Followers

Thursday, September 30, 2010

Pengalaman Lalu ( Saket ) - Jilid 4

Idea ngah kering.. Banyak benda nak difikirkan dalam pala otak. Pasal umah sewa, pasal roadtax motor, nak pindah lagi.. Aduss..denyut2 pala.. Jap2... Idea oh idea, where are you? Come to mummy..hee. Ha, da sampai.. Ok ok, idea dah makin lembab.. Ha, ada pon. Hee. Ok2, sekarang aku nak sambung kisah dalam entry pengalaman lalu jilid 3. Ada lagi tak abis cita rupanya. Hee.


Selepas kemalangan tue, mama datang tinggal ngan aku kat umah sewa. Sian mama. Nak bercuti alih2 jadi lain pulak. Ayu minta maaf mama. Tak niat nak susahkan mama. Tapi..huu. Aku hanya mampu terbaring jer. Nak dudk lebey2, saket pinggang. Betol la orang selalu cakap, ibu seorang boleh jaga anak 10 orang. Mama, terima kasih banyak2. Ayu tak mampu balas jasa mama. Aku bangon tido, mama mesti tanya "Ayu nak pergi toilet tak? Nak gosok gg? Ayu nak makan apa? Ayu nak lap badan tak?"..huu.. Aku terharu. Tak ada ayat yang mampu aku ucap. Mama terima kasih sekali lagi. Lagipon mama tak ada la kuat sangat nak papah aku yang agak tembam nie. hee. Usia mama pon dalam 50-an, tak larat da. Tapi untuk aku, mama gagah jugak. Ayu sayang mama. Ayu saket mama. Ayu minta maaf.


Saket hanya Allah saja yang tahu. Mulut nie tak berhenti sebut "Ya Allah". Aku redho. Mungkin nie ujian untuk aku. Nak gosok gg saket, nak duduk saket, nak makan saket, nak buka baju saket, dan paling dan teramat saket time nak pergi toilet. Ya Allah.. Tue yang mampu aku ucap. Air mata jangan cakap la. Tak berhenti mengalir. Tambah time pergi cuci luka kat klinik. Abis sampai keluar dengar suara aku meraung. Time tue, perasaan malu da tak dak dalam diri aku. Saket mengatasi segalanya. Yang aku tahu, saket, saket dan saket. Aku kesakitan. Allah.. Bila da siap, aku keluar dari bilik doktor. Mama pandang aku dengan muka sayu. Aku tahu mama risau. Ayu minta maaf sebab buat mama risau. Tapi ayu tak tahan mama. Saket sangat.


Balik jek kampong di Penang, semua yang datang melawat akan sebut satu perkataan nie "Teroknya" bila tengok aku.. hahaha.. Aku hanya mampu tersenyum. Nak gelak lebey, saket. Hee..Tapi masa kat umah la yang paling wat aku terharu. Baru aku tahu semua sayangkan aku. Hee. Time nie arr nak manja2 lebey. hee. Semua amek berat. Bukan dulu tak amek berat. Kali nie berat lebey sikit. Hee. Abah akan tanya, "Ayu nak air, abah buatkan", mama plak "Ayu nak makan apa ari ni? Ubat da makan? Nak mandi tak? Gosok gg?", adik pulak " Kak ayu nak p panchoq tak, im tolong papahkan?". Hukss..sedey sebab terharu. Cik anum pulak akan tolong cucikan luka aku tiap hari, nak buat sendiri pedih + takot. Kakak aku pon sama tolong. Abang ngan kak yan (kak ipar), tiap hari buatkan bubur dan hantar kat aku. Alahai, touching okeyh! Ayu minta maaf sebab susahkan korang semua.


Selama aku kat umah, tiap hari aku dapat panggilan tipon dan mesej dari mamat tue. Tak pernah mis. Tapi aku saket2 nie tak pegang handphone sangat sebab nak melayan saket aku. Gerak sana sini, saket. Awak saya minta maaf kalu masa tue saya tak jawab panggilan tipon dan reply mesej awak. Saya tak ada niat nak singgung perasaan awak. Awak baik sangat. Selalu amek berat sal saya. Bukan nak jual mahal. Tapi time tue hati nie kering. Takot nak ada rasa cinta (time tue la). Sebab takot. Saya minta maaf sebab wat awak tertunggu.

