Followers

Thursday, September 2, 2010

01 September 2010

Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku masih disini dan dapat menyambut bulan ramadhan yang mulia ini. Dan insyaAllah hari aku masih dapat berpuasa untuk hari yang ke 23 Ramadhan... Pejam celik da tinggal lagi 7 hari, insyaAllah kita akan menyambut hari raya. Rasa masa nie cepat sangat berlalu. Macam2 hal dan karenah yang aku alami dalam bulan puasa nie. Aku dapat makan macam2 jenis makanan yang pada hari biasanya aku tak makan, antaranya jeli kelapa dan caramel. Tapi aku tetap berbuka dengan juadah peveret aku pada bulan puasa iaitu "buah melaka". Rasa cam tak best lak kalu buka puasa tak dak buah melaka.. heee. Dan tahun nie jugak Alhamdulillah selain family terchenta aku, aku jugak dapat berbuka puasa dengan buah hati aku.hee.. wink2.. tapi sedey aritu kejap jek dapat balek kampong berbuka puasa dengan family.. tapi ok la kan dari tak dapat.. hee.

Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi sekali lagi kepada Tuhan kerana pada bulan yang mulia ini, hasrat aku untuk mendapat tawaran temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik tercapai. Alhamdulillah.. amin. Saat aku tahu keputusan tue, aku rasa happy sangat. Mulut nie tak berhenti mengucap kalimah Allah, alhamdulillah. Sebab apa yang aku doakan selama nie termakbul. Sangat bersyukur.. tapi aku rasa takot. Sebab jawatan nie susah sangat nak lepas. Nie apa yang aku dengar dari semua yang berpengalaman. Ye lah, bukan apa. Orang yang apply jawatan nie tersangat2lah ramai dalam jangkaan puluh ribu, tapi yang jabatan nak amek hanya dalam ratusan. Cuba korang fikir rasionalnya kat sini? Dari ujian bertulis, kemudian pra PAC dan akhirnya baru ujian temuduga. Kalau da lulus ujian bertulis pon da kira cukup ok pada aku. Satu pencapaian yang agak memuaskanlah. Pra PAC plak, adoi dengan public speaking, latihan dalam kumpulan, aktiviti luar seperti larian 2.5km in 12 minutues, boleh korang fikir betapa sukar untuk melepasi tahap2 nie. Bila da sampai ujian temuduga, kalau tak buat betol2, memang rugi. Tambah kalau tak lepas, rasa macam nak meraung jek. Bukan apa, da lepas tapisan yang agak menyukarkan, kalau temuduga tak lepas, nak kena mula dari awal balek. Adush.. Can you all imagine it?? Hancur luluh hati nie okey. Tapi aku berpegang pada pesanan kedua orang tua aku, kita da berusaha buat yang terbaik, dan lepas kita da usaha, kita hanya boleh bertawakal dan berdoa banyak2 pada Tuhan supaya semuanya berjalan lancar. Lagipon rezeki masing2. Ada rezeki untuk kita, ada la. InsyaAllah. Allah itu maha mengetahui segalanya.

Tanggal 01 September 2010, hari Rabu bersamaan dengan 22 Ramadhan, itulah tarikhnya, itulah harinya, itulah keberkatannya, aku disini, di tempat ujian temuduga dijalankan ,jam 0800 a.m. Tempat temuduga aku ialah di SPA, Putrajaya (opis maa)..hee. Seperti calon2 lain, dengan langkah bismillahhirrohmanirrahim, aku mulakan langkah kanan untuk melapor diri. Aku berikan surat panggilan temuduga aku kepada Pn. Hajah Fatimah iaitu CC or Chief Clerk kat opis aku yang menjaga kaunter temuduga tue.. dan aku diminta untuk tunggu sebentar sehingga nama aku dipanggil. Saat nama aku dipanggil, perasaan gemuruh mula menyinar dalam diri aku. Tetiba plak kan. Tadi okey jek. huu. Lepas selesai Pn. Nadea kita cek sijil2 aku, aku diminta tunggu sehingga nombor giliran aku dipaparkan, 1103. Bilik aku ialah bilik L. Dan aku berada dibawah LTD14. Dan panel yang akan temuduga aku tue nama die Dato' Abdul Rahman bin Husin (Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) serta panel dari JPA seorang. Aku da cek awai2 nama dan rupa ahli tue. Hee. Ok la.. Muka orang beriman... Sejuk tengok..

