Followers

Wednesday, March 30, 2011

MoOd sudah kemana?

Pagi2 lagi, mood aku entah kemana. Sampai opis lewat. Hujan pagi tadi. Macam tetahu jer hati dan perasaan aku. Aku masih konpius dengan hal semalam. Otak tak dapat berhenti fikir pasal offer job tue. Haruskah aku terima? or patut ??relevant ke kalau aku tolak. Nie lah manusia. Tak dapat keje, mintak keje. Da dapat keje, lain pulak masalahnye. Huu. Jiwa kacau.

Dan aku sangat heran. Semua yang datang menapak kat meja aku (kat opis), mesti tanya. Nak tahu tanya apa? Nie ha antara ape yang dieorang tanya...

Ayu, naper ngan mata tue. Bengkak jer. Nangis eh???
Ayu, muka dah berseri, tapi... mata tue macam nak tertutup jer.
Ayu, kenapa mata tue? Bengkak semacam jer. Ngantok eh??
Ayu...kenapa mata?
Ayu..nape erk mata tue?

Okeyh2. Will answer. Ngantok arr. Takde nangis nyer (kalau nangis pon, xdo den nak gitahu korang)...haks. Xde2. Tak nangis arrr. Ngantoooookkkkkkkk. Dan aku tercari2 mood aku. Akankah ia kembali pada aku? hati pilu. Bagai disiat2. Aku kena kuat. Strong. Face it Ayu! You can do it..

WhatSiGadisSaid : Mungkinkah akan ada keampunan untuk setiap kesilapan yang kita buat? (pehal lak tanya camni erk).. I have to be strong. Live your life. Keep on smiling! Keep on moving. (I miss every motivation word from Cik Keet).... +(

Tuesday, March 29, 2011

Accept or NOT????

I'm just confused rite now whether i should accept it or not????
if you're on  my shoes, what did you all do????

Actually i get an offer from one organization as HR Assisstant. And i do love the job. As i hold a degree in Human Resource Management. But then.... the place i will be work in is far from my home. And if i "ulang alik", it will cost me a lot. And dangerous for me to do that. But...  It was my dream to work as one member of HR things. Here they come, but other things appeared. I want to have other experienced since i was at my Jabatan for a year and a half. Too long...huu.

I can't think!! So confused... should or not????? someone, please help me.
What should i do then.
I have to called them to confirm about this.

WhatSiGadisSaid : Si Gadis sangat confused. Sesapa ada pendapat?

Monday, March 28, 2011

DOA PEMBUKA 12 PINTU REZEKI

As salam.. Pagi semua.. For this entry, aku nak lampirkan DOA PEMBUKA 12 PINTU REZEKI. Kalau korang nak kongsi, copy la. Korang boleh amalkan bacaan doa nie setiap kali selepas korang solat. InsyaAllah, moga rezeki kita sama2 dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Amin.

p/s : Thanx to my housemate, Azie. Die yang suruh aku baca doa nie. Sebab kami sama2 jobhunter .


WhatSiGadisSaid : Semoga dipermudahkan rezeki itu untuk diriku olehnya. Amin

Thursday, March 24, 2011

Abah...Tunggu Ayu dulu !

Tiba2 aku teringat kat abah aku.. Tak tahu kenapa.. Nie mesti kes minggu lepas aku balek kampong. Hurmm.. Rasa terkilan dengan diri sendiri. Mungkin belom sampai rezeki aku lagi berbanding sesetengah teman yang lain. Ramai antara mereka yang da dapat kerja (kerja yang menjamin masa hadapan). Bukan nak mengkritik atau cerewet dengan kerja sekarang, cuma aku terfikir sampai bila nak kerja kontrak. Kalau kontrak yang boleh sambung bila tamat tak per lah jugak. Nie tamat, kena berhenti. Kalau pihak atasan perlukan khidmat kami and andai ada bajet, baru lah dieorang dapat sambungkan kontrak kami. Hadoyai... (Boss tolong saya dapatkan kerja boleh???heee).

Bukan nak menyesal atau apa, Tuhan pon tak suka pada hambanya yang menyesal. Tapi rasa itu masih ada dalam diri aku. Sangat terkilan. Aku ingat after that day (biar aku jer yang tahu hari itu, biar jadi rahsia kekecewaan aku), aku boleh membahagiakan kedua orang tua aku. Tapi lain yang jadi. Belom sampai masa aku lagi kot. Aku redho dengan apa yang terjadi. Sebab semuanya telah ditentukan olehnya, Tuhan yang esa. Kita hambanya hanya mampu berusaha melakukan yang terbaek. Rezeki itu ada dimana2. Andai itu rezeki untukku, aku akan dapat. Amin. Itu pesan Mama yang aku akan ingat sampai bila2.