Akhirnya 1 bulan berlalu.. Aku semakin sembuh... Tak lama lepas tue, lepas da urut kaki, da agak bole jalan and bawak motor aku datang keje macam biasa.. Alhamdulillah makin ari, kaki aku makin elok.. Tapi fobia tue tetap ada... Dan hari kejadian tue masih tersemat indah dalam memori aku.. Tak akan sekali2 dilupakan.

p/s : Terima kasih pada family dan teman2 yang banyak amek berat.. Love you all.

Tuesday, September 28, 2010

Sambutan Hari Raya 2010 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Untuk entry kali nie, aku buat selingan pasal sambutan Hari Raya 2010 yang diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Entry pasal Pengalaman Lalu nanti ada idea aku sambung.

Hari Raya yang disambut di SPA mengingatkan aku pasal kisah aku jatuh cinta. Aku ada cerita kan. Nak diikutkan kira da lama jugak aku kenal buah hati aku. Ada la dalam setahun dan lebey. Tapi anniversary kitaorang baru 4 bulan (27 September 2010). Betol la orang cakap, masa tue tak menjamin apa2. Kalau hati da terikat, saling memahami, insyaAllah. Betol x? hee. PAndai2 jek aku nie kan. Tak kesahlah. Apa yang aku harap semoga hubungan kami berdua berkekalan.

Nak cerita pasal sambutan raya, memang best lah. Enjoy sangat dengan kawan2 yang satu kepala, gila2 ngan aku. Nama jek da kawen, da ada anak, tapi semua macam single. Oppsss.. Hee. Jangan marah Kak Liza, Kak Mas and Nard. Umi ok la kan. Geng ngan ayu. Hee. Korang memang best. Otak semua tak betol. Heheh. Abis semua gerai yang dibuka masa majlis tue kami serbu and amek gambar. Tambah dengan budak2 opis yang lain tak kira laki2 mahupon perempuan. Otak semua satu kepala. Semua gila bergambar. He. Best2. Makanan yang disediakan pon macam2. Ada laksa johor (gerai bahagian aku), ada murtabak mini, ada satey (laju gila abis), kuih muih, cake, lontong dan macam2 lagi. Yang penting ada jeli kelapa. Sedap2.

Dan untuk buah hati aku, thanx. Sedondon ngan sayang (baju warna grey). Hee. Suker2. Sayang jatuh cinta lagi sekali macam mula2 dulu sayang terpandang bb. Hee. Opss. Teringat kisah lalu. Love you a lot manje.


p/s : teringat sambutan raya tahun 2009..dalam kenangan..hee

Friday, September 24, 2010

Pengalaman Lalu ( Malapetaka Sepantas Kilat ) - Jilid 3

Akhir tahun menjelma lagi.. Tapi kerja berjalan seperti biasa. 23 Disember 2009 dalam ingatan.. Petang rabu tue aku dapat mesej by handphone dari kakak aku (kakchik). Kakchik ada kat Seri Kembangan.. Umah husband die.. And yang paling buat aku happy, mama ada sekali.. Yahoo!!! Da lama tak jumpa.. Da sebulan lebey aku tak balik umah.. Macam tak sempat jek.. Lagipon cuti tahunan aku da habis.. Kerja kontrak nie bukannya dapat banyak cuti pon.. 12 hari setahun.. Raya hari tue aku da bantai amek cuti lebey. So ketap bibir je la sekarang.. Orang cuti tapi aku melangut kat opis. Hee.

Dengan kegembiraan yang berbunga di hati, aku bawak motor Ego's warna putih aku dengan riang.. Macam biasa, Cik Keet menjadi pembonceng. Hati gembira sebab tak sabar nak jumpa mama aku.. Lagipon kat opis semua tegur aku, happy semacam jek. Hee. Aku pon tak sedar.. Berita yang mama aku ada di sini, dekat dengan aku membuatkan aku rasa teramat gembira. Perasaan hati seorang anak nak jumpa mama die. Korang mesti tahu macam mana kan.

