Followers

Thursday, September 30, 2010

Pengalaman Lalu ( Saket ) - Jilid 4

Idea ngah kering.. Banyak benda nak difikirkan dalam pala otak. Pasal umah sewa, pasal roadtax motor, nak pindah lagi.. Aduss..denyut2 pala.. Jap2... Idea oh idea, where are you? Come to mummy..hee. Ha, da sampai.. Ok ok, idea dah makin lembab.. Ha, ada pon. Hee. Ok2, sekarang aku nak sambung kisah dalam entry pengalaman lalu jilid 3. Ada lagi tak abis cita rupanya. Hee.


Selepas kemalangan tue, mama datang tinggal ngan aku kat umah sewa. Sian mama. Nak bercuti alih2 jadi lain pulak. Ayu minta maaf mama. Tak niat nak susahkan mama. Tapi..huu. Aku hanya mampu terbaring jer. Nak dudk lebey2, saket pinggang. Betol la orang selalu cakap, ibu seorang boleh jaga anak 10 orang. Mama, terima kasih banyak2. Ayu tak mampu balas jasa mama. Aku bangon tido, mama mesti tanya "Ayu nak pergi toilet tak? Nak gosok gg? Ayu nak makan apa? Ayu nak lap badan tak?"..huu.. Aku terharu. Tak ada ayat yang mampu aku ucap. Mama terima kasih sekali lagi. Lagipon mama tak ada la kuat sangat nak papah aku yang agak tembam nie. hee. Usia mama pon dalam 50-an, tak larat da. Tapi untuk aku, mama gagah jugak. Ayu sayang mama. Ayu saket mama. Ayu minta maaf.


Saket hanya Allah saja yang tahu. Mulut nie tak berhenti sebut "Ya Allah". Aku redho. Mungkin nie ujian untuk aku. Nak gosok gg saket, nak duduk saket, nak makan saket, nak buka baju saket, dan paling dan teramat saket time nak pergi toilet. Ya Allah.. Tue yang mampu aku ucap. Air mata jangan cakap la. Tak berhenti mengalir. Tambah time pergi cuci luka kat klinik. Abis sampai keluar dengar suara aku meraung. Time tue, perasaan malu da tak dak dalam diri aku. Saket mengatasi segalanya. Yang aku tahu, saket, saket dan saket. Aku kesakitan. Allah.. Bila da siap, aku keluar dari bilik doktor. Mama pandang aku dengan muka sayu. Aku tahu mama risau. Ayu minta maaf sebab buat mama risau. Tapi ayu tak tahan mama. Saket sangat.


Balik jek kampong di Penang, semua yang datang melawat akan sebut satu perkataan nie "Teroknya" bila tengok aku.. hahaha.. Aku hanya mampu tersenyum. Nak gelak lebey, saket. Hee..Tapi masa kat umah la yang paling wat aku terharu. Baru aku tahu semua sayangkan aku. Hee. Time nie arr nak manja2 lebey. hee. Semua amek berat. Bukan dulu tak amek berat. Kali nie berat lebey sikit. Hee. Abah akan tanya, "Ayu nak air, abah buatkan", mama plak "Ayu nak makan apa ari ni? Ubat da makan? Nak mandi tak? Gosok gg?", adik pulak " Kak ayu nak p panchoq tak, im tolong papahkan?". Hukss..sedey sebab terharu. Cik anum pulak akan tolong cucikan luka aku tiap hari, nak buat sendiri pedih + takot. Kakak aku pon sama tolong. Abang ngan kak yan (kak ipar), tiap hari buatkan bubur dan hantar kat aku. Alahai, touching okeyh! Ayu minta maaf sebab susahkan korang semua.


Selama aku kat umah, tiap hari aku dapat panggilan tipon dan mesej dari mamat tue. Tak pernah mis. Tapi aku saket2 nie tak pegang handphone sangat sebab nak melayan saket aku. Gerak sana sini, saket. Awak saya minta maaf kalu masa tue saya tak jawab panggilan tipon dan reply mesej awak. Saya tak ada niat nak singgung perasaan awak. Awak baik sangat. Selalu amek berat sal saya. Bukan nak jual mahal. Tapi time tue hati nie kering. Takot nak ada rasa cinta (time tue la). Sebab takot. Saya minta maaf sebab wat awak tertunggu.

Akhirnya 1 bulan berlalu.. Aku semakin sembuh... Tak lama lepas tue, lepas da urut kaki, da agak bole jalan and bawak motor aku datang keje macam biasa.. Alhamdulillah makin ari, kaki aku makin elok.. Tapi fobia tue tetap ada... Dan hari kejadian tue masih tersemat indah dalam memori aku.. Tak akan sekali2 dilupakan.

p/s : Terima kasih pada family dan teman2 yang banyak amek berat.. Love you all.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)