Followers

Wednesday, January 26, 2011

Kritikan Membina

Err, i'm going to apolagize first to all of my readers... Sorry, warik, gomen !!! Why? Coz i'm going to changed my BLOG TITLE again. Why? Coz saya kena kritik sal tajuk blog ini.. Hee. Gomen gomen. Sorry to make you us pening2, kejap2 tukar tajuk.

Actually when i post my en3 bout my tajuk, saya tak tahu kawan saya da baca ---> KAK LIEZA. And same goes to NARD.. Hee. Dieorang ada kritik cam tak best tajuk, ala2 jiwang. Haks. Okey2. Baek2. They love my blog title before ---> BUDAK COMOT. So, i think i should changed it. Why? Sebab mereka (kawan2) adalah pembaca blog saya. Jadi, tak salah saya ekot kehendak mereka. Am i? Is it right? What you all think?

At last, i decide. Saya tak nak la letak BUDAK. Tukar cket. Saya nie seorang gadis, bukan budak lagi (pasan sudah). Haks. And you all can see t okeyh.

Credit to KAK LIEZA and NARD untuk my new blog title. Love you. MUaxXxxx.

Monday, January 24, 2011

Mata Hati Jiwa

Mata hati jiwa... Nothing much actually.. For this entry saya nak cita bout my new blog title. Asyik tukar jek kan. Saya pon pening, bukan korang jek pening. Kikiki. Pas decide dan berpikior punya pikior, saya letak tajuk "MATA HATI JIWA".. Mesti tertanya2 kan, nape tajuk nie? Mata? Hati? Jiwa?

Actually, time mula2 start nak berblogging, saja sesuker. Tak de mende pon. Saya suka search blog, and baca blog2 yang menarik. Tup tap, my fwen pon ada blog. So i ask her, cna die wat blog. Plan2 kayuh, belajar dari step by step, sikit2 lama2 jadi bukit. And now, here my blog. Agak2 da setahun lebih saya berblogging. But i'm still an amatur i think. Banyak lagi saya tak tahu. Nak kena godek2 lagi sal benda alah nie. Kadang2 saya quite jealous with certain blog. Bukan apa, very interesting for me. Jeles disini tak bermaksud dengki. I just like the way thier berblog. Nice and santai. Dan banyak pengikut. Saya nak jugak, nak jugak. Jadi, saya rasa saya kena banyak lagi search untuk meningkatkan mutu dan kualiti blog saya. Ngee.

Why i choose the title.
Mata... Ianya berkaitan mata, mata yang melihat dan mata yang menilai.
Hati... Ianya berkaitan hati, hati yang memberi rasa. Dari mata turun ke hati. Jadi hati penyambung kepada mata.
Jiwa... Ianya berkaitan jiwa yang memanipulasi dan membuat hipotesis kepada kedua2nya mata dan hati. Jadi terciptalah satu inferens...

MATA, HATI DAN JIWA...SATU GABUNGAN RASA.

Bersamaan dengan blog saya, ianya menceritakan kesah hidup saya, HATI saya, JIWA saya, KEGEMBIRAAN dan KESEDIHAN, JATUH BANGUN saya, dan IMPIAN serta HARAPAN. Semuanya dalam satu.

Monday, January 17, 2011

Mama...i miss you

Kalau diikutkan kiraan aku, dalam 1 bulan lebey aku tak balek kampong. Lebey pon tak de la banyak hari sangat. Tapi perasaan rindu aku pada mama aku, rasa macam da lama sangat aku tak balek. Ikutkan sebelum nie, 2 bulan aku dapat bersabar lagi. Tahan jer. Kali nie, sebak rasa dada aku menahan rindu yang amat sangat. Untuk post entry kali nie, aku tak nak cita panjang. Aku just nak kongsi apa yang aku alami bila perasaan rindu menghantui diri aku.

Nak dijadikan cerita, kerana rindu yang amat sangat, ada la one day tue aku termimpikan mama aku ( hari Sabtu ). Mungkin sebab aku asyik teringat-ingat kat die ( nak balek, bukannya dekat )..huu. Biasa la kalau kita mimpi, tambah lak cita best, kompem tak nak sedarkan diri. Takut t story mimpi jadi setengah jalan. Hee.

