Followers

Tuesday, January 11, 2011

Perasaan itu tersemat di dalam jiwa

Hidup adalah suatu perjalanan yang panjang.. Indah ataupun suram..Tidak diketahui. Pelbagai rintangan perlu dihadapi demi mengejar suatu destinasi yang belum pasti, adakah cerah disinari cahaya kebahagian ataupun gelap diliputi oleh ketakutan yang wujud di dalam diri. Hidup akan indah andai kita dapat menguruskannya dengan baik. Tidak kira masalah yang dihadapi, andai ditangani dengan baik, maka baiklah keputusannya. Dan sebaliknya, andai kita hanya membuat keputusan dengan mengikut akal fikiran tanpa mengambil kira baik buruk sesuatu perkara itu, sudah pasti keputusannya adalah kurang menyenangkan. Dan mungkin ianya akan memberikan kesan buruk kepada kita pada masa hadapan.

Bercakap soal hati, tak siapa dapat mempersoalkan dan menjawabnya. Ini kerana perasaan merupakan sesuatu yang subjektif, yang mungkin berubah2 mengikut skala waktu. Bergantung kepada setiap manusia untuk bertanggungjawab ke atas hati mereka. Adakah mereka memilih untuk memiliki kebahagian ataupun memilih untuk bersama kedukaan. YOU ALL KNOW THE BEST ANSWER FOR IT. Tanyalah hati, persoalkan hati. Hanya anda yang mempunyai jawapannya.

Bercakap mengenai kebahagiaan, tak siapa mahukan kedukaan. Kita sebagai manusia ingin berbahagia bersama insan tersayang. Adakah kita akan memilih untuk berduka bersama insan kesayangan anda? Tidak, tidak mungkin kita ingin meraih kedukaan malahan sebaliknya kita ingin mengecapi kebahagiaan bersama insan yang bertakhta di hati anda. Jadi, diri dan hati kita yang perlu memilihnya. Gembira atau duka. JUST WE CAN CHOOSE IT.

Pujaan hati, apa khabarmu, ku harap kau baik2 saja, andai kau tahu ku sangat mencintai dirimu..
Pujaan hati, setiap malam aku berdoa kepada Tuhan, berharap cintaku jadi kenyataan, agar ku tenang meniti kehidupan..
Pujaan hati, mengapa kau tak membalas cintaku, mengapa kau abaikan rasaku, ataukah hatimu mungkin membeku, hingga kau tak pernah pedulikan aku..
Pujaan hati, cubalah mengerti keadaanku, dan cubalah pahami keinginanku, ku ingin engkau menjadi milikku, lengkapi jalan cerita hidupku..

Bercakap mengenai pupusnya cinta itu, adakah cinta kita berbalas. Sedih apabila memikirkan cinta kita hanya bertepuk sebelah tangan. Kita menabur seluruh jiwa dan raga demi insan tersayang, tapi balasannya tiada. Sakit dan perit itu, hanya Tuhan yang mengetahui dan memahaminya. Tapi yang pasti, andai sesorang itu bukan untuk kita, pasti DIA yakni Tuhan yang satu telah menyiapkan kita dengan seseorang yang lebih baik untuk kita tanpa kita sedar.

Cinta perlukan pengorbanan. Tidak salah andai kita berubah demi insan tersayang yang mana perubahan itu akan membawa kepada kebahagiaan. Dan janganlah kita merubah diri kita sehingga kita sendiri tidak mengenali siapa kita. Kerana, jika si dia mencintai kita, si dia mampu menerima kita seadanya kita. Baik mahupun buruk, ianya akan menjadi titik tolak kepadanya untuk memahami kita dengan lebih dalam. Kenalilah dirinya. Terimalah dia seadanya. Kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan kita yang menjadikan sesuatu itu sebagai sesuatu yang sempurna. Tapi kita janganlah semudahnya mempergunakan kepercayaan yang diberikan dan keyakinan yang ada untuk diri kita hanya kerana kita tahu itu. Janganlah persendakan dirinya dan janganlah mengabaikan cintanya. Kerana bila sampai suatu masa hati sudah tidak dapat menerima segala tindakan yang dilakukan, hanya masa dapat menyembuhnya. Kepercayaan, keikhlasan, kejujuran, kebertanggungjawaban dan kasih sayang merupakan kunci kebahagiaan sesebuah percintaan. Andai tercicir salah satunya, maka sukarlah untuk kita smpai ke kemuncak menara itu.


Renungan bersama : Janganlah kita menyebutnya (cinta), andai kita tidak merasainya. Janganlah kita mengucapnya (cinta), andai kita tidak ingin. Kerana setiap perkataan memberikan makna yang tersendiri. Dan janganlah kita melukai hatinya jika kita tidak ingin memilikinya. Janganlah bersedih, carilah kebahagiaan yang ada disana kerana hanya kita yang tahu cara untuk mengecapinya. Renung2kan. Dan selamat menghadapi liku2 itu.

2 comments:

SumBody Me.. said...

duss...jiwang perghh..hingga menjilat jari..eh?hee..apasal pic 2 mcm pic hati Mama J masa tgh renovate dulu 2 eh? nk jugak boleh?

Si GADiS said...

heheheh...agak arrr..memang kena renovate..hee..cna erk nk hantar..curi jek yg tue leh??hee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)