadisSaid : Aku pon da mula guna As salam. Sama2 kita manfaatkannya.

Thursday, April 14, 2011

Mari Merawat Hati yang Duka Lara

Kita hanya insan biasa di muka bumi Allah s.w.t. Kita sering diuji dengan pelbagai permasalahan. Tetapi disini diingatkan bahawa, setiap permasalahan yang berlaku, ada hikmah disebaliknya. Dan ujian yang diberikan Allah s.w.t. kepada kita adalah bertujuan supaya kita sering mengingatinya dan sentiasa mendekatkan diri kepadanya. Dia Maha Pencipta, maha mengetahui setiap yang berlaku disekelilingnya. Dia hanya menduga insan yang dipilihnya yang dirasakannya mampu mengatasi ujian yang diberikan.

Untuk entry kali ini, aku nak bagi sedikit tips yang aku jumpa di satu web time tengah search di Google pasal tajuk : Cara Merawat Hati Orang yang Kecewa. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang click la link tue. Boleh kita kongsi sama. Nie antara tips bagi merawat hati yang duka lagi kecewa.

1. Latih minda melupakan kenangan pahit.
Bunyi macam senang kan. Aku pernah lalui kenangan pahit. And aku tahu korang pon penanh laluinya. Tapi, kalau kita fikirkan, lagi kita runsing. Jadi jalan terbaik, perlulah kita cuba untuk melatih minda melupakan kenangan pahit yang kita lalui. Diri kita harus nekad untuk lupakan dan tinggalkan kenangan itu. Baru akan menjadi. Jangan memaksa sebab tak mudah untuk melupakannya sekaligus, step by step. And ingatkan diri kita, yakinkan diri kita bahawa kita boleh lupakan kenangan itu.

2. Buang sikap risau.
Lumrah manusia untuk selalu risau tentang sesuatu perkara. Tipu lah kalau tak risau. Tambah lagi kalau perkara tue penting pada diri korang. Tol tak? Bukan tak boleh risau, cuma kita harus berpada2. Kerana kerisauan ini akan beri kesan kepada mental dan fizikal korang. Kalau kesan baik, ok lah kan. But if kesan tue x elok untuk kesihatan kita macam mana? So, kita harus mengajar diri kita untuk berlaku tenang memikirkan sesuatu perkara. Dan banyakkan beristighfar kalau korang terlalu risau okek?

3. Belajar rajin bersyukur.
Manusia diciptakan kadang2 lalai mengenai kehidupan. Itu sudah menjadi lumrah. Aku pon satu diantaranya. Tak ada yang sempurna. Jadi selagi kita hidup di muka bumi, perlulah diingatkan kepada diri kita supaya belajar bersyukur. Bersyukur yang mana kita dilahirkan cukup sifat, dapat melakukan aktiviti dengan baik, masih lagi mampu bangon pagi2 pergi kerja, masih hidup untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Bersyukur seikhlas hati korang sampai perasaan itu menyerap di lubuk hati korang yang paling dalam. Lakukan dan ingatkan diri anda untuk belajar bersyukur setiap hari.

4. Belajar menjadi pemaaf.
Sikap pemaaf akan memberi ketenangan kepada diri kita. Ingatlah tiada manusia sesempurnanya (Allah s.w.t) di muka bumi. Belajarlah untuk memaafkan diri kita dan belajarlah untuk memaafkan diri orang yang melakukan kesalahan ke atas diri kita. Maka, InsyaAllah, hati kita akan menjadi lebih tenang. (Sebelum tidur, selepas membaca doa tidur, ucaplah kata maaf dan mohon keampunan darinya serta maafkan kesalahan orang lain keatas diri kita kerana kita tidak tahu masihkah ada hari esok untuk kita).

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Jauhi diri anda dari melayan perasaan sedih dan kecewa. Lakukan aktiviti yang dapat membuatkan anda ketawa. Bersembang dengan kawan2, layari web yang lucu. Kalau kita boleh ketawa, kenapa kita nak fikir perkara yang sedih, betol tak. Hanya korang yang susun diri korang samada nak ketawa atau berduka. Choose it!

6. Tukar fikiran.
Kita tak mampu merubah sesuatu situasi yang sedih, kecewa dan murung. Tapi kita boleh merubah cara berfikir. Fikiran yang sedih kepada yang gembira. Fikran yang -ve kepada yang +ve. Andai ini terjadi, mengapa harus kita berfikir perkara yang membuat kita sedih. Tukar fikiran itu. Fikir perkara yang baik. Perkara yang dapat membahagiakan kita. Orite. Dan ucapan yang positif akan merealisasikan kewujudan perkara yang positif.

7. Hati mesti keras macam batu.
Batu bukan sebarang batu. Bukan batu mudah pecah, tapi batu yang keras yang tak mampu dipecahkan oleh kren besar sekalipon. Begitu juga hati. Untuk melakukan sesuatu perkara itu, setelah dipilih caranya, jadi hati perlu nekad. Mesti keras. Keras di sini bermakna kita perlu yakinkan hati, sabar, tabah menghadapi dugaan yang diberikan dan belajar menerima hakikat dengan hati yang terbuka. Ingat bahawa Allah s.w.t menurunkan dugaan hanya kepada insan yang terpilih. Jadi kita patut rasa bangga kerana kita insan yang dipilih Allah s.w.t. Be more positive. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan hari esok adalah impian.


Jadi, yang telah berlaku itu, yang baik jadikan panduan yang tak elok jadikan sempadan. Senyum, senyum dan senyum. Melalui senyum kita dapat meraih pahala dan dengan senyum juga kita dapat menggembirakan orang lain malahan hati kita.