Apa yang aku sangat2 terkilan adalah aku tak dapat beri banyak kepada kedua orang tuaku seperti apa yang mereka lakukan untuk diri aku. Aku tahu bukan itu yang dieorang nak. Tapi hati kecil ini tetap merasakan sebegitu. Banyak lagi aku tak capai. Banyak lagi aku nak buat untuk mereka. Banyak lagi aku nak mereka kongsi dengan aku.

Abah... Tunggu Ayu. Anak manja abah nie perlukan abah. Abah kena kuat lagi. Ayu selalu doakan kesihatan abah. Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur die, tahun nie umur die menjangkau 72 tahun. Pilu rasa hati nie tengok keadaan abah aku. Usia die makin meningkat. Dah tak larat macam dulu. Mata pon dah samar2. Tak berapa nak dengar. Aku sedey bila die ceritakan kesusahan die. Saket di hujung hati aku. Banyak aku nak buat untuk die. Aku nak dapatkan kerja yang baek, yang menjamin hidup aku. Jadi, abah tak perlu risau akan kerja anak die lagi. (Terima kaseh abah sebab selalu doakan ayu). Aku nak beli kereta dengan hasil titik peloh aku. Aku nak bawak die jalan2 dengan kereta aku. Aku nak belanja abah aku, macam die belanja aku dulu2. Aku nak die tengok anak manja die nie bersanding atas pelamin. Huu. Semoga hari itu akan sampai. Amin.

Abah... Abah ingat lagi tak masa Ayu kecik2 dulu, Ayu manja sangat dengan abah. Abah pi mana mesti nak ekot. Abah selalu belikan Ayu gula2 bila balek kerja. Pastu Ayu mesti berebut dengan abang and kakak. Masa tue adeq Naim tak der lagi. Bila adeq Naim keluar dari perot mama, Ayu jeles sangat sampai nak pijak die (mama la citer, tak hengat)..Abah yang pujok Ayu. Abah selalu bawak Ayu pi playground. Boleh Ayu main gelongsor. Seronok sangat. Dan yang tak tahan, kalau naik bas Ayu mesti nak duduk dengan abah. Pastu kak Wiena pon berebut nak duduk ngan abah. Tapi abah biar Ayu duduk ngan abah. Sayang abah! Kalau ada abah, ada la Ayu kat sisi abah. Hee.. Ayu sayang abah.
Abah... Tunggu Ayu. Banyak lagi Ayu nak buat untuk abah. Abah kena kuat. Abah jangan saket2. Abah jangan degil jumpa doktor (mama selalu cakap abah tak nak jumpa doktor). Abah jangan makan manis2 (nanti darah tinggi abah naik). Tak elok untuk kesihatan. Abah dengar cakap mama taw, ubat jangan tak makan. Ayu doakan abah dalam setiap doa yang aAyu panjatkan ke hadrat Ilahi. (sama jugak kat mama). Ayu sayang abah sangat2. Mama pon. Muax!


WhatSiGadisSaid : Sebak sangat bila abah baca doa time berjemaah balek hari tue, tangan abah terketar2. Huu. Suara pon terketar. Huu.

Wednesday, March 23, 2011

I fall in Love with Japanese Guy?? - Version 1

I’m sorry.. what i’m gonna say here that i have fall in love again.. Not with My Kanda (sorry dear, sayang curang sekejap) but.... with YAMASHITA TOMOHISA, Japanese artist.. My ex-boyfriend (pasan lagi)..hee.. Kenapa aku cakap ex, sebab nya aku da minat mamat nie dari tahun 2007 sampai lah sekarang. Aku tak tahu nak cakap pe, tapi aku sangat minat tengok die berlakon and menyanyi.

Aku ingat lagi time study dulu. Ada jer lagu baru die nyanyi, kompem aku akan mendownlonkannya. Tak pernah miss. Tak pon aku hamek kat kawan aku yang memang minat jugak mamat2 Jepun nie. Tapi die minat orang lain. Kami minat mamat yang lain2. T minat sama, jeles plak. Whahaha. Kelakar zaman muda mudi dulu. Ye lah kan, boyfriend tak der nak melayan, so kami melayan boyfriend yang di alam maya nie je lah.