That day aku bermimpi, aku dalam perjalanan pulang untuk bertemu mama aku. Macam2 halangan yang aku hadapi, antaranya terlepas komuter ( sejak bila ntah Penang ada KTM )..hee. Bila sampai kat rumah, aku tengok mama baru lepas siap hidangkan nasi goreng kegemaran aku (nie kes balek ari tue aku tapau balek nasi goreng ). Boley plak join sekali kes nie lam mimpi aku. Ham soi toi. Bila mama nampak aku, mama teros menangis. Aku pon pe lagi, anak yang sebak tengok mamanya menangis, join menangis sekali. Hahaha. Tiba2, aku tersedar dari mimpi. Dan saat itu air mata sedang mengalir keluar dari mata aku. What the miracle. Macam real jer mimpi tue berlaku. Huu. Sedey sangat. Wuu.

p/s : I MISS YOU MAMA. SO SO SO MUCH!!!!!!!!! tak tahu nak cakap camna lagi.

Friday, January 14, 2011

Macam masakan MAMA rasanya

Nak dijadikan cerita, semalam aku malas giler. Kat opis, mood cam hampes jer, ngan pala denyut2, opis sejuk macam nak membunuh orang, and ngantok. Tapi keje, still kena wat jugak, tahan je la. Dan sampai satu tahap aku tak leyh tahan, aku suh KAK LIEZA cover line. Memang da tak leyh blah, aku turun solat zohor. Pas solat aku bantai tido. Hehehe. Maaf yer CC, maaf yer BOS, saya memang tak larat da.

Sampai jer umah, bajet tak nak masak, sebab tak de mood. Tapi tetiba lak terajin. Aku g la kedai basah kat depan umah, beli apa yang patot untuk masak. Main beli jer, padahal tak tahu nak masak pe. Bila dah kat dapur, terfikir, aku nak masak apa? Atlast, tempe yang aku beli, aku tak masak. Biasa la kan, umah bujang, tak denyer nak masak gulai, tak denyer nak masak kari. Hee, tue umah bujang aku la. Umah bujang lain aku tak tahu. Ngee. So, aku decide masak sambal ikan bilis campur fishcake (betol ke aku eja) + telur dadar. Kalau style aku masak, aku suka sediakan semua bahan dulu, maksud aku potong bahan2 masakan siap2 and sediakan dulu then baru masak. Sebab aku tak nak kelam kabut time masak.

Bila bahan da siap, aku pon mula la masak. Dari tumis bawang, then masokkan cili sambal serta air asam dan biar sampai pecah minyak. Jangan lupa masokkan garam dan gula sebagai perasa. Wah, macam chef plak aku explain. Hee. Sekali time nak test rasa, alamak, masam giler.. Err, mula nak gelabah. Orang baru nak belajar memasak memang macam nie. Hee. Pastu aku pon apa lagi, masokkan bahan perasa lagi. Bila agak ok rasa sambal tadi (even lidah tak berapa nak rasa sebab panas), aku masokkan ikan bilis ngan fishcake yang aku da goreng sedikit tadi. Zuppp, habis merecik minyak. Mula nak lari, kuikui. Kelakar tol. Bila da ciap semua, goreng telur.

Time nak makan, aku suh KAK LIN and AZIE rasa. Especially sambal yang aku masak tadi. Sebab aku tak tahu rasa die. Sekali dieorang cakap sedap la. Errr, eh. Meyh aku nak rasa. Sekali ayat yang keluar dari mulut aku "rasa cam sambal ikan bilis MAMA"...(perasan sekejap) hee. Bahagia rasa sebab aku masak rasa cam masakan mama. Yihaaaa! I like. Nak kena tipon mama gitahu. Ngehehe.

p/s : Time gitahu Mr.Effidayu, die cakap nak jugak sikit. Tapi maafkan sayang yer b, kitaorang da ranapkan masakan tue sampai licin. T ceq masak len na untuk b. Ngee. =)

Tuesday, January 11, 2011

Perasaan itu tersemat di dalam jiwa

Hidup adalah suatu perjalanan yang panjang.. Indah ataupun suram..Tidak diketahui. Pelbagai rintangan perlu dihadapi demi mengejar suatu destinasi yang belum pasti, adakah cerah disinari cahaya kebahagian ataupun gelap diliputi oleh ketakutan yang wujud di dalam diri. Hidup akan indah andai kita dapat menguruskannya dengan baik. Tidak kira masalah yang dihadapi, andai ditangani dengan baik, maka baiklah keputusannya. Dan sebaliknya, andai kita hanya membuat keputusan dengan mengikut akal fikiran tanpa mengambil kira baik buruk sesuatu perkara itu, sudah pasti keputusannya adalah kurang menyenangkan. Dan mungkin ianya akan memberikan kesan buruk kepada kita pada masa hadapan.