Setiap kali aku pulang dari opis, aku akan lalu satu jalan yang orang kenal dengan jalan Pasar Borong Selangor. Sebelum lalu kat situ, aku berhentikan motor sebab traffic light menunjukkan lampu warna merah. Bila lampu hijau menyala, aku dan kereta serta motor yang lain memecut kelajuan. Tanpa aku sedar dan tak sempat aku kawal motor aku, sewaktu aku lalu di depan jalan Pasar Borong Selangor dengan tak semena2 datang sebuah kereta Myvi warna merah hati bernombor plat ( masih dalam ingatan ) betol2 disebelah aku. Aku tak sempat nak buat apa2 sebab aku terkejut dan tergamam bila aku pandang sebelah kanan aku, kereta tue menghimpit aku. Aku tak dapat nak ke bahu jalan sebelah kiri sebab aku da sangat ke tepi. Sekelip mata dan sepantas kilat, aku dengan Cik Keet selamat menyembah bumi. Orang selalu cakap, dimanapon kita, sekuat mana kita, kita akan tetap kembali ke bumi dan mencium muka bumi. Ha, aku lah tue. Aku da selamat, selamat mencium bumi. Tapi bumi nie bukan pasir atau tanah yang halus macam kat padang pasir di Mesir, nie baek punya keras warna hitam. Jalan tar okey.. Perghhh memang sedap terseret atas jalan tar. Masyuk jer.

Saat aku jatuh aku pandang ke kanan aku dan kami saling berpandangan (aku dak Cik Keet). Dan serta merta aku bangon dan lari ke bahu jalan sebab... aku rasa angin baek jek (kain baju aku terselak, kang tak pasal2 aku wat free show kat situ). Pastu perlahan-lahan sakit mula terasa. Orang ramai berhenti tengok kami dan angkat motor aku. Tapi yang aku paling saket hati, aku tengok jek kereta yang langgar kami nak blah.. Aku pandang Cik Keet. Atlast orang yang langgar tue tak jadi gerak. Maybe sebab da ramai datang tengok kami dan aku tunjuk yang die langgar kami. Baru gelabah. Tapi berhenti pon tak guna. Sebab tak membantu pon. Huu. Cik Keet tengok aku dari atas sampai bawah. Kaki Cik Keet da banyak darah. Aku sangat la fobia tengok cecair merah pekat tue. Cik Keet tegur aku. "Ayu ikat kaki ayu dengan kain, darah da banyak sangat mengalir dan menitik tue".. What??? Aku tengok kai aku dan lepas tue terus aku menagis teresak2. Bukan apa, aku fobia dengan darah. Huu.. Kesakitan melebihi malu aku. Aku menangis tanpa henti. Ada yang membantu. Menghantar motor aku ke Petronas berdekatan dan ada yang menghantar kami ke Hospital Serdang. Huu.

Sampai di hospital, aku tak dapat berjalan. Aku di sorong menggunakan "wheel chair".. da gaya orang apa da. Sambil teresak2 aku menunggu turn aku.. Adoyai.. Doktor boleh lalu wat tak tahu jek.. Saketnya hati.. Darah menitik2 atas lantai. Tapi aku tak dihiraukan.. Saket jangan kata la.. Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan ini.

Bila sampai turn aku, ngerinye. Huuu. Takotnya. Dalam hidup, aku paling pantang nak pergi klinik or hospital Sebabnye aku takot kena cucuk. Tapi hari tue, 3x aku kena cucuk.. Amek ko Ayu. Satu kat lengan dan 2 di punggung. Di punggung 2x sebab aku tak tahan sangat pedih. Huu. Tapi saket punya pasal, aku suruh jer nurse tue bantai cucuk aku 2x. Saat nurse nak cuci, pedihnya bila iodin tue menyerap ke dalam lika2 aku. Luka aku bukan kecik. Besar. Sampai kain baju aku kena gunting. Da melekat2 kain tue kat luka aku. Saket seyh.

