Followers

Thursday, March 24, 2011

Abah...Tunggu Ayu dulu !

Tiba2 aku teringat kat abah aku.. Tak tahu kenapa.. Nie mesti kes minggu lepas aku balek kampong. Hurmm.. Rasa terkilan dengan diri sendiri. Mungkin belom sampai rezeki aku lagi berbanding sesetengah teman yang lain. Ramai antara mereka yang da dapat kerja (kerja yang menjamin masa hadapan). Bukan nak mengkritik atau cerewet dengan kerja sekarang, cuma aku terfikir sampai bila nak kerja kontrak. Kalau kontrak yang boleh sambung bila tamat tak per lah jugak. Nie tamat, kena berhenti. Kalau pihak atasan perlukan khidmat kami and andai ada bajet, baru lah dieorang dapat sambungkan kontrak kami. Hadoyai... (Boss tolong saya dapatkan kerja boleh???heee).

Bukan nak menyesal atau apa, Tuhan pon tak suka pada hambanya yang menyesal. Tapi rasa itu masih ada dalam diri aku. Sangat terkilan. Aku ingat after that day (biar aku jer yang tahu hari itu, biar jadi rahsia kekecewaan aku), aku boleh membahagiakan kedua orang tua aku. Tapi lain yang jadi. Belom sampai masa aku lagi kot. Aku redho dengan apa yang terjadi. Sebab semuanya telah ditentukan olehnya, Tuhan yang esa. Kita hambanya hanya mampu berusaha melakukan yang terbaek. Rezeki itu ada dimana2. Andai itu rezeki untukku, aku akan dapat. Amin. Itu pesan Mama yang aku akan ingat sampai bila2.

Apa yang aku sangat2 terkilan adalah aku tak dapat beri banyak kepada kedua orang tuaku seperti apa yang mereka lakukan untuk diri aku. Aku tahu bukan itu yang dieorang nak. Tapi hati kecil ini tetap merasakan sebegitu. Banyak lagi aku tak capai. Banyak lagi aku nak buat untuk mereka. Banyak lagi aku nak mereka kongsi dengan aku.

Abah... Tunggu Ayu. Anak manja abah nie perlukan abah. Abah kena kuat lagi. Ayu selalu doakan kesihatan abah. Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur die, tahun nie umur die menjangkau 72 tahun. Pilu rasa hati nie tengok keadaan abah aku. Usia die makin meningkat. Dah tak larat macam dulu. Mata pon dah samar2. Tak berapa nak dengar. Aku sedey bila die ceritakan kesusahan die. Saket di hujung hati aku. Banyak aku nak buat untuk die. Aku nak dapatkan kerja yang baek, yang menjamin hidup aku. Jadi, abah tak perlu risau akan kerja anak die lagi. (Terima kaseh abah sebab selalu doakan ayu). Aku nak beli kereta dengan hasil titik peloh aku. Aku nak bawak die jalan2 dengan kereta aku. Aku nak belanja abah aku, macam die belanja aku dulu2. Aku nak die tengok anak manja die nie bersanding atas pelamin. Huu. Semoga hari itu akan sampai. Amin.

Abah... Abah ingat lagi tak masa Ayu kecik2 dulu, Ayu manja sangat dengan abah. Abah pi mana mesti nak ekot. Abah selalu belikan Ayu gula2 bila balek kerja. Pastu Ayu mesti berebut dengan abang and kakak. Masa tue adeq Naim tak der lagi. Bila adeq Naim keluar dari perot mama, Ayu jeles sangat sampai nak pijak die (mama la citer, tak hengat)..Abah yang pujok Ayu. Abah selalu bawak Ayu pi playground. Boleh Ayu main gelongsor. Seronok sangat. Dan yang tak tahan, kalau naik bas Ayu mesti nak duduk dengan abah. Pastu kak Wiena pon berebut nak duduk ngan abah. Tapi abah biar Ayu duduk ngan abah. Sayang abah! Kalau ada abah, ada la Ayu kat sisi abah. Hee.. Ayu sayang abah.
Abah... Tunggu Ayu. Banyak lagi Ayu nak buat untuk abah. Abah kena kuat. Abah jangan saket2. Abah jangan degil jumpa doktor (mama selalu cakap abah tak nak jumpa doktor). Abah jangan makan manis2 (nanti darah tinggi abah naik). Tak elok untuk kesihatan. Abah dengar cakap mama taw, ubat jangan tak makan. Ayu doakan abah dalam setiap doa yang aAyu panjatkan ke hadrat Ilahi. (sama jugak kat mama). Ayu sayang abah sangat2. Mama pon. Muax!


