Followers

Friday, December 24, 2010

Jat Da Da

Jat da da da (8x)

Entah mengapa debar di jiwa,
Terasa bagai ku telah jatuh cinta,
Semakin lama, semakin mula rasa rindu,

Kini ku sedar, ku tak berdaya,
Memendam rasa yang sekian lama,
Menginginkanmu, mencintaimu oh sayangku,

*Jangan cuba mencipta harapan,
Jika kau hanya mainkan perasaan,
Yang sekian lamanya dambakan kehadiranmu,
Jangan biarku mencintaimu,
Melainkan kau merasa begitu,
Kerana hati ini tak bisa diluka lagi,

Jat da da da (8x)

Katakan saja yang sejujurnya,
Ada kau rasa apa yang ku rasa,
Moga setia, Mengharap sinar bahagia,

Ulang * (2X)

Jat da da da (8X)

Thursday, December 23, 2010

....

We can take how many times that we need...
but never take too long...
Before it's too late..

Monday, December 6, 2010

Driving License Class

Last Saturday. 4 December 2010.. Permulaan hari aku. Awal2 pagi bangon, siap2 sebab orang akademi nak datang amek untuk license class.. Skang nie aku lam poses nak amek Lesen P kereta.. Kelakar kan. Baru nak amek.. hahah.. Suka ati la..hee. 0630 a.m orang tue nak datang amek aku okeyh! Whatever aku kena bangon la. Sekali terlajak tido. 0625 a.m aku sedar.. Mati kutu.. Kelam kabot, hambek ko.. Tido mati.. Kuikui.

Sampai je, rilek2 lu. Gerimis da turun.. Sejuk. Da pakai tishet ja.. Err, aku da la tak tahan sejuk. Sabar2. Then cikgu yang nak ajar da sampai.. Err, kecut perot. Soalan pertama:

Cikgu : Awak pernah drive tak before nie?
Aku    : Drive tak pernah. Tapi pegang stereng banyak kali la.. Hee. (bole wat loklaq plak)

Actually nak ilangkan gugup, tue jadi macam tue. Sekali daaa..

Cikgu : Awak drive okeyh!
Aku    : &&%^$&
Cikgu : Awak la kena drive. Nak belajar kan. Kita kuar jalan raya.
Aku    : Errr..%$#^*+^&

Dan dengan selamber doq, aku bawak laa. Cikgu ajar satu2. Dari seat, cermin, signal...bla bla.. And paling tak leyh blah, aku tak pandai main clash.. Huu.. Geram toi dengan diri sendiri. Awat gagap ngat la kaki nie. Asyik2 enjin mati. Cuak bila enjin mati. Takot kena marah.. Huu. Tapi naseb cikgu nie bersabar. Rilek, jangan tension die cakap kat aku. Fuhh, lega cket. So, dalam kecuakan aku tue, aku belajar nek bukit, parking and pusing stereng. Berat okeyh stereng die!


p/s : Hope pasni nie lancar cket kaki. Ada sapa2 nak ajar saya drive keta tak??hu

Thursday, December 2, 2010

Tidur itu hobi

Semalam pecah rekod. Dengan tak disangka2, aku dengan baek punya bantai tido awal.. Hahahha. Betol ker aku yang tido tue. Awal sungguh. Untuk aku la. Selalu aku belasah tido dalam time jam 10 hingga 11 malam. Tapi semalam....ish ish ish.

Nak dijadikan cerita, semalam housemate aku balek kerja, die ajak g makan. Ada la dalam koi 7. Solat maghrib lu, pastu aku pon p la menjamu selera ngan die. Agak awal la jugak makan. Selalu kami mandi semua dulu, baru p makan. Balek jer makan, aku mandi, basuh semua baju yang dah direndam, jemur2, dan solat isya' dengan solat2 lain. Pas siap semua aku tengok jam, ada la dalam 0930 p.m. Aku fikir, nak tengok tv or baring teros. Lepas fikir turun naek, aku pilih untuk baring. Sebab badan aku lemau. Pala da denyut2 tambah dengan kepanasan, aku makan ubat and baring.

