Followers

Thursday, August 19, 2010

Me..and perfectionist !!!

Tengah aku dok belek2 PC aku kat opis mencari bahan untuk interview akan datang ...

umi : nah, baca nie...
me  : apa nieh ??? (sambil belek2 kertas yang diberi)... cessss.. nice one !
   -----------------------------------------------------------------------------------------

Mesti... tak2.. Kompem korang tertanya2 kan apa yang kami dua dok cakap.. heee.. kertas yang Cik Umi kasi kat aku tue pasal satu artikel bertajuk "JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA"... aku pon tak taw die amek benda alah tue kat mana... aku pon baca la artikel tue... nie aku bagi korang baca sekali.

"Jika kamu memancing ikan & setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya & Ketajaman mata kail kamu itu mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup... Begitulah juga & setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang & setelah ia mula MENYAYANGI kamu & hendaklah kamu MENJAGA hatinya & janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu"

"Jika kamu MENADAH air biarlah berpada.. Janganlah terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh... Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja & kerana apabila ia mulai RETAK, tidaklah sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula & bukannya terus dibuang begitu sahaja... Begitulah juga & jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH dia seadanya & janganlah kamu terlalu mengaguminya dan menganggapkan dia begitu istimewa.. Anggaplah dia manusia biasa kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat & bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya.. Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja"

"Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi & yang kamu pasti baik untuk diri kamu & yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT & mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain? & kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN & kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi & kamu akan MENYESAL... Begitulah juga & jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN, yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu & MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU.. Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain dan terlalu mengejar KESEMPURNAAN.. Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain & kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi"

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI & kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA & itu lebih BERMAKNA !!! " Begitu hidup ini tiada yang abadi, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang "
--------------------------------------------------------------------------------------------
Amacam panjang tak artikel nie?? aku pon penat menulis..heee. tapi takpe.. sebagai iktibar untuk kita semua. Bila kita cakap pasal kesempurnaan, kita memang da taw tak de sapa pon yang sempurna kat dunia nie. Kalau la da orang yang perfect, korang bagitaw mai sat kat aku. Kompem punya la ada gak cacat cela, tak banyak, cket..

Macam sebuah lagu nie... ada rangkap die bunyi macam nie "maaf jikaku tidak sempurna, tika bahagia mula menjelma " dan " apa yang awak rasa tak sempurna pada diri awak, itulah kesempurnaan bagi saya" (ayat yang akan aku ingat sampai bila2 =)).  Nobody perfect ! korang ingatla phase nie.. and aku sendiri selalu mengingatkan diri aku. Dalam entry2 sebelum nie pon aku ada cakap, cukuplah insan dari kaum Adam itu menyayangi dan menghargai aku sebagai insan dari kaum hawa disisinya.  Dan aku selalu ingat Tuhan telah menjadikan kita di dunia nie berpasang pasangan. Ini bermakna jodoh kita ditentukan olehnya. Jadi kita sebagai manusia hanya boleh berdoa padanya supaya pasangan kita menjadi pasangan kita yang hakiki kelak. InsyaAllah.

p/s : Thanx to Cik Umi coz bagi ceq baca artikel tue.. Sama2lah kita renung2kan. Ingatlah dan hargailah insan tersayang di sisi kita (da macam iklan  jalan raya plak..hee)

2 comments:

may_love@me said...

waaaaakakakkaah...suka2..aku kasi kt hampa bca supaya kite same2 igt..al maklum lah..kite sama2 tgh bercinta..so terima kekurangan pasangan kite itu dgn ati y terbuka...sama2 kite mengingati sesama kite...renung2kn..dan selamat berbahagia..kuikui...

idAyu hAssAn said...

insyaAllah..sama2 la kita doa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)