WhatSiGadisSaid : Sebak sangat bila abah baca doa time berjemaah balek hari tue, tangan abah terketar2. Huu. Suara pon terketar. Huu.

10 comments:

Mas said...

sian ayu..saba yee..semua yang Allah berikan pada kita adalah yang terbaik utk kita buat masa ini..yakin la dengan sesungguh hati dia yg maha mengetahui melangkaui alam semesta ini..dia tahu yg terbaik utk kita dan dia berikan yg terbaik utk kita.
Dan kebahagian kedua org tua,bukanlah dari pemberian wang yg berlambak2..itu mungkin hanya menghiburkan mereka seketika..tapi yg ibu bapa mahukan adalah ingatan anak2 dan kasih sayang dari anak2..
akak doakan abah ayu sentiasa sihat dan diberi kesempatan tgk anak dara comotmomot dia ni bersanding dan ade keje yg lebih baik..amin..
yg baik hanya dari Allah, yg buruk adalah dari kealfaan diri sy sendiri..waallahualam..

SI GADIS AYU ADRIANA said...

thanx akak..amin..insyaAllah ada rezki ayu nanti kan..cuma ada perasaan takot..byk yg ayu nk wat utk abah ayu..huu..ayu th duit bkn segalanya.tapi niat dihati nk beli mcm2 utk dieorg smtra ada..huu...smga mama ngan abah pjg umor..amin

Hanis Azla said...

InsyaAllah, semoga panjang umur ayah ayu untuk merasa semua yg ayu hajatkan.. Semoga murah juga rezeki ayu untuk dpt pekerjaan tetap yg boleh menjamin kehidupan ayu.. Salam kenal yer..

SI GADIS AYU ADRIANA said...

thanx kak anis..amin..insyaAllah..moga that day sampai..amin ya rabbal alamin

my name is Yana said...

jgn mudah putus asa...semoga umur ayah adik panjang dan sempat adik membalas jasa kedua ibu bapa...follow

SI GADIS AYU ADRIANA said...

Thanx akak.. sy cuba sebaik mungkin dan akan terus berdoa memohon daripadanya..amin..

da follow..thanx follow kite..:P

SumBody Me.. said...

Amiinn..
Doa yang ikhlas dengan niat yang baik pasti didengari-NYA.
Sooner or later akan termakbul jugak...InsyaALLAH. Amiinn..

SI GADIS AYU ADRIANA said...

amin ya rabbal alamin..insyaAllah..

Eye_nee said...

Hai Adriana..(Sama nama dgn anak saya)..

Sabar yer Nak...dan jangan berhenti berusaha tuk dpatkan pekerjaan yg baik itu...syabas juga buat kamu yg punya niat nak membalas jasa parents kamu exsp. ABAH kamu yer..percayalah Allah itu maha mendengar..

SI GADIS AYU ADRIANA said...

Tq akak. Sblm tue sy mta maaf.sy sk nama Adriana. Nama sbnr sy ayu jer. Ayu adriana nm smrn. tak sgka nm anak akak adriana. msti comel kn. hee. sbb sy gambarkan nm adriana tue cute (hee..sy pasan sy cute)..hiks. insyaAllah. amin. smga abah dan mama pjg umur dan dpt sy bls js mereka thdp sy. amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)