Disebabkan time yang aku selalu tido adalah jam 10 hingga 11, aku tak bajet la. Konon baring2, pusing kiri kanan sambil berangan (aktiviti aku time tido), hee. Tapi malam tadi aku teros dibuai mimpi. Hahahah. Memang letih. Korang jangan anggap bila bersukan je letey. Kadang2 bila kita fikir banyak pon letey jugak. Hee. Tapi kalau aku, aku letey semalam sebab aku da bantai nasi time makan malam. Memang konyang den. Pe lagi, da kenyang tido arr. Hee.

Bangon je pagi, rasa segar. Selalu kalau bangon, sempat lagi aku fikir nak p kerja ke tak. Sebab ngantok. Hahaha. Terok kan. Ish ish ish. Kena tolak jauh2. Bahaya tol. Ngee. Nak wat camna, dalam banyak2 hobi yang ada, hobi aku ialah tido. Ngee. Tak dapet den nak nolong. ;p

Thursday, November 25, 2010

IMPOSSIBLE

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did

And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did

And now when all is done
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible

Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know

Thinking all you need is there
Building faith on love and words
Empty promises will wear
I know, I know

And now when all is gone
There is nothing to say
And if you're done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible!
Ooh impossible (yeah yeah)

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did..........


p/s : Its easy to make possible to be impossible.. But its hard to make impossible to be possible. Am I???

Friday, November 19, 2010

Ciri-ciri suami yang SOLEH

Sedang aku asyik menyiapkan kerja2 di opis seperti biasa, perasaan mengantuk mengganggu ketenangan.. Nie kes tido lewat la semalam.. da macam apa jek mata. Merah. Kalah ngankung..hee. Dan dengan diri yang diselubungi perasaan bosan, jari pantas menaip sesuatu di site "google search".. Bila tak dak mood, camnie la akibatnya. Sedang memikirkan apa yang aku nak cari, aku dapat satu idea. "ciri2 suami yang soleh"..hahah..amek ko. Nie idea bagi seorang wanita yang memikirkan masa hadapan. Haks.. Ye ker.. Bole la..Timbul istilah dikepala aku, siapakah yang akan menjadi imamku kelak?


Setiap wanita inginkan pasangan yang soleh, yang dapat membimbing diri mereka kelak.. Dan dari setiap wanita itu, aku tidak terkecuali. Aku selalu membayangkan dan mengidamkan lelaki yang dapat membawa aku ke sana, ke suatu destinasi yang pasti. Destinasi bagi seorang isteri yang solehah yakni syurga. Tapi aku pasti, jodoh aku telah ditetapkan olehnya. Dan aku yakin, perempuan yang baik adalah untuk lelaki baik.


Adakah insan itu seperti diriku yang menginginkan wanita solehah untuk dirinya?


Adakah kami akan disatukan untuk melayari bahtera bersama2?


Dan suatu hari nanti mampukah aku menjadi seorang isteri solehah yang dapat mentaati suamiku? Aku mahu itu. InsyaAllah.


Dan ingin sekali aku melahirkan zuriat yang comel untuknya.


Sedang membaca maklumat yang diperolehi, aku tertarik dengan satu carian nie. Emm, dari blog jugak. Ini site die. Korang bole la search kat cinie.. http://nurjeehan.wordpress.com/2007/01/11/ciri-ciri-suami-pilihan/ .

Aku tertarik dengan apa yang die cuba sampaikan mengenai ciri2 suami soleh. Dan aku berharap, pasangan aku yang mana akan menjadi suamiku, adalah tergolong dari insan2 sebegini. Semoga kelebihan dan kekurangan diri itu dikongsi bersama2. Adakah wanita2 di luar sana mempunyai keinginan seperti diriku? Sama2lah kita memohon doa darinya. Semoga ada sinar untuk kita di luar sana. InsyaAllah. AMIN.


p/s : Aku memang kuat berangan kan.. ahahah. Tapi berangan tue bagus. Mencergaskan otak. He. Mari kita berangan bersama2. Hee.