Selepas semuanya selesai, aku kena tunggu nak amek ubat. Masa di ruang menunggu semua macam pandang2 dan mulut terkumat kamit. Dieorang bukan baca doa, tapi dieorang nga bercakap pasal aku. Maybe keadaan aku terok. Yelah, jatuh motor je pon. Tapi da macam apa jek. Dan aku ada terdengar mamat2 yang ada kat situ cakap, "teroknye budak tue, mesti jatuh terok kan". Aku pon tak tahu nak kata pe. Maybe jugak dieorang kesian sebab aku perempuan dan perlu tanggung semua tue. Aku sebak. Huks.

Selepas selesai aku balik. Thanx to Abang Wan sebab datang amek aku. Thanx to Kak Lin and Cik Jalwa jugak. Dieorang teman yang selalu susah and senang ngan aku. Dan pada Cik Keet, ayu minta maaf. Kalau ayu tak cuai, Keet tak dapat semua nie. Huu.

Bila sampai umah, ada lagi dugaan. Dengan kaki yang tak kuat nak berjalan, aku kena panjat naik tangga sampai tingkat 3 (tak termasuk tingkat 0). Allahhu Akbar. Mulut tak berhenti sebut nama Allah. Saket itu hanya sie yang tahu. Aku gagahkan diri dengan bantuan Kak Lin dan Cik Jalwa. Dieorang nak angkat aku, tapi aku degil untuk naik sendiri. Actually kesian kat dieorang. Kalau badan aku kecik tak pe laa. Ni chubby. Hee. Alhamdulillah. Akhirnya perlahan-lahan aku berjaya sampai di rumah aku. Thanx my sis.


p/s : Aku redho kalau ini dugaan yang Allah berikan. Mungkin aku terlupa padaNya dan die ingin ingatkan aku semula. Aku berserah kerana die lebih mengetahui segalanya.

Monday, September 20, 2010

Erti kejujuran

Salam 11 Syawal untuk semua..Pejam celik pejam celik rupa2nya da hari ke11 kita beraya..Sekejapnya masa berlalu.. Kita makin tua, makin dewasa dan makin banyak cabaran yang dilalui dalam kehidupan seharian kita. Masa makin pendek. Seharian kita, banyak perkara yang kita lakukan samada sedar ataupon tak. Banyak kebaikan mahupon kesilapan. Sekarang bukan pasal apa, tapi pasal erti kejujuran.

Saat aku nak tulis entry nie, kepala aku ligat berfikir pasal kejujuran. Apa makna kejujuran pada korang semua? Hampa jujur tak dalam hidup korang hari2? Kepala aku nie tak stop fikir.. hee. Bukan apa.. Dunia kita sekarang da masuk dunia global.. So, kalau bole apa kita buat semua nak global.. Kejujuran nie kira dianggap da lapuk.. Mungkin.. Sapa tahu. Tapi pada aku, kejujuran nie sangat penting. Aku pon tak tahu kenapa. Atlast punya tak benti fikir, aku tahu kenapa. Maybe sebab aku nie tak pandai nak menipu. So, jawapan pada orang macam aku adalah kejujuran (jujur ke????hee). Semua benda aku nak kalau bole aku wat ngan jujur. Tapi kadang2 kantoi gak menipu. Tipu sunat. Macam P.Ramlee cakap.heheh.. Contoh macam bulan posa, aku period tp selamba wat macam posa. Hee.Ngee.
Kawan2 aku selalu cakap aku nie lurus bendul. Kadang2 aku iyakan sebab betol jugak. Hee. So, kalau hampa tipu aku pon aku tak sedar. Actually kalu kita jujur sangat pon payah jugak kan. Lagi senang orang nak jatuhkan kita. Lagi senang orang nak kondemkan orang macam kita yang lurus nie. So, aku ada gak ingatkan diri aku, jangan laa terlalu jujur and jangan laa plak terlalu tak jujur.. No good.Aku kadang pikir banyak kali kalau aku tipu orang.. Hahahaa... Aku rasa diri nie jahat sangat kalau tipu and pastu tue macam cacing kepanasan jek sebab hati tak tenteram..hee. Tue yang last2 aku jujur..Sampai orang panggil aku budak lurus..Ish ish ish.