Aku ingat lagi, aku sanggup berjaga sampai 3 hingga 4 pagi semata2 nak mendownlod citer2 jepun ni. Mata ngantok, tapi tak hengat. Apa yang penting aku habis mendownlod citer2 nie. Sok pagi boleh layan. Weee. Esok nak exam pon aku sempat lagi, switch on my lappy and melayan citer2 jepun. Bajet nak hilangkan ngantok. Sebab time buka buku, nampak jer tulisan, mula la mulut nie nak nguap and mata nak pedih2. Siot jerk an. Haduih.

Punya la tak hengat jatuh cinta ngan mamat jepun nie, aku sanggup habiskan duit untuk beli gambar2 poster, kitcen, buku dan macam2 lagi. Nie bukti aku minat die sangat :
 
 

Banyak gak citer mamat Jepun nie yang aku layan, antaranya : Shuji to Akira, Proposal Daisakusen, Kurosagi, Kurosagi The Movie, Code Blue Season 1, Code Blue Season 1 The Movie, Code Blue Season 2. Banyal lagi yang lain, tapi semuanya aku tengok half jek. Yang aku senaraikan atas nie, semua dari awal sampai habis aku layan. Very kakoi ini mamat. Cute bah! Dan sekarang aku tengah mencari cerita terbaru die, agak la, 2010 kuar. Kira aku da lewat..Huu. Tapi nak jugak p beli cd. Tak pon cari port baek nak mendownlod (banyak tue episod die).

Citer BUZZER BEAT yang aku nak cari :



WhatSiGadisSaid : Sapa ada cita nie??nak!!!!!!!!!!

Tuesday, March 22, 2011

Zaoshang hao!!! Ni ho!!

Ni men, zaoshang hao (Kamu semua, selamat pagi).
Ni chifan le ma? (Kamu da makan kah?). Wo you chi le. (Saya sudah makan).
Ni chi shenma? (Kamu makan apa?). Wo you chi mian bao. (Saya makan roti).
Ni he shenma? (Kamu minum apa?). Wo you he kafei + shui. (Saya minum kopi + air mineral).

Good morning everyone! hee.. amacam lesson hari nie? hee. Aku cuba nak mempraktikkan apa yang aku belajar masa kursus hari tue. Sebab aku takot nanti aku lupa. Huks. Macam membazir jer. Da belajar2, tak praktik, lupa. Dulu amek mandarin pon belajar main2. So, bila ada kursus nie, otak aku cuba refresh apa yang aku penah belajar. Aku tak nak ulang benda yang penah jadi dulu. Bukan menyesal or apa. Cuma aku fikir rugi jer kalau tak guna ilmu yang ada. Betol tak? Korang nak belajar ngan aku tak? hee.


Sama lah jugak macam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris aku kalau korang nak tahu, hancus lebus. Huu. SPM ritu pon cukup2 makan jer. But today, my english is better than that day (SPM). Why? Coz time study kat "U" dulu, lecturer memang suka guna bahasa BI. Nak jawab paper pon kena dalam BI. Nak tak nak, memang kena jugak la mempraktikkannya in my day life . Tapi.... Not overall better. Huu. Should practice more. Tunggang terbalik jugak la kalau aku nak speaking nih!.. Choi ya.. But PRACTICE MAKE PERFECT rite?? Hee. Thats why i try to learn mandarin and try to practik in my day life. So, help me friends. T bole kita speak2 BI and mandarin. Hee. Amacam? Agree tak? Hee.

WhatSiGadisSaid : Sory la kalau apa yang aku post in mandarin korang tak suka. Bukan nak membangga diri yang aku nie belajar mandarin ke hapa. Tak de niat. Aku cuba mempraktikkan apa yang aku belajar dalam rutin harian aku. Huu.