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidiladha penuh hiba dariku

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua.. Dengan penuh hiba aku ucapkannya. Tahun nie aku sambut aidiladha bersendirian. Tanpa keluarga tercinta di sisi aku. Hiba rasa hati nie. Malam raya, mama call aku. Tanya raya pergi mana. Aku berfikir, aku nak pergi mana. Di sini, bukan tempat aku. So, aku lepak umah jek. Takde feel nak raya pon. Huu. Mama cakap, sian anak mama. Huu. Cedey.

Semalam abang aku mesej. Ucap salam aidiladha.. Seminit kemudian, lepas aku reply mesej abang, abang call. Abang ada kat rumah rupanya. Hmm. Mula cakap ngan abang, pastu cakap ngan anak buah and then beralih pulak cakap ngan mama. Pastu mama bley lak tanya makan apa? huu.. Hari raya ayu makan megy jek ma, ngan milo. Huks. Sedey2.. Mama tanya lagi, abang ada tak? Maksud mama bagi abang tue, bf ada tak. Bf ada laa..Huu. After that, aku cakap ngan abah. Paling sedey cakap ngan abah. Tambah bila abah cakap, "semua ada kat umah, abang, kakak, kakchik, nona, naim.. Ayu jek tak dak".. wuaaaaaaaaa. Rasa cam nak meraung jek. Bukan rasa lagi, memang aku da meraung lepas letak tipon.. Huu. Sedey sangat. Seumur hidup aku, aku tak pernah beraya tanpa keluarga tercinta. Huks.

Aku tahu mama sebak time nak letak fon. Da 2 bulan aku tak balek. Lama kan. Pada aku la. Sebab dari time study lagi, kalau bukan 2 minggu sekali, every month aku akan balek jugak. Mana leyh tahan lama2. Tapi untuk kali nie aku tak boley elak. Keadaan tak mengizinkan aku. Sedey yang teramat sangat. Maafkan ayu mama. Maafkan ayu abah.

p/s : Salam Aidiladha untuk semua.

Monday, November 15, 2010

Pencarian Makna Cinta - Jilid 1

Sedang aku bosan melayan perasaan, tangan ini lancar menaip http://www.blogcomotmomot.blogspot.com/.
Sedang melihat entry2 list baru, aku tertarik dengan satu blog nie. Topiknya adalah "MAKNA CINTA". Dan sejenak aku berfikir, apakah makna cinta yang sebenarnya. Lantas tangan ini mencapai mouse ditepi dan membuka window baru. Dengan pantas aku menaip di ruangan search "Makna cinta". Banyak info yang aku perolehi dari setiap maklumat di situ. Satu persatu aku click, melihat dan membaca setiap isinya. Hasilnya aku tertarik dengan satu info ini :

Makna cinta sejati & Teman sejati

Kenapa kita menutup mata ketika:

kita tidur?
kita menangis?
kita membayangkan?
dan ketika kita berciuman?

Ini karena hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT...

Kita semua agak aneh... dan hidup sendiri juga agak aneh...
Dan ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita..
Kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan CINTA..
Ada hal2 yang tidak ingin kita lepaskan..
Orang2 yang tidak ingin kita tinggalkan...
Tapi ingatlah...
melepaskan BUKAN akhir dari dunia,
melainkan awal suatu kehidupan baru..
Kebahagiaan ada untuk
mereka yang menangis,
mereka yang tersakiti,
mereka yang telah mencari...
dan mereka yang telah mencoba..
Karena MEREKALAH yang bisa menghargai
betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

CINTA yang AGUNG?
Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan
MASIH peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu
dan kamu MASIH menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum
sambil berkata: "Aku turut berbahagia untukmu"
Apabila cinta tidak berhasil...
BEBASKAN dirimu...
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas LAGI..
Ingatlah...bahwa kamu mungkin
menemukan cinta dan kehilangannya..
Tapi..ketika cinta itu mati..
kamu TIDAK perlu mati bersamanya...