Aku ingat lagi kawan aku masa study dulu pesan.. "Ang nie tak payah la jujur ngat ngan boyfren ang.. Tipu la cket.. Bukan apa, ang tengok ang jujur ngat sampai die cari orang len sebab ang wat jahat, ang cakap kat die..boyfren ang saket ati"..hmmm.. Betol ke?? KOrang setuju ker macam tue? Cuba bagitaw mai sat kat aku. Sebab aku jujur ngat ker sampai die cari pompuan lain? Aku pon tak tahu. No great answer for that. Tapi bila berpisah aku tahu aku ada wat silap and mungkin kami tak dak jodoh. Tapi bukan sebab aku jujur ngat..Tapi semua tue da berlalu. Dan aku still berpegang pada perkara yang mana jujur tue penting dalam kehidupan kita. Yang penting kita tahu bila kita nak jujur and bila tak. Untuk aku, biar la berterus terang tue saket daripada hampa kena tipu.. 2x ganda saket okeyh. Cukup aku da rasa.

P/s : Pandai2 la korang nak atur cara hidup korang..apa yang korang wat, akan ada balasan. If korang tipu, balasannya tipu.. Sama jek. Cepat mahupon lambat. So, think before you did!!

Wednesday, September 8, 2010

Dugaan....

Aku ngah bosan nie..ri nie kena ganti kakak opis aku jadi PA BOS sebab die nak nek atas jaga Tan Sri... So, alang2 da bosan + takdak mood nak wat keje, mula laa aku nak menaip entry kali nie... Topik kita hari nie adalah DUGAAN... Dugaan apa eh?? Hmmm.. Kita semua sedia maklum lagi bebapa hari ja nak raya.. Aku pon da nak balek kampong malam nie.. Hope everything berjalan lancar... Dan yang pastinya malam nie kompem jalan jem..Alang aku boleh sampai time sahur, entah2 matahari da terbit baru aku sampai umah aku..heheh.

Back to the topic, dugaan yang aku maksudkan adalah aku demam! Nak raya2 nie boleh plak aku demam.. Huuu.. Da baper ari da but still tak baek2.. Apesal la susah sangat nak baik.. Panadol aku telan, air cap badak nak bagi sejuk badan aku minum, air mineral berbotol2 sampai tak larat masok toilet aku bedal, dan yang pasti ubat batok Breacol pon aku makan, still did'nt changed anything...Why!!!! Tell me why???? Is that Allah nak uji aku.. Aku redho. Lagipon orang cakap, bila kita saket, Allah nak ampunkan dosa2 kecil yang kita buat. Mungkin di bulan mulia nie Allah nak kurangkan dosa2 yang tanpa aku sedar, aku buat.. Aku accept benda2 tue.. Segala yang terjadi ada hikmahnya.

Kat opis aku pon da makin lengang... Sunyi giler.. orang semua da malas nak wat keje.. Menyembang sambil2 cita pasal baju raya, kueh raya, raya balek mana dan semuanya pasal raya la.. Aku pon sama.. Dak terfikir2 pasal umah da..hee.. Tak sabar nak balek.. Rindunya kat mama, rindunya kat abah, rindunya kat bilik aku (entah apa jadi, da lama tinggal), rindunya kat anak sedara aku, Kimy (lama tak jumpa, kompem balek nie banyak nak tanya), ain, adam... semua la..nak list banyak ngat kowt.. dan yang pasti aku akan rindu kat kekaseh aku yang jaoh kat kampong die.. hmmm... after a week or maybe 2 weeks baru dapat jumpa die. But its ok.. Yang penting mood raya nie.. T balek kL jumpa balik..hee.

So, di bulan muia nie, aku menadah kedua belah tangan aku memohon ampon dari yang Esa semoga semua berjalan lancar. Tak kesah la apapon, perjalanan, persiapan, kesihatan, semua2 lah... Dan kepada rakan2 semua, aku hulurkan 10 jari memohon maaf andai ada terkasr bahasa, terlajak kata, terlajak makan dan minum,  (memang tak leyh undur, da masok usus perot), dan semua, halalkan semua na. 0-0 okeyh??hee. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN. Semoga kita semua bergembira dan berbahagia di samping keluarga dan sahabat andai terchenta..=)

p/s : SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA..