Tunggu punya tunggu, giliran aku tiba. Betapa kecutnya perot aku, betapa gemuruhnya dada aku, Tuhan je yang tahu... Aku baca ayat 3 qul, Al-Fatihah dan ayat kursi. Mulut nie tak berhenti baca ayat "Lailahailla subhanakainni kuntuminazzolimin". Bismillah hirrohma nirrahim, aku mengetok pintu sebanyak 3x dan memberi salam serta selamat pagi kepada kedua2 orang panel. Sijil aku berikan kepada Dato'. Aku diminta duduk oleh dato' yang mana die amek aku punya resume dan memberikan sijill2 aku pada panel lagi sorang. Aku diminta untuk memberitahu nama penuh dan no.IC aku. Lepas tue Dato' cakap kat aku, saya nak cek detail kamu terlebih dahulu.. Antaranya alamat semasa dan alamat tetap, tempat lahir aku dan ibubapa aku, keputusan SPM aku, CGPA aku masa kat UPM. Tak lupa jugak die tanya aku kerja kat mana. Bila aku cakap aku kerja kat SPA, kedua2 panel serta merta membuahkan senyuman. Ok, ini adalah permulaan yang baek pada aku. Selepas tue bermulalah sesi temuduga. Soalan2 yang ditanya adalah:

1. Kenapa kamu nak jadi PTD?
2. Kalau kamu dilantik menjadi PTD, kamu nak pergi ke kementerian mana? Kenapa? Alasan?
3. Sila jelaskan konsep dan kepentingan 1 Malaysia.
4. Selaras dengan slogan 1 Malaysia, "Pencapaian diutamakan", sebagai PTD, apa pencapaian yang diutamakan oleh kamu?
(Kesimpulannya soalan2 yang ditanya adalah berbentuk pendapat)

Dalam menjawab soalan2 tue, ada gak aku tersasar. hee. Mungkin gelabah sangat. Tapi boleh handle lagi. Ada gak aku berdebat ngan dua2 panel. Selalu bila kita bagi pendapat, kompem2 dieorang akan kondem kita. Hah, aku pe lagi. Aku membalas pertanyaan2 dieorang dengan pendapat + fatwa yang aku tahu.. hahahah. And atlast, Dato' sebut, "GOOD"... heee.. saat dengar perkataan tue, keyakinan aku bertambah dan rasa lega sikit. Tapi ada gak jawapan bagi soalan dieorang yang mungkin pada dieorang tak tepat. Tapi seboleh mungkin aku cuba memuaskan hati dieorang.. Selepas selesai sesi temuduga, aku mengucapkan terima kaseh dan melangkah keluar. Saat melangkah keluar, aku rasa lega sangat. Sebab aku da lepas dari cabaran yang aku rasa sangat menyukarkan aku. Cabaran yang akan menentukan masa depan aku. Dengan senyuman aku beredar dari Dewan Temuduga ala2 model Dewi Remaja... hahaha. Bukan apa, hari temuduga bergaya sikit ala korporat. Semua tegur aku lain. Ada yang tak kenal aku. Sebab kata dieorang aku lain sangat.. heee. Best jugak camtu sekali sekala buat kelainan. heee.

So, saat ini aku hanya perlu berserah kepada Allah s.w.t. Aku da buat yang termampu, andai itu takdir yang esa, andai rezeki aku ada untuk jawatan PTD nie, ada la. Aku hanya mampu bertawakal dan berdoa. Semoga bulan yang mulia dan penuh keberkatan nie memberkati aku dan perjalanan hidup aku. Amin.


:.. ada gaya Pegawai tak??? hee ..:

p/s : Thanx to my parents, abah dan mama yang selalu berdoa untuk ayu. Thanx to bos2 yang banyak membantu memberikan maklumat serta pertolongan yang tak mampu ayu balas. Thanx to kawan2, kak mas, kak liza, umi, nad, elis dan kak nurul yang selalu bagi semangat bila ayu down dengan keletah korang. Thanx to my housemate dan thanx to kawan opis yang wish goodluck! Love you all.

4 comments:

may_love@me said...

insyaALLAH..mudah2an...klu ade rezeki x kemane ayu...

idAyu hAssAn said...

amin..insyaAllah umi..
kalu ada rezeki ayu,ada la..
ayu da usha sebaik mungkin..
yg lain tawakal n berdoa padaNya..

sani said...

insyAllah ade rezeki awak. gaye pegawai da ade hehheh
keje spa tu kire plus point tu huhu

idAyu hAssAn said...

InsyaAllah..thanx..ada rezeki ada la...hee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)