Followers

Friday, September 24, 2010

Pengalaman Lalu ( Malapetaka Sepantas Kilat ) - Jilid 3

Akhir tahun menjelma lagi.. Tapi kerja berjalan seperti biasa. 23 Disember 2009 dalam ingatan.. Petang rabu tue aku dapat mesej by handphone dari kakak aku (kakchik). Kakchik ada kat Seri Kembangan.. Umah husband die.. And yang paling buat aku happy, mama ada sekali.. Yahoo!!! Da lama tak jumpa.. Da sebulan lebey aku tak balik umah.. Macam tak sempat jek.. Lagipon cuti tahunan aku da habis.. Kerja kontrak nie bukannya dapat banyak cuti pon.. 12 hari setahun.. Raya hari tue aku da bantai amek cuti lebey. So ketap bibir je la sekarang.. Orang cuti tapi aku melangut kat opis. Hee.

Dengan kegembiraan yang berbunga di hati, aku bawak motor Ego's warna putih aku dengan riang.. Macam biasa, Cik Keet menjadi pembonceng. Hati gembira sebab tak sabar nak jumpa mama aku.. Lagipon kat opis semua tegur aku, happy semacam jek. Hee. Aku pon tak sedar.. Berita yang mama aku ada di sini, dekat dengan aku membuatkan aku rasa teramat gembira. Perasaan hati seorang anak nak jumpa mama die. Korang mesti tahu macam mana kan.

Setiap kali aku pulang dari opis, aku akan lalu satu jalan yang orang kenal dengan jalan Pasar Borong Selangor. Sebelum lalu kat situ, aku berhentikan motor sebab traffic light menunjukkan lampu warna merah. Bila lampu hijau menyala, aku dan kereta serta motor yang lain memecut kelajuan. Tanpa aku sedar dan tak sempat aku kawal motor aku, sewaktu aku lalu di depan jalan Pasar Borong Selangor dengan tak semena2 datang sebuah kereta Myvi warna merah hati bernombor plat ( masih dalam ingatan ) betol2 disebelah aku. Aku tak sempat nak buat apa2 sebab aku terkejut dan tergamam bila aku pandang sebelah kanan aku, kereta tue menghimpit aku. Aku tak dapat nak ke bahu jalan sebelah kiri sebab aku da sangat ke tepi. Sekelip mata dan sepantas kilat, aku dengan Cik Keet selamat menyembah bumi. Orang selalu cakap, dimanapon kita, sekuat mana kita, kita akan tetap kembali ke bumi dan mencium muka bumi. Ha, aku lah tue. Aku da selamat, selamat mencium bumi. Tapi bumi nie bukan pasir atau tanah yang halus macam kat padang pasir di Mesir, nie baek punya keras warna hitam. Jalan tar okey.. Perghhh memang sedap terseret atas jalan tar. Masyuk jer.

Saat aku jatuh aku pandang ke kanan aku dan kami saling berpandangan (aku dak Cik Keet). Dan serta merta aku bangon dan lari ke bahu jalan sebab... aku rasa angin baek jek (kain baju aku terselak, kang tak pasal2 aku wat free show kat situ). Pastu perlahan-lahan sakit mula terasa. Orang ramai berhenti tengok kami dan angkat motor aku. Tapi yang aku paling saket hati, aku tengok jek kereta yang langgar kami nak blah.. Aku pandang Cik Keet. Atlast orang yang langgar tue tak jadi gerak. Maybe sebab da ramai datang tengok kami dan aku tunjuk yang die langgar kami. Baru gelabah. Tapi berhenti pon tak guna. Sebab tak membantu pon. Huu. Cik Keet tengok aku dari atas sampai bawah. Kaki Cik Keet da banyak darah. Aku sangat la fobia tengok cecair merah pekat tue. Cik Keet tegur aku. "Ayu ikat kaki ayu dengan kain, darah da banyak sangat mengalir dan menitik tue".. What??? Aku tengok kai aku dan lepas tue terus aku menagis teresak2. Bukan apa, aku fobia dengan darah. Huu.. Kesakitan melebihi malu aku. Aku menangis tanpa henti. Ada yang membantu. Menghantar motor aku ke Petronas berdekatan dan ada yang menghantar kami ke Hospital Serdang. Huu.

Sampai di hospital, aku tak dapat berjalan. Aku di sorong menggunakan "wheel chair".. da gaya orang apa da. Sambil teresak2 aku menunggu turn aku.. Adoyai.. Doktor boleh lalu wat tak tahu jek.. Saketnya hati.. Darah menitik2 atas lantai. Tapi aku tak dihiraukan.. Saket jangan kata la.. Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan ini.

Bila sampai turn aku, ngerinye. Huuu. Takotnya. Dalam hidup, aku paling pantang nak pergi klinik or hospital Sebabnye aku takot kena cucuk. Tapi hari tue, 3x aku kena cucuk.. Amek ko Ayu. Satu kat lengan dan 2 di punggung. Di punggung 2x sebab aku tak tahan sangat pedih. Huu. Tapi saket punya pasal, aku suruh jer nurse tue bantai cucuk aku 2x. Saat nurse nak cuci, pedihnya bila iodin tue menyerap ke dalam lika2 aku. Luka aku bukan kecik. Besar. Sampai kain baju aku kena gunting. Da melekat2 kain tue kat luka aku. Saket seyh.

Selepas semuanya selesai, aku kena tunggu nak amek ubat. Masa di ruang menunggu semua macam pandang2 dan mulut terkumat kamit. Dieorang bukan baca doa, tapi dieorang nga bercakap pasal aku. Maybe keadaan aku terok. Yelah, jatuh motor je pon. Tapi da macam apa jek. Dan aku ada terdengar mamat2 yang ada kat situ cakap, "teroknye budak tue, mesti jatuh terok kan". Aku pon tak tahu nak kata pe. Maybe jugak dieorang kesian sebab aku perempuan dan perlu tanggung semua tue. Aku sebak. Huks.

Selepas selesai aku balik. Thanx to Abang Wan sebab datang amek aku. Thanx to Kak Lin and Cik Jalwa jugak. Dieorang teman yang selalu susah and senang ngan aku. Dan pada Cik Keet, ayu minta maaf. Kalau ayu tak cuai, Keet tak dapat semua nie. Huu.

Bila sampai umah, ada lagi dugaan. Dengan kaki yang tak kuat nak berjalan, aku kena panjat naik tangga sampai tingkat 3 (tak termasuk tingkat 0). Allahhu Akbar. Mulut tak berhenti sebut nama Allah. Saket itu hanya sie yang tahu. Aku gagahkan diri dengan bantuan Kak Lin dan Cik Jalwa. Dieorang nak angkat aku, tapi aku degil untuk naik sendiri. Actually kesian kat dieorang. Kalau badan aku kecik tak pe laa. Ni chubby. Hee. Alhamdulillah. Akhirnya perlahan-lahan aku berjaya sampai di rumah aku. Thanx my sis.


p/s : Aku redho kalau ini dugaan yang Allah berikan. Mungkin aku terlupa padaNya dan die ingin ingatkan aku semula. Aku berserah kerana die lebih mengetahui segalanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)