Lagi gambar Kursus Pertuturan Bahasa Mandarin (Asas)

Women loushi (Cikgu kami)




Nard (tudung merah), tengah blurrr. Tue muka berkerut..heheheh... Aku pon sama..Haks

WhatSiGadisSaid : Wo...... blurrr...ngeee

Friday, March 18, 2011

Kursus Pertuturan Bahasa Mandarin (Asas) - Hari Terakhir

Wah wah wah...Akhirnya.....Aku dan kawan2 opis aku yang lain berjaya menamatkan Kursus Pertuturan Bahasa Mandarin yang dijalankan selama 3 hari (16 - 18 Mac 2011). Penat otak aku, semakin berliga2 jadinya. Hahaha. Alhamdulillah. Aku dapat menambah satu lagi ilmu. Semoga ilmu yang diberikan ini, dapat aku sampaikan kepada kawan2 yang lain. So, jangan malu bertanya pada aku okek? Mana aku tahu, aku jawab. Kalau tak tahu, aku usaha bagi jawapan. Kalau da betol2 tak leyh nak jawab, aku minta maaf okek? Hee. Semoga berkekalan dalam benak aku. Jangan esok lusa da tak hengat. Memang hampes kan. Ngee.

Untuk sambungan pelajaran hari ini, women laoshi ajar pasal pertuturan untuk :

1. Janji Temu (Yuehui) - Cara bertutur untuk ajak someone pergi date. So, pasangan kekasih di luar sana perlu belajar. Kompem pasangan anda blurr t. Hee.
2. Jual Beli (Mai Dongxi) - Cara bertutur untuk tawar menawar semasa membeli belah.
3. Wang (Qian) - Cara bertutur menyatakan harga barang.

Tamatlah pembelajaran bahasa mandarin. Laoshi, xiexie. Hen xiexie. Hee.


WhatSiGadisSaid : Nanti aku upload pic yang lain lagi. Hee.

Thursday, March 17, 2011

Kursus Pertuturan Bahasa Mandarin (Asas) - Hari Kedua

Hari nie sangat terok. Demam aku makin menjadi-jadi. Selsema bertambah terok. Air ngalir jer kuar (eee,geli plak).. Batuk jangan kata la, tekak sangat perit. Suara da bertukar jadi suara lelaki (errrr,hee.Bajet jer,tapi still dengar suaraku yang ayu, kikiki)... Badan panas, tak turun. Semalam makan ubat demam, letak cool fever, still tak memberi kesan. Hari nie da masuk hari ke-3, esau lak aku takot kena apa2 jangkitan. So, malam nie aku wat appoinment ngan doc. Kena pi klinik jugak check. Bahaya. Takot jadi lagi terok. Huu.

Untuk kelas hari ini, banyak jugak ilmu yang aku dapat. Banyak tajuk yang disambung oleh women laoshi (cikgu kami). Antaranya :

1. Pengenalan diri : Nali/ Di mana (blaja untuk tanya kemana na pergi, di mana)
2. Pengenalan : Jieshao/ Pengenalan (blaja cara kenalkan diri, kenalkan kawan)
3. Tarikh/ Masa : Haoma He Riqi (blaja cara cakap tarikh dan masa)

Aku memang teruja belajar bahasa2 ke-3 nie. Tapi keadaan aku yang ala2 sengal (demam), membantutkan pembelajaran aku hari ini. Bilik yang sejuk menambah haba dalam badan aku. So, badan makin panas. Huu. Tumpuan pon dah kemana dah. Huu. Rugi okeyh! Esok hari terakhir kursus. Ada lagi satu bab. Pasal Wang. Dan pastu akan ada exam untuk cari the best student untuk kursus kali nie. Boleh ke aku dapat? hahahah. In mu dream... huu. (ramai yang pandai dalam kelas)... But i will..no, i do my best tok exam sok. He. Wish me luck fwen.

Zaijian. Qing mentian. (jumpa lagi. Sambong esok)

WhatSiGadisSaid : Ada budak sebelah (nard) aku tadi. Terlelap time cikgu ajar. Naseb pala die tak jatuh kat meja. Hehehe.

Wednesday, March 16, 2011

Kursus Pertuturan Bahasa Mandarin (Asas) - Hari pertama

Hari nie sanyue shiliu hao (Mac 16), kat opis aku ada wat kursus Bahasa Mandarin. Actually kursus nie diberi keutamaan kepada warga SPA yang akan berlepas ke Beijing untuk lawatan pada hujung bulan nie. Aku ngan kawan aku, nard hanya menjadi ahli tempelan, menyibuk jer untuk kursus nie. Nyebok jer kan. Ye lah, da orang offer aku, free lak, kompem aku pon nak. Dapat ilmu tue. Mana la taw satu hari nanti aku nak pi haneymoon ker kat area belah sana, kan senang. Da ada ilmu bahasa Mandarin. Hee. (Berangan nak kena lebey).