Bercakap soal hati, tak siapa dapat mempersoalkan dan menjawabnya. Ini kerana perasaan merupakan sesuatu yang subjektif, yang mungkin berubah2 mengikut skala waktu. Bergantung kepada setiap manusia untuk bertanggungjawab ke atas hati mereka. Adakah mereka memilih untuk memiliki kebahagian ataupun memilih untuk bersama kedukaan. YOU ALL KNOW THE BEST ANSWER FOR IT. Tanyalah hati, persoalkan hati. Hanya anda yang mempunyai jawapannya.

Bercakap mengenai kebahagiaan, tak siapa mahukan kedukaan. Kita sebagai manusia ingin berbahagia bersama insan tersayang. Adakah kita akan memilih untuk berduka bersama insan kesayangan anda? Tidak, tidak mungkin kita ingin meraih kedukaan malahan sebaliknya kita ingin mengecapi kebahagiaan bersama insan yang bertakhta di hati anda. Jadi, diri dan hati kita yang perlu memilihnya. Gembira atau duka. JUST WE CAN CHOOSE IT.

Pujaan hati, apa khabarmu, ku harap kau baik2 saja, andai kau tahu ku sangat mencintai dirimu..
Pujaan hati, setiap malam aku berdoa kepada Tuhan, berharap cintaku jadi kenyataan, agar ku tenang meniti kehidupan..
Pujaan hati, mengapa kau tak membalas cintaku, mengapa kau abaikan rasaku, ataukah hatimu mungkin membeku, hingga kau tak pernah pedulikan aku..
Pujaan hati, cubalah mengerti keadaanku, dan cubalah pahami keinginanku, ku ingin engkau menjadi milikku, lengkapi jalan cerita hidupku..

Bercakap mengenai pupusnya cinta itu, adakah cinta kita berbalas. Sedih apabila memikirkan cinta kita hanya bertepuk sebelah tangan. Kita menabur seluruh jiwa dan raga demi insan tersayang, tapi balasannya tiada. Sakit dan perit itu, hanya Tuhan yang mengetahui dan memahaminya. Tapi yang pasti, andai sesorang itu bukan untuk kita, pasti DIA yakni Tuhan yang satu telah menyiapkan kita dengan seseorang yang lebih baik untuk kita tanpa kita sedar.

Cinta perlukan pengorbanan. Tidak salah andai kita berubah demi insan tersayang yang mana perubahan itu akan membawa kepada kebahagiaan. Dan janganlah kita merubah diri kita sehingga kita sendiri tidak mengenali siapa kita. Kerana, jika si dia mencintai kita, si dia mampu menerima kita seadanya kita. Baik mahupun buruk, ianya akan menjadi titik tolak kepadanya untuk memahami kita dengan lebih dalam. Kenalilah dirinya. Terimalah dia seadanya. Kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan kita yang menjadikan sesuatu itu sebagai sesuatu yang sempurna. Tapi kita janganlah semudahnya mempergunakan kepercayaan yang diberikan dan keyakinan yang ada untuk diri kita hanya kerana kita tahu itu. Janganlah persendakan dirinya dan janganlah mengabaikan cintanya. Kerana bila sampai suatu masa hati sudah tidak dapat menerima segala tindakan yang dilakukan, hanya masa dapat menyembuhnya. Kepercayaan, keikhlasan, kejujuran, kebertanggungjawaban dan kasih sayang merupakan kunci kebahagiaan sesebuah percintaan. Andai tercicir salah satunya, maka sukarlah untuk kita smpai ke kemuncak menara itu.