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang..
MELAINKAN mereka yang tetap
tegar ketika mereka jatuh.
Entah bagaimana...dalam perjalanan kehidupan,
kamu belajar tentang dirimu sendiri..
dan menyadari bahwa penyesalan
tidak seharusnya ada.
HANYALAH penghargaan abadi
atas pilihan2 kehidupan
yang telah kau buat.

TEMAN SEJATI...Mengerti ketika kamu berkata 'Aku lupa..'
Menunggu selamanya ketika
kamu berkata'Tunggu sebentar'
Tetap tinggal ketika kamu
berkata: "Tinggalkan aku sendiri"
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata: "Bolehkah saya masuk?"

MENCINTAI...
BUKANlah bagaimana kamu melupakan..melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN..
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan.. melainkan bagaimana kamu MENGERTI..
BUKANlah apa yang kamu lihat..melainkan apa yang kamu RASAKAN..
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan..melainkan bagaimana kamu BERTAHAN..

Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati...
dibandingkan menangis tersedu2..
Air mata yang keluar dapat dihapus..
sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang..
Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang..
Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah,
kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia dapat mencintai seseorang..
LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri..

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang.
BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita,
MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila
kita melepaskannya.
Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia..
jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamu benar2 mencintai
MELAINKAN BERJUANGLAH demi cintamu.
Itulah CINTA SEJATI.

Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang
'yang tersedia'
Lebih baik menunggu orang yang kamucintai DARIPADA orang yang berada
disekelilingmu
Lebih baik menunggu orang yang tepat karena hidup ini terlalu singkat untuk
dibuang hanya dengan 'seseorang'.

Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu
dan kadang kala,
teman yang membawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta
yang tidak kamu sadari.

And now find Ur Love ..........


p/s : Apa makna cinta buat anda??? Any komen?

Friday, November 12, 2010

Mmm...

Aku pasrah segalanya..
Moga setiap yang berlaku ada hikmahnya..
Hidup ini perlu diteruskan seperti yang disediakan olehnya..
Aku berserah..
Aku hanya insan biasa..
Diciptakannya..
Mungkin ini dugaan darinya..
Aku redho..
Kau kuatkan lah diriku ya Allah..
Untuk menempuh segala dugaan dan hari mendatang..
Amin.. Ya rabbal alamin..

p/s : Selamat berjaya Ayu!! you can do it bebeh! you can faces all things happen in you life! Be patient and always remember that Allah is always beside you!

Wednesday, November 10, 2010

Lulus "P", model minyak wangi & Senam Seni 1 Malaysia

Hahahhahha... Semalam adalah hari yang gembira buat aku.. Kenapa dan mengapa??? Hee.. Tuhan saja yang tahu hati ini bercahaya bagai taman yang dipenuhi bunga2 warna warni.. Sedap mata memandang bagai bahagia di hati ini.

Apa yang menggembirakan aku semalam, pertamanya aku telah lulus ujian JPJ bagi motor.. Yay!! Aku da dapat Lesen P..hiks.. Aku gembira sebab da lama aku amek, then tergantung sampai aku lulus semalam.. Ya Allah, bahagia. Aku bersyukur sangat. Tapi sebelom dapat tue, hati nie jangan cakap la berdebar. Tangan terketar2 pegang motosikal. Aku tengok calon sebelom aku semua jatuh kat titi. Ha, apa lagi. Lagi la kecut perot aku. Mulut tak berhenti berzikir. Moga aku diberi peluang untuk lulus. Walaupon korang anggap nie ujian biasa, alah takat JPJ motor je, kecoh plak aku kan.. Tapi pada aku, ujian nie mencabar okeyh! Ye arr. Da la jauh kat Nilai, pastu kena bangon pagi2 koi 530 pagi bersiap untuk ke kelas praktikal L.. Cukup! Penat seyh.. Orang baek punya tido aku lak kena bangon nak p class memandu.. No! No!