Kursus nie ada 3 hari. From today to Xingqiwu (Friday). Memerah otak jugak la untuk mengingat dan membaca bahasa nie. Terbelit2 lidah aku. Lenguh okey lidah nie. Hee. Nak di informkan pada korang semua, dulu time blaja aku ada jugak amek Kelas Mandarin. Tapi aku tak blaja betol2. Terok kan. Buang masa jer bila fikir balek. Rugi okeyh! Kalau la aku belajar betol2.... kompem habis Cina2 kat luar kalah ngan aku. (pasan tak hengat).. Tapi menyesal pon da tak guna. Aku cuma ingat sikit2 jer apa yang aku belajar. cara sebutan tue pon okey la, bole la.

Untuk kursus hari nie, kami belajar banyak benda. Tapi untuk yang asas sahaja. Antaranya :

1. Fonetik Bahasa Mandarin (suku kata) - shengmu/ suku kata awal, yunmu/ suku kata akhir, shengdiao/ nada, qingsheng/ nada neutral, biandiao/ modifikasi nada),
2. Ungkapan harian (Richang Yongyu) - Bab 1/Di-yi ke dan Bab 2/Di-er ke : kewen/ text, Zhuanyou Mingchi/ nama khas, buchong shengchi/ tambahan perkataan, juxing/stryktur ayat
3. Angka (shuzi)
4. Tarikh (riqi) - Tahun/ Nian, Bulan/ Yue, minggu/ Xingqi, Haribulan/ hao/ Ri
5. Masa (shijian)

Pengenalan diri esok lak. So aku sambong esok untuk hari kedua.. Zaijian..qing mentian

Tuesday, March 15, 2011

....

Sometimes.... i think, remain silent is a good thing
coz not every words can explain everyhting
and maybe the words may hurt others...
so, be silent ! shhh

WhatSiGadisSaid : Blur mode..(*&*^*!#%*&+_+&*%#!*^*&*)

Tuesday, March 8, 2011

MOVIE Pilihan Minggu Ini

UNDERDOG SOLDIERS


Synopsis: Underdog Soldiers follows the journey of eight high school friends in a coastal country town whose lives are suddenly and violently upended by an invasion that no one saw coming. Cut off from their families and their friends, these eight extraordinary teenagers must learn to escape, survive and fight back against a hostile military force.

Genre: Action / War
Running Time: 1 Hour 32 Minutes
Director: Stuart Beattie
Cast: Rachel Hurd-Wood, Caitlin Stasey, Phoebe Tonkin

(Source: Ram Entertainment)

WhatSiGadisSaid : Nice movie.. But..the ending should be one..

Monday, March 7, 2011

Tempahan Baju Raya 2011

Wah, nie da kes berat. Awal giler nak tempah baju raya kan. Posa pon belom, tapi dah nak tempah baju raya. Hehehe. Actually last Saturday, i went to Seri Kembangan, Selangor to pick up my tempahan baju. Tak silap aku da dekat 2 bulan jugak arr baju yang aku tempah tue siap. Tapi aku biarkan tersadai jer kat kedai tue. Biasa la kan. Orang banyak tanggungan.. Hee. Padahal bajet lari. Wahaha. So, 2 bulan tak amek, aku siap kumpul dulu wet tempahan tue. Ada la around 2 hundred. Gila kan. Tempah baju jer pon. Tapi okey laa, aku dapat 3 pasang baju baru. Hoho. Mahal pon sebab aku mintak tailor tue jahitkan manik.. Nak jahit sendiri, tak terjahit..Huu. Tapi aku nak belajar jahit manik. Harus! Sebab nanti tak payah nak bayar mahal2. Huu. Untuk tempahan kali nie aku tak menyesal pon. Sebab butik tue jahit memang kemas. Cantik! I like!

Nak story kat korang, masa aku amek baju aku, aku bawak housemate aku, AZIE. Die plak nak tempah. Hee. Nie orang yang ke5 aku bawak ke butik tue selepas KAK MAS, KAK LIEZA, NARD, dan KAK LIN. Ramai kan. Heheh. Kena mintak royalty nie. Bawak customer. Kasi untung dieorang. Hahahh. Okey2. Back to my story. Time aku belek2 baju yang aku nak amek, cek balek, mana taw ada yang tertetas ke, benang terkeluar ke, tercarit kain ker (cerewet betol), untuk keselamatan time pakai baju tue jugak nanti kan3?? hee. Tiba2 tailor tue tanya aku, "baju raya nanti nak tempah tak???".. err... Regular customer la katakan (pasan), hee. Boleh jugak. Last year pon aku tempah kat die. So, tailor tue tanya, kalau nak tempah, die bookingkan tarikh untuk aku. Wah wah wah. Bagus tol erk. Jaga customer punya plan. Hee. Aku pon apa lagi. Alang2, book je la. Hee. So, safe dah untuk baju raya 2011. Jangan jeles okek. Hee.