Thursday, September 2, 2010

01 September 2010

Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku masih disini dan dapat menyambut bulan ramadhan yang mulia ini. Dan insyaAllah hari aku masih dapat berpuasa untuk hari yang ke 23 Ramadhan... Pejam celik da tinggal lagi 7 hari, insyaAllah kita akan menyambut hari raya. Rasa masa nie cepat sangat berlalu. Macam2 hal dan karenah yang aku alami dalam bulan puasa nie. Aku dapat makan macam2 jenis makanan yang pada hari biasanya aku tak makan, antaranya jeli kelapa dan caramel. Tapi aku tetap berbuka dengan juadah peveret aku pada bulan puasa iaitu "buah melaka". Rasa cam tak best lak kalu buka puasa tak dak buah melaka.. heee. Dan tahun nie jugak Alhamdulillah selain family terchenta aku, aku jugak dapat berbuka puasa dengan buah hati aku.hee.. wink2.. tapi sedey aritu kejap jek dapat balek kampong berbuka puasa dengan family.. tapi ok la kan dari tak dapat.. hee.

Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi sekali lagi kepada Tuhan kerana pada bulan yang mulia ini, hasrat aku untuk mendapat tawaran temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik tercapai. Alhamdulillah.. amin. Saat aku tahu keputusan tue, aku rasa happy sangat. Mulut nie tak berhenti mengucap kalimah Allah, alhamdulillah. Sebab apa yang aku doakan selama nie termakbul. Sangat bersyukur.. tapi aku rasa takot. Sebab jawatan nie susah sangat nak lepas. Nie apa yang aku dengar dari semua yang berpengalaman. Ye lah, bukan apa. Orang yang apply jawatan nie tersangat2lah ramai dalam jangkaan puluh ribu, tapi yang jabatan nak amek hanya dalam ratusan. Cuba korang fikir rasionalnya kat sini? Dari ujian bertulis, kemudian pra PAC dan akhirnya baru ujian temuduga. Kalau da lulus ujian bertulis pon da kira cukup ok pada aku. Satu pencapaian yang agak memuaskanlah. Pra PAC plak, adoi dengan public speaking, latihan dalam kumpulan, aktiviti luar seperti larian 2.5km in 12 minutues, boleh korang fikir betapa sukar untuk melepasi tahap2 nie. Bila da sampai ujian temuduga, kalau tak buat betol2, memang rugi. Tambah kalau tak lepas, rasa macam nak meraung jek. Bukan apa, da lepas tapisan yang agak menyukarkan, kalau temuduga tak lepas, nak kena mula dari awal balek. Adush.. Can you all imagine it?? Hancur luluh hati nie okey. Tapi aku berpegang pada pesanan kedua orang tua aku, kita da berusaha buat yang terbaik, dan lepas kita da usaha, kita hanya boleh bertawakal dan berdoa banyak2 pada Tuhan supaya semuanya berjalan lancar. Lagipon rezeki masing2. Ada rezeki untuk kita, ada la. InsyaAllah. Allah itu maha mengetahui segalanya.

Tanggal 01 September 2010, hari Rabu bersamaan dengan 22 Ramadhan, itulah tarikhnya, itulah harinya, itulah keberkatannya, aku disini, di tempat ujian temuduga dijalankan ,jam 0800 a.m. Tempat temuduga aku ialah di SPA, Putrajaya (opis maa)..hee. Seperti calon2 lain, dengan langkah bismillahhirrohmanirrahim, aku mulakan langkah kanan untuk melapor diri. Aku berikan surat panggilan temuduga aku kepada Pn. Hajah Fatimah iaitu CC or Chief Clerk kat opis aku yang menjaga kaunter temuduga tue.. dan aku diminta untuk tunggu sebentar sehingga nama aku dipanggil. Saat nama aku dipanggil, perasaan gemuruh mula menyinar dalam diri aku. Tetiba plak kan. Tadi okey jek. huu. Lepas selesai Pn. Nadea kita cek sijil2 aku, aku diminta tunggu sehingga nombor giliran aku dipaparkan, 1103. Bilik aku ialah bilik L. Dan aku berada dibawah LTD14. Dan panel yang akan temuduga aku tue nama die Dato' Abdul Rahman bin Husin (Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) serta panel dari JPA seorang. Aku da cek awai2 nama dan rupa ahli tue. Hee. Ok la.. Muka orang beriman... Sejuk tengok..