Aku bersyukur sangat sebab Tuhan makbulkan doa aku. Ye lah, masa ujian tue aku dapat motor Honda Ex5. Ada jugak motor Kriss, tapi berat. Aku da gelabah tengok motor Kriss je tinggal bila sampai turn aku. Tapi mulut tak berhenti berdoa mintak bagi la ada motor Honda Ex5. Alhamdulillah, kau maha mendengar isi hati ini ya Allah. Sampai jek turn aku, ada motor Honda Ex5.. Yuppi.. Lega sikit. Kurang sikit debaran. Semua berjalan lancar. Amin. Aku lulus. So pas nie bole buka sticker L gantikan dengan P. Dan lepas nie leyh cosentrate untuk praktikal L kereta lak. Hee.

Nak dijadikan cerita, ada satu cerita kelakor. Pada aku la.. Meyh aku storykan kat korang suma. Hiks.. Lepas siap ujian JPJ tue, aku kena sahkan kat orang JPJ yang aku lulus ujian lesen P. So dengan lenggang bayamnya (bukan lenggang kangkung), aku pon menuju ke tempat orang JPJ tue tunggu. Sampai jek kat sana, orang JPJ tue tanya aku:

JPJ  : Awak da kerja?
Aku : Saya dah kerja, napa encik? (Heran jugak aku, tetiba tanya. Dalam hati die nak bagi aku kerja ker).
JPJ  : Awak dah kerja takpe lah.
Aku : Nape encik? (Ati aku tertanya2).
JPJ  : Awak nak jadi tak model minyak wangi?
Aku : Encik nie main2 eh. Mepek ke betol? (tergelak aku)
JPJ  : Betol la, awak nak jadi tak? Tinggi awak berapa?
Aku : Tinggi saya 161cm.
JPJ  : Alaa, tak cukop tinggi la dik. Die nak tinggi 165cm. Tapi masa awak jalan tadi saya nampak awak tinggi. Takde rezeki la dik.
Aku : Ye ker... Hmm. Ok. (Sebak sikit, hee)

Mungkin takder rezeki aku.. Hee. Tapi aku rasa cam kelakar jek. Hiks. Lepas setel suma, aku balek la. Apa lagi. Hee. Letey2.. Ngantok. Aktiviti pertama ialah mencari makanan. Dari pagi tak makan. Perot da macam apa jek meraung. Pas mandi, basuh baju, makan time! Lapa2. Petang aku kena g "Senam Seni 1 Malaysia". Ada rakaman dari RTM untuk rancangan " Selamat Pagi Malaysia". SPA bergabung ngan JKKN menjayakan program nie. Hee, i'm late okeyh! But it's fine. On time. Good job Ayu! Hee. Sonok sangat semalam. Nie gambar kitaorang.

( Aku yang paling depan tue...hee.. White shirt, 1 Malaysia! )


Nie lak pic masa kitaorang raptai hari Isnin, 08 November 2010.
::. Aku tersepit.. hee.. muka penat, tapi sempat pose g..hee .::

::. Apapun ada jugak mamat kecil tepi tue, hee. Daniel comel .::

::. Sempat jugak aku sua muka, hee .::

p/s : Alhamdulillah semua berjalan lancar.. Amin. +)

Thursday, November 4, 2010

Dukacita dimaklumkan...

Apakah perasaan anda bila anda dimaklumkan or dapat ayat seperti topik untuk entry kali ini dalam mana2 surat??? gumbira?? sedey?? kuciwa?? gundah gulana?? menangis tak berlagu?? bersuka ria?? and macam2 lagilah..kalu korang tanya aku, jawapan aku... aku sangat kuciwa, gundah gulana yang membawa kepada pengeluaran air mata tanpa henti disebabkan aku sangat sedey. Huu.. Kenapa? sebab ini merupakan antara hidup dan kerjaya aku. Huks.