WhatSiGadisSaid : Misi mencari kain untuk baju raya 2011 akan dijalankan di Jalan TAR tak lama lagi. Plan jangan tak plan. Duit maw kumpol dulu. Hee.

PesananPenaja : Cik Keet, Cik Jalwa, Cik Lin dan Cik Azie, tolong amek perhatian yer!!! Hee

Sunday, March 6, 2011

ADOYAI SAYANGKU!

Kenapa sayang? kenapa sayang keluar tak bagitahu sayang? sampai hati.. da la banyak pulak tue keluarnya. Bukan nak keluar sikit2.. Nie segedebuk.. Huks. Sayang tak kesian kat sayang nie ke??? Sampai hati sayang buat sayang macam nie.. Macam2 da sayang cuba untuk buat sayang tak keluar.. Tapi sayang degil, keluar jugak. Macam2 sayang beli dan guna, sama jugak. Degil la sayang nie. Menci taw sayang kat sayang. Kadang2 sayang da fedup ngan sayang. Ikut suka sayang la nak keluar ke tak. Tapi sayang bole buat selamber deq jek. Keluar jugak. Sayang memang degil kan. Huu.

Bila sayang fikir2 balek, sayang tak boleh putus asa. Demi sayang, sayang akan lakukan yang terbaik. Ini janji sayang pada sayang. Tapi sayang kena la tolong sayang. Bole tak sayang? Sayang tak kuat sangat. Bila nampak nasi, sayang berselera. Next time, bila sayang nampak nasi, sayang buat la rasa kenyang. So, sayang tak yah la amek nasi. Hehehe. Bole tak sayang? Pastu sayang jangan la 24 jam rasa lapar. Mati la sayang nak melantak jer. Huuu. Sayang sayang sayang kan? Sayang tolong sayang eh? Agak2 berat badan sayang da 50kg, pastu sayang isi sayang banyak2. Orite tak? Agree tak ngan plan sayang nie? Macam nie la sayang sayang sayang. Kita cuba sama2 okek?

Pasni sayang kena la avoid sayang dengan nasi. Kejap jer, OK???? Sayang da tak tahan da. Pakai baju semua rasa semacam. Sebab badan sayang semakin menggebu. Memang la comel bila gebu. Tapi sayang tak selesa. Huu. Tolong yer sayangku PEROT! Saya nak kurus jugak!!!!!!!!!

WhatSiGadisSaid : Boleh ker? Ada berani nak hilangkan lemak itu? Macam rugi plak. Da lama kumpol. Hahhaaha.

Friday, March 4, 2011

Oh My Dear PTPTN

Aiyak, da berapa lama tak post ini entry da... Ni kes nak menghedit background blog la nih! Alih2 tak jugak tukar2. Still remain with the black background.. Hadoyai, apa punya turr la ini budak. Sebenarnya pala hotak nie sarat dengan idea. Macam2 aku nak post. Cerita seminggu lepas la, 1 bulan lepas pon ada. Semua la aku nak post. Tapi jap, apa yang paling urgent aku nak post sekarang adalah mengenai isu PTPTN aku! Pasal aku bukan pasal PTPTN orang lain. Hee.

Actually after lunch tadi, masok jer opis teros aku menenggekkan punggong aku ke atas sofa yang tak berapa nak empuk. Macam selalu, aku akan melanyakkan tapak tangan aku sebesar sekecil tikus ke atas tetikus. Pastu apa lagi, click click la.. Hee. Apa la yang aku dok merapu nie.. Hee. Lali mengantuk. Kenyang2 makan time lunch tadi. Okey, back to our story mory. Bila aku da click, aku search blog ex-housemate aku, "SHAWAKIR".. ( Cik Keet jangan marah, nama tue unik)..i like.. you like too rite..heheh. Aku baca entry terbaru die. Korang taw tak sal per.. Teros menusuk ke qalbu aku yang paling dalam.... Huu.. Die citer sal boyfriend aku la, sapa lagi kalau bukan my dear PTPTN! sayup jer baca die punya entry...Huu.