WhatSiGadisSaid : Dedicated this to Mr.Effidayu (not forget to myself). I wish that my bb will be strong and more strong to face the future after what had happen. B, sayang ada kat sini kalau b perlukan teman. Sayang tahu sayang kebudak2an, tapi sayang pendengar yang baik. Wish that everything will go smoothly. Amin. 

Aku MasOk Makswip BadmintOn ????

Wohohohho.. Dengar tajok entry kali nie pon aku da seram.. Betol ke hanya khayalan mimpi semata2.. Ahaks. Aku antara orang2 insan yang terpilih untuk masok pertandingan MAKSWIP BADMINTON. MAKSWIP stand for Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan. Ngahahah. Aku nak gelak lagi. Berkali2. Tak habes lagi nie.

Sebenarnya aku macam tak percaya ja. Mungkin dieorang pilih aku adalah sebab.... Antaranya:

1. Aku selalu turun training pada hari Isnin dan Khamis malam..
2. Aku masok pertandingan badminton yang dianjurkan oleh jabatan aku hari tue (Bajet Atlet Badminton)..
3. Aku rasa sebab da takde orang (kaum wanita) yang nak masok..
4. Kesian kat aku.. Ye lah turun training tapi tak dipilih, camna tue??? ..

Mungkin sebab di atas benar kot... Khayalan atau kebetulan or mungkin realiti aku dipilih atas sebab2 aku memang patot dipilih, hanya orang yang pilih aku jer tahu... Hmm. No komen. Anyway, anywhere, i should try my best. Coz things happen for a reason. Goodluck for me and others for the battle !


WhatSiGadisSaid : Aku macam tak percaya sebab pada aku majlis sukan nie taraf die agak tinggi..huu. Aku rasa kan, aku nak jadi PENYOKONG je kot..hahahah..siot je punya idea.. Ngee. (Last2 kena peli, mana sorakan???hee)

Wednesday, April 13, 2011

Don't Breaking My Heart Again

Lamanyer aku tak mengepost new entry. Rindu plak bila tak menatap my comotmomot blog. Hee. Macam lama tak jumpa boyfren kan. Siot jerk. Actually, i was on leave for 2 days. Semuanya hanya untuk menghadapi Test JPJ semalam. Ngee. Kecoh jer kan. Baru nak hambek lesen. Umor da cute mute, baru nak amek lesen. Hadoyai.

And for your information, last day no luck for me. I was fail on the test!! Arghhhh.. Why? Why? and WHY???? Ayat nie masih tersemat dalam lubuk hati aku. Memang menyesal sekarang pon tak guna. Sedey rasa. Aku gagal ujian JPJ..sedikit malu jugak. Huu. Wuaaaaa. Sedih lagi.

Nak distory morykan, pagi semalam aku hengat JPJ canceled nama aku lagi for the two times. Yelah, tak de orang call untuk jemput aku pergi test. So, diri ini pon membajet la, test kena cancel lagi lah nie. Sedikit amarah dalam diri. Last week pon kena cancel, minggu nie pon kena cancel. Kalau korang jadi aku pon korang bengang gak kan. Uhuu. Pe lagi. Pagi2 bangon macam biasa pergi kerja. Da sampai kerja, pergi breakfast and wat apa yang patot. But then, dalam hati da niat, nak suruh someone kat opis aku menyamar jadi aku nye waris untuk called akademi and bantai dieorang. Melampau arr da 2 kali jadi benda yang sama. Sekali Kak Jujue (akak nie ada link ngan cikgu kat akademi tempat aku belajar), da hangin. Kenapa dieorang wat aku camni. Hee. Apalagi, die and Kak Nurul (akak yang aku nak suruh jadi waris kononnya) pon call akademi tanya ape cita. Cek nama aku naper tak ada. Rupa2nya, nama aku ada dalam list untuk test JPJ.. Arghhhh. Panas la aku pon. Main2 tol. Benda nie bukan untuk main2. Perkara siyes okeh! Huu. Sebak di situ. Sekali, Kak Jujue suh kawan die datang amek aku. Alhamdulillah. Dapat jugak aku g amek test.

After all, what i can say, yesterday is my MESSY DAY. Semua tak menjadi. Nek bukit, kereta mengundur ke belakang.. Err..Tapi aku tak salahkan sesapa. Aku gagal kerana diri aku sendiri. Nervous da sampai ke kemuncak bila matahari berada diatas kepala, tapi aku kesejukan bagaikan ada snow kat situ. Huu. Takut banget seyh. Kecut perot. Huu. Naseb untuk test jalan raya, ada luck. Lulus. Jadi nanti kena re test bahagian dalam je la. So, 10 May 2011 (date re test aku), DON'T BREAKING MY HEART AGAIN okeh! Wish that day i will have a luck! Amin.


WhatSiGadisSaid : Wish me LUCK for the next time. May Allah bless me untuk lulus. Amin.

Friday, April 1, 2011

Mungkin bukan untuk aku

I already make a decision. I will not accepted the offer from that organization. Maybe the position was not mine.. After discussed with my mama, brother, sister, and my friends, they all just worried about my safety. So... i dedided not to accept the offer and make them worried.

QuotesByCikKeet :
“Whatever you do, you need courage. Whatever course you decide upon, there is always someone to tell you that you are wrong. There are always difficulties arising that tempt you to believe your critics are right. To map out a course of action and follow it to an end requires some of the same courage that a soldier needs. Peace has its victories, but it takes brave men and women to win them.” - Ralph Waldo Emerson

WhatSiGadisSaid : Thanx everyone. Love you all much!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)