That day aku tak ingat berapa haribulan, tapi yang aku pasti hari tue adalah hari Rabu. Aku dapat tahu yang aku gagal dalam ujian temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Aku rasa luruh jantung aku bila dapat tahu berita kegagalan aku. Aku sedey sangat. Kecewa gila babeng. Huu. Macam nak pitam pon ada. After what happen, aku membawa diri yang lara (emo sekejap). Aku amek halfday sebab air mata nie tak nak benti kuar. Malu seyh kalu orang nampak. Da la muka aku cepat merah kalu sedey2, tambah2 kat hidung aku yang agak mancung nie. Kuikui (pasan).

Sehari suntuk lepas apa jadi, aku terbaring jer. Makan pon tak. Sebab hati aku sangat sakit dengan berita tue. Aku rasa down sangat. Lepas apa yang aku alami sebelum aku ke ujian temuduga, aku rasa sia2 jek. Exam, PAC and interview. Huu. Tapi aku tahu, bukan aku jek, kat luar sana pon ramai yang naseb cam aku. Dan mungkin aku terlalu kecewa sebab aku letak harapan yang tinggi. Dan mungkin sebab aku takot. Takot untuk ulangi semula exam yang belom tentu akan lulus. If lulus exam, aku perlu hadapi PAC. Masa time akuu sehari ja, dan kemungkinan untuk masa akan datang, PAC akan diadakan selama 3 hari. Kena tido sana okeyh.. Arghhh.. Kalu lepas baru interview. Kekecewaan aku yang terlampau jugak adalah disebabkan oleh pengambilan Pegawai Tadbir dan Diplomatik untuk kali nie adalah secara tetap. Bukan lagi kontrak 2 tahun and ditetapkan. Huu.. Aku sangat2 kecewa okeyh!!!

Lepas aku cakap fon ngan mama aku, aku redho. Mama cakap nie bukan rezeki aku. Mungkin Tuhan nak beri rezeki yang lebey baik untuk aku. Thanx mama. Kawan2 aku pon cakap camtu.

Whatever happen, life must go on.. and i have to move on. Aku tangisi kedukaan pon belom tentu akan lulus. Face the future dear! And 13 November nie aku akan amek balek exam PTD bersama rakan2 aku. Hope kitaorang suma lulus. Doakan yang terbaik untuk kami semua. Amin.

p/s : Jika Tuhan tak memberikan apa yang kamu mahukan sekarang bermakna Tuhan ingin memberikan kamu sesuatu yang lebey elok daripada itu.

Wednesday, October 20, 2010

Mama....