Renungan bersama : Janganlah kita menyebutnya (cinta), andai kita tidak merasainya. Janganlah kita mengucapnya (cinta), andai kita tidak ingin. Kerana setiap perkataan memberikan makna yang tersendiri. Dan janganlah kita melukai hatinya jika kita tidak ingin memilikinya. Janganlah bersedih, carilah kebahagiaan yang ada disana kerana hanya kita yang tahu cara untuk mengecapinya. Renung2kan. Dan selamat menghadapi liku2 itu.

Friday, January 7, 2011

Sepoi MoOd Sayer

Di pagi hari nan mendung, aku dan boyfriendku EGO,S menyusuri jalan yang dilalui seperti biasa ke sebuah tempat dimana aku mencari rezeki (ayat nak skema).. mana lagi kalau bukan SPA, PUTRAJAYA.. Tapi dinihari pagi ini tidak seperti pagi yang lain. Semangat hari ini melebihi semangat yang ada untuk hari yang lain. Sebab semalam aku beradu awal, ngee. 1030 malam da lompat baring atas tilam.. Memang semalam letih sangat, tak tahu nape, kalah kontraktor buat bangunan. Hee. So, pagi ini aku bangun beradu seperti biasa, bersiram, bersujud padanya dan berhias sikit2 (ngee, ayat geli sekejap). Tut tap, jam da tunjuk pukol 0730 pagi Adoyai, siap awal pon sama ja, lambat gak. Pe lagi, start2 boyfriend aku, dan zoop, teros gerak.

Rasa bahagia jer, maybe sebab hari nie hari jumaat (iye ker). Mood tue lain cket ditambah dengan rasa segar badan. Ye lah orang cukup tido. Kalau tak, ngah bawak boyfriend pon bole nguap, ishishish. Naseb elmet ada viser, kalau tak nampaknya dek orang, malu. Kuikui.

Okey2. Sekarang nie berbalik pada topik utama kita pada hari nie. Da panjang sangat melalut. Aku bawak la boyfriend aku cam biasa, tapi time sampai kat bulatan besar sebelum sampai opis, ati aku yang berbunga2 nie dikecam oleh jalan jem yang sangat tak best. Erghhhh.. Geram toi. Baru nak hepy2, teros sepoi mood. Maw taknya. Sekarang nie pagi2 ada peraturan baru dimana, bas and teksi, ada laluan dan lorong masing2. Ok, tak kesah la kan. Tapi laluan tue di bahagian line kiri sekali. Dan bila aku nak masuk ke susur lorong ke opis aku, jalan jadi jem dipenuhi kereta2. Arghh, payah ok. Da la fobia tak ilang lagi, ditambah dengan kereta yang ntah pape suka2 nak belok kereta tanpa beri signal, aduhhhh. SAYA STRESS ok ngan sikap pemandu camnie. Tolong la. I know that you all naik kereta. You all ada lesen kan. You all belajar kan masa sebelum dapat lesen kan. Ke you all amek lesen terbang nie???? Huu. Nak bagi signal bagi la awal2. Nie da belok baru bagi signal. E, please lah! Baek you all g blaja amek lesen balek. Saket toi ati ini. SEPOI MOOD OKEYH!

Sabar2 cik Ayu. Sabar separuh daripada iman. Huu. Tolong lagi bagi perhatian cket pada benda nie. Tolong tengok cermin sisi you all. Jangan main bedal ja. Semua nak sampai opis, semua nak cepat. Kalau you all tak sabar sampai opis, keluar umah sebelum subuh, kompem you all sorang je atas jalan. Huu.

p/s : Bukan nak mencaci atau mengata, hanya cuma nak kita semua beringat, bukan kita seorang sahaja berada di jalan raya. Dan aku juga sentiasa beringat. Hargailah nyawa kita dan ingat bahawa orang lain pon sayangkan nyawa dieorang.