Tunggu punya tunggu, giliran aku tiba. Betapa kecutnya perot aku, betapa gemuruhnya dada aku, Tuhan je yang tahu... Aku baca ayat 3 qul, Al-Fatihah dan ayat kursi. Mulut nie tak berhenti baca ayat "Lailahailla subhanakainni kuntuminazzolimin". Bismillah hirrohma nirrahim, aku mengetok pintu sebanyak 3x dan memberi salam serta selamat pagi kepada kedua2 orang panel. Sijil aku berikan kepada Dato'. Aku diminta duduk oleh dato' yang mana die amek aku punya resume dan memberikan sijill2 aku pada panel lagi sorang. Aku diminta untuk memberitahu nama penuh dan no.IC aku. Lepas tue Dato' cakap kat aku, saya nak cek detail kamu terlebih dahulu.. Antaranya alamat semasa dan alamat tetap, tempat lahir aku dan ibubapa aku, keputusan SPM aku, CGPA aku masa kat UPM. Tak lupa jugak die tanya aku kerja kat mana. Bila aku cakap aku kerja kat SPA, kedua2 panel serta merta membuahkan senyuman. Ok, ini adalah permulaan yang baek pada aku. Selepas tue bermulalah sesi temuduga. Soalan2 yang ditanya adalah:

1. Kenapa kamu nak jadi PTD?
2. Kalau kamu dilantik menjadi PTD, kamu nak pergi ke kementerian mana? Kenapa? Alasan?
3. Sila jelaskan konsep dan kepentingan 1 Malaysia.
4. Selaras dengan slogan 1 Malaysia, "Pencapaian diutamakan", sebagai PTD, apa pencapaian yang diutamakan oleh kamu?
(Kesimpulannya soalan2 yang ditanya adalah berbentuk pendapat)

Dalam menjawab soalan2 tue, ada gak aku tersasar. hee. Mungkin gelabah sangat. Tapi boleh handle lagi. Ada gak aku berdebat ngan dua2 panel. Selalu bila kita bagi pendapat, kompem2 dieorang akan kondem kita. Hah, aku pe lagi. Aku membalas pertanyaan2 dieorang dengan pendapat + fatwa yang aku tahu.. hahahah. And atlast, Dato' sebut, "GOOD"... heee.. saat dengar perkataan tue, keyakinan aku bertambah dan rasa lega sikit. Tapi ada gak jawapan bagi soalan dieorang yang mungkin pada dieorang tak tepat. Tapi seboleh mungkin aku cuba memuaskan hati dieorang.. Selepas selesai sesi temuduga, aku mengucapkan terima kaseh dan melangkah keluar. Saat melangkah keluar, aku rasa lega sangat. Sebab aku da lepas dari cabaran yang aku rasa sangat menyukarkan aku. Cabaran yang akan menentukan masa depan aku. Dengan senyuman aku beredar dari Dewan Temuduga ala2 model Dewi Remaja... hahaha. Bukan apa, hari temuduga bergaya sikit ala korporat. Semua tegur aku lain. Ada yang tak kenal aku. Sebab kata dieorang aku lain sangat.. heee. Best jugak camtu sekali sekala buat kelainan. heee.

So, saat ini aku hanya perlu berserah kepada Allah s.w.t. Aku da buat yang termampu, andai itu takdir yang esa, andai rezeki aku ada untuk jawatan PTD nie, ada la. Aku hanya mampu bertawakal dan berdoa. Semoga bulan yang mulia dan penuh keberkatan nie memberkati aku dan perjalanan hidup aku. Amin.


:.. ada gaya Pegawai tak??? hee ..:

p/s : Thanx to my parents, abah dan mama yang selalu berdoa untuk ayu. Thanx to bos2 yang banyak membantu memberikan maklumat serta pertolongan yang tak mampu ayu balas. Thanx to kawan2, kak mas, kak liza, umi, nad, elis dan kak nurul yang selalu bagi semangat bila ayu down dengan keletah korang. Thanx to my housemate dan thanx to kawan opis yang wish goodluck! Love you all.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)