Aku nie sebenarnya sama dengan jer ngan awex nie. Hee. Apa yang sama. Samanya kami dua2 da dapat notis akhir guaman PTPTN! . Kes naya da nih, notis guaman tue.. Karang ada yang kena blacklist nama. Oh no no no, macam mana aku nak pi overseas kalau nama kena blacklist? (bajet nak pi overseas, hahahah). Okey2. Aku memang nak bayar. Tapi aku guna cara manual kot. Pi direct bayar kat CIMB Bank. Tapi tue la masalahnya. Bila entah aku nak menapakkan tapak kaki aku nie kat bank tue. Alahai. Lemah badan den nie ha. Tapi apapon, i will make sure myself akan pi bayar jugak. Money are ready. Cuma nak pi kaunter bayaran jer. Huks.

Bukan apa, aku ada jugak try nak bayar secara online. Mentang2 sekarang nie sumer benda di hujung jari, aku pon tak nak tertinggal menggunakan hujung jari kau nie.. Kah3. Tapi...... macam Cik Keet kita nie cakap, berjanggut nak tunggu. Tue yang melomahkan diri den lagi ha. Huks. Bukan tak try, da try. Lambat cket arr. Huks. Anyway, aku rasa aku patot try tips awex nie. Mana taw bila2 tak sempat pi bayar kat kaunter, aku bayar melalui hujung jari aku yang tombam nie ha!..Hee. Kalau korang yang kat luar nak try, nie ha link die CARA BAYAR PTPTN SECARA ONLINE MELALUI CIMB CLICKS.

Tima kaseh yer Cik Keet. Anda mengingatkan saya! Walaupon da memang hingat, hingatkan lagi. Ngee.

WhatSiGadisSaid :Pelan2 kayuh. Lama2 sampai kat tempat destinasi. Pelan2 bayar, lama2 empty la akaun PTPTN.. Hee.

Tuesday, March 1, 2011

Bajet Atlet Badminton

Last month, before aku terjebak dengan tournament bola jaring, aku awal2 lagi da terjebak dengan tournament badminton anjuran kelab badminton jabatan aku. Macam mana aku terjebak, semuanya angkara My Kanda. Hee. Die memang player badminton jabatan kami. Jadi every monday and thursday night, every month, not really, My Kanda akan ajak aku untuk pergi training badminton di bawah kelolaan kelab badminton dari jam 0900 unti 1100 p.m.. Niat di hati sekadar suka2 je. Tanpa niat nak main betol2. Sekadar panaskan badan sambil keluarkan peluh di badan dan dalam usaha menghilangkan lemak2 yang semakin tepu di badan. Not more than that.


Tut tap, one day ada my friend melamar aku untuk bergu for the tournament. Dalam hati ^%$#*+#^.. Betul ker awex nie nak ajak aku bergu ngan die? nak kalah awal2 ker. Aku main pon cam habuk jer. Pukul bola tangkis tue pon belom tentu kena. Tapi awex nie cakap tak per. Die pon tak pandai sangat. Tapi aku tahu. Die pon player badminton jabatan aku sama cam My Kanda. How? nak ker tak. Aku yang tak sememangnya baik hati nie, bila da dipujuk berkali2, aku pon dengan yakin jawab ok. Bila da submit borang, macam tak yakin plak. Huu. Boleh ker? Huwuaaaa. But when i try to think positive, why not aku try.  Bila da yakinkan diri, sekali lagi aku dilamar oleh rakan opis aku untuk bergu campuran (lelaki dan wanita pulak). Ha sudah. Korang memang cari nahas la. Hmm.

When the day comes, 13 Februari 2011 (Ahad), game berlangsung. Alhamdulillah, untuk dua2 game aku balun hadiah tempat ketiga. I think miracle happened that day. Thats why i lucky! Hahaha. Kalau tak, tak denya aku menang. Hee. Ok la tue. Hadiah die, aku belanja kawan2 aku makan KFC kongsi ngan my friend (nard) yang menang 1st place untuk bergu campuran. Sebab da promise ngan dieorang, kalau menang kena belanja. Mula yakin jer sebab tak bajet menang. Haks.


WhatSiGadisSaid : Try dulu baru tahu kemungkinan yang akan berlaku. Never give up!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)