Followers

Friday, January 14, 2011

Macam masakan MAMA rasanya

Nak dijadikan cerita, semalam aku malas giler. Kat opis, mood cam hampes jer, ngan pala denyut2, opis sejuk macam nak membunuh orang, and ngantok. Tapi keje, still kena wat jugak, tahan je la. Dan sampai satu tahap aku tak leyh tahan, aku suh KAK LIEZA cover line. Memang da tak leyh blah, aku turun solat zohor. Pas solat aku bantai tido. Hehehe. Maaf yer CC, maaf yer BOS, saya memang tak larat da.

Sampai jer umah, bajet tak nak masak, sebab tak de mood. Tapi tetiba lak terajin. Aku g la kedai basah kat depan umah, beli apa yang patot untuk masak. Main beli jer, padahal tak tahu nak masak pe. Bila dah kat dapur, terfikir, aku nak masak apa? Atlast, tempe yang aku beli, aku tak masak. Biasa la kan, umah bujang, tak denyer nak masak gulai, tak denyer nak masak kari. Hee, tue umah bujang aku la. Umah bujang lain aku tak tahu. Ngee. So, aku decide masak sambal ikan bilis campur fishcake (betol ke aku eja) + telur dadar. Kalau style aku masak, aku suka sediakan semua bahan dulu, maksud aku potong bahan2 masakan siap2 and sediakan dulu then baru masak. Sebab aku tak nak kelam kabut time masak.

Bila bahan da siap, aku pon mula la masak. Dari tumis bawang, then masokkan cili sambal serta air asam dan biar sampai pecah minyak. Jangan lupa masokkan garam dan gula sebagai perasa. Wah, macam chef plak aku explain. Hee. Sekali time nak test rasa, alamak, masam giler.. Err, mula nak gelabah. Orang baru nak belajar memasak memang macam nie. Hee. Pastu aku pon apa lagi, masokkan bahan perasa lagi. Bila agak ok rasa sambal tadi (even lidah tak berapa nak rasa sebab panas), aku masokkan ikan bilis ngan fishcake yang aku da goreng sedikit tadi. Zuppp, habis merecik minyak. Mula nak lari, kuikui. Kelakar tol. Bila da ciap semua, goreng telur.

Time nak makan, aku suh KAK LIN and AZIE rasa. Especially sambal yang aku masak tadi. Sebab aku tak tahu rasa die. Sekali dieorang cakap sedap la. Errr, eh. Meyh aku nak rasa. Sekali ayat yang keluar dari mulut aku "rasa cam sambal ikan bilis MAMA"...(perasan sekejap) hee. Bahagia rasa sebab aku masak rasa cam masakan mama. Yihaaaa! I like. Nak kena tipon mama gitahu. Ngehehe.

p/s : Time gitahu Mr.Effidayu, die cakap nak jugak sikit. Tapi maafkan sayang yer b, kitaorang da ranapkan masakan tue sampai licin. T ceq masak len na untuk b. Ngee. =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)