Thursday, January 6, 2011

AZAM Tahun Baru

Wah wah wah.. Bulat mata aku melihat gelagat kawan2 di ofis. Bukan apa, dieorang sumer tengah gila membeli coklat di YUMMIE store kat Bandar Baru Bangi (siap promote ok, kena bayar aku nie). Hee. Sumer pakat nak buat coklat. Mula2 si sifu Umi yang start buat. Pastu da berjangkit kat si ELIS ngan KAK LIEZA.. Dah tue plak si sifu UMI g hasut si KAK MAS and si NARD. Ha tudia, baru la. Sumer g serbu store coklat tue. Agak2 aku la kan, chinese and akak kaunter tue pon da kenal kitaorang. Maw taknya, bole dikatakan hari2 dieorang ngadap muka kitaorang membayar barang2 yang dibeli. Kuikui. Naseb la aku tak terlibat. Aku hanya jadi bodyguard tanpa bayaran. Kikiki. Al-maklum, umah anak dara baru pindah, barang elektrik takde sangat. Kalau la umah aku ada peti sejuk, dah memang kompem2 aku pon terlibat. Ngee. Ye arr, nak wat coklat nie kena guna peti sejuk untuk sejukkan die. Kalau kering kat luar, memang tak kering la. Hee. Naseb2. Tapi chayok la untuk kawan2ku. Azam tahun baru. Tak lama kita joint venture buka kedai coklat. Tapi aku jadi pemerhati je la. Pekongsi lelap. Hahahah.

ANTARA CONTOH2 COKLAT YANG MENJADI KEGILAAN KAWAN2KU



SWEET KAN... COMEL SANGAT!!

Bila tengok dieorang sumer, bersemangat lak aku. Hee. Tapi aku semangat tang lain. Ngee. Kompem kalau dieorang dengar, dieorang kutuk aku. Aku sekarang nie tengah semangat nak belajar masak. Correction, bukan tak pandai masak. Nak kata terer masak pon tak jugak. Bole la nak dimakan kalau lapar. Hee. Actually malas nak masak. Aku kalau dapat geng rajin masak, perghhh, aku yang paling bersemangat. So, sekarang semangat nak memasak tengah mengembara. Tambahan Mr.Effidayu dok perli aku tak pandai masak.. Erghhh, tercabar kewanitaan saya ok Bie. Hee. Takpe2, i will approve it to that your dera nie pandai masak jugak walaupon takde arr sedap cam kedai BBB Seafood. Hee.

Bila da nekad, aku pon pe lagi. Mula mencari resepi yang best2 kat dalam internet. Punya la semangat. Tambah KAK LIEZA asyik search masakan ja, ceq pon nak gak. Hee. Jeles okeyh pada orang yang terer masak. tapi aku kalau bole masak and bila rasa masakan macam MAMA masak, hahahaha, aku rasa aku da terer. Even masakan hanya sup air. Kuikui. Perasaan sungguh aku nie. Tapi ada aku kesah? Tak tak. Hee.

So, dengan tegasnya aku da gitaw housemate aku AZIE and KAK LIN. Saya nak kutip wet untuk beli barang dapur. Hee. Boleh jimat wet belanja makan. Plus dapat meningkat mutu masakan aku. Ngee. Sekarang semua ngah semangat. Nak bayar PTPTN ngan simpan wet. Untuk kemudahan masa depan. Hee. Tapi aku agak2 ada yang tak dapat capai nie. Ye arr, nak beli tue, nak beli nie. Huks. Boleh ke tercapai hasrat2 aku tue? mudah2an. InsyaAllah. Takde benda yang tak boleh kecuali kita cakap tak boleh. Tol????

Monday, January 3, 2011

Come Again New Year 2011

Bismillahhirrahmanirrahim....

It coming again.. What?? hmmm.. New year. But i'm still here. Where? My office.. Same life style. Same task. Huu. I'm still count and count. When will i got a new job. Aku bukanlah manusia yang tidak tahu bersyukur. Aku amat bersyukur sekarang. Tambahan lagi kontrak aku disambung untuk suatu jangka masa. Dan aku juga adalah antara graduan yang mendapat kerja selepas tamat belajar. Alhamdulillah. Tapi tak salah kan kalau aku berusaha untuk mendapat kerja yang lebih baik dari sekarang. Tol tak? kan? kan?

Dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa aku ingin mendapatkan kerja yang lebih baik. Ya, memang aku cemburu dengan kawan-kawan aku yang pada aku da dapat kerja yang boleh menjamin masa hadapan. Tak kesah la mahupun di private sector or government sector. Okey pe, atleast dieorang da ada hala tuju. Tapi aku masih disini, terkontang kanting mencari kerja. Huu. Hasrat aku sangat menggunung sekarang nie. Moga ada cahaya baru untuk aku dapatkan kerja yang lebih baik.

Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)