Ayu     : Assalamualaikum. Mama chat?
Mama : Waalaikumsalam. Alhamdulillah. Mama chat. Anak mama nie chat tak? Ok tak kat sana?
Ayu     : Alhamdulillah. Ayu ok kot setakat nie.. (dalam nada sebak)
Mama : Awat ada kot pulak? Ayu ok tak?
Ayu     : Ayu ok la. Mama jangan esau na. Abah chat tak mama? Kencing manis abah camna?
Mama : Abah chat. Kencing mana da turun kat paras ok. Abah posa, ok la. Cuba kalau tak posa, semua die nak makan. (sambil gelak)
Ayu     : Hehhehe. Da bole makan, abah makan la. hee. Tue mama dok watpa? Sapa ada umah?
Mama : Mama nak watpa lagi. Dok tengok tivi ngan kakchik. Naim p keja.
Ayu     : Ohhh..ok.
Mama : Tue ayu keja macam mana? Interview hari tue result macam mana?
Ayu     : Ayu keja macam tue je la. Tunggu kontrak tamat. Interview punya result bulan 11 baru kuaq.. Tak tahu la dapat ka tak. Huu.
Mama : Ayu da wat yang terbek kan. Apa jadi lepas nie, ayu tawakal ja laa. Kalau ada rezeki ayu, dapat la. Kalau tak dapat, cuba lagi. Jangan sedey2 taw. Bukan rezeki lagi kalau tak dapat. Selalu doa lepas sembahyang mintak kat Tuhan. Buat solat hajat.
Ayu     : Ermm. Ok. InsyaAllah
Mama : Mama tak maw ayu sedey2 camnie. Ayu dah usaha kan.
Ayu     : Erm. Ye. Ok lah mama, t ayu tipon len.
Mama : Ok.
Ayu     : Mama jaga diri. Jaga kesihatan. Jangan dok tidoq ja. Hee.
Mama : Mama ka ayu yang dok tidoq. He.
Ayu     : Ayu ngan mama. Hehehe. Kim salam abah, kat semua. Ada pape nak pesan?
Mama : Ayu pon sama jaga diri. Jangan tinggal sembahyang.
Ayu     : Ok ma. Mama doakan ayu na. Love you ma.
Mama : Love you sayang.
Ayu     : Miss you ma.
Mama : Miss you sayang... (nada sebak)
Ayu     : Bye..Assalamualaikum.
Mama : Bye sayang. Waalaikumsalam.

p/s : Ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku. Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu... I miss you ma. A lot.. =(

Friday, October 15, 2010

Bila rasa aku milik kamu

Hye hye..agak da lama aku tak membelogkan diri aku... sebabnya, aku agak membizikan diri dengan keja2 opis..hoho.. tunjuk rajin la konon...hehehhe..sebenarnye x la rajin sangat..buat2 je..hee.. Kena ubah nie..t kawen payah..hahaha..bukan apa, aku da dapat CC baru.. CC tue stand for Chief Clerk. Tempat aku kat opis plak memang sangat laa jelas CC tue nak tengok.. Jap2 die pandang kat aku. Ha sudah... Adoyai... Jap2 tengok.. Malas tol. Asal la takdak penghadang kat tempat aku.. Tersembunyi sikit muka aku yang tombam nie. Hee.

Nak dijadikan cita, aku ngah bosan nie... Tensen sangat rasa diri nie.. Serabot. Aku rasa ayam pon tak serabot macam aku even die banyak bulu.. Serabot2. Huh.. Gipon life aku skang nie ala2 kemut.. Bangon pagi g opis.. Balek koi 5, rehat2 jap layan cita Chinta. Pastu maghrib, mandi and solat.. Lepas isya' lak, teros baring.. Ada cita best leyh layan. Takdak cita, dok senyap2 lam bilik. Huuuuu.. Bosan abis ok. Nak kuar memang tak arr.. Uma aku skang jauh ke dalam.. Takot seyh kalu kuar sorang.. Huuu. Lappy aku lak masok wad balek..huu.. Tue nak suh bli yang baru arr tue.. Stress tol.. Ngah semak2 nie leyh plak die nak masok wad.. Aku suh masok nanti2, nak jugak masok skang...huu.. Lagi tambah ketensenan aku.. Huks.

So, bila aku takdak idea time baring2, mula la akal aku nak berangan-angan. Pastu fikir benda yang tak lojik... Kalu ada pensel and kertas, mula la abis aku conteng. Pastu kuar la ayat jiwang2.. hahha..padahal aku tak baper nak jiwang.. Kadang2 jer terjiwang.. Da layan pasaan, kompem arr.. hahahah.. Kelakor aku jiwang..he.. Kadang tue aku rasa bole tercipta bebapa lirik lagu. Tapi tunggang terbalik kot.. Tak pofesional lagi.. Kalu asah nie, mungkin boleh kot. Hahaha.. Dan sejenak aku berfikir.. Macam mana orang boleh cipta lirik lagu. Macam mana dieorang susun setiap baris lagu tue. Sedap plak tersusun. kan best kalu aku pon leyh cipta lirik.. Hahhaaha.. Pasan tol minah sorang nie.. Wakakaka.

Aku tak suka dok sorang2. Sebab aku nie jenis suka berfikir. Hahahah.. Kang takot terfikir negatif. Hee.. Payah2.. dan sedang aku berfikir melayan emosi yang turun naik + kendur cekang nie... aku melayan lagu keris patih.

Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau menahan sakitnya
Dan tak pernah ku sesali itu
Seluruh jiwa telah ku serahkan
Menggenggam janji setiaku
Ku mohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku
Cuba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih...

Syahdu tak bait2 lagu die?? Pada orang yang kecewa, jangan arr layan lagu nie. T tak pasal2 korang nangis. Huks. Aku rasa macam tak baik je pasangan die wat die macam tue. Tak baik hancurkan hati orang, sebab balasannya sama. So, korang fikir baik2 sebelom wat sebarang tindakan. Takot tanpa sedar akan menyakiti orang yang kita sayang. Aku pon pesan kat diri aku jugak. Sebab kadang2 kita rasa benda kita wat tue betol. Padahal ianya ada mengguris ati seseorang mahupon disekeliling kita.

(rasa coklat ke???hmmm)

p/s : minggu nie try wat lirik.. mana taw leyh terbit album nanti. he +)

Thursday, October 7, 2010

Yamashita Tomohisa - One in A Million


Romaji Lyric

Itsukara kimi no kisu wa naozari?
Ima mo why don't you touch my mind sugu ni
tell me why you don't see my eyes,
baby are we over?

Aishiau tame ni iru ability
Kore ijou wa mou nai hodo affinity
baby do you have another one?
they might conspire.

coz you're my one in a million
Sono mama de believe me
Kimi ga One in a million
Deaeta toki ni
baby it's my destiny

I'm gonna try."3,2,1" so count down
waratte yo boku no mae de one more time
one in a million
my one in a million

Kakuritsu wa by the 6th sense=2%
Kimi wo ushinau koto end of the world
I wanna know that reason why
don't change your mind now
Maniau nara I wanna hold ya
Kuruisouna kurai so lonely soldier
baby I love you
from the bottom of heart
I miss ya

coz you're my one in a million
Dakara never say goodbye
Kimi ga One in a million
Dakiau tabi ni baby it's my destiny
I'm gonna try."3,2,1" so count down
I'm gonna hunt you down come day or night
one in a million
my one in a million

Unmei to omoi wa jikou wo koete
eien no saiai wo mata michibiku kara
be my one in a million
Kimi shika inai kara carry on
coz you're my one in a million
Sono mama de believe me
Kimi ga One in a million
Deaeta toki ni
baby it's my destiny
I'm gonna try."3,2,1" so count down
I'm gonna hunt you down come day or night
one in a million
my one in a million


Translation

Since when your kisses are neglectful?
Even now *why don't you touch my mind* quickly
*tell me why you don't see my eyes
baby are we over?*

*The ability* essential to love
Nothing more then *an affinity*
*Baby do you have another one?
They might conspire*

*Coz you're my one in a million*
Just like that *believe me*
You're *one in a million*
When I met you
*baby it's my destiny*

*I'm gonna try."3,2,1" so count down*
Smile in front of me *one more time
one in a million
my one in a million*

The probability *by the 6th sense=2%*
Losing you is the *end of the world
I wanna know the reason why
don't change your mind now*
If I'm still on time *I wanna hold ya*
I'm about to go crazy *so lonely soldier
baby I love you
from the bottom of heart
I miss ya*

*Coz you're my one in a million*
So *never say goodbye*
You're *One in a million*
While I hold you tight *baby it's my destiny
I'm gonna try."3,2,1"so count down
I'm gonna hunt you down come day or night
one in a million
my one in a million*

Fate and memories go over the space
they will still lead our endless love
*be my one in a million*
There's no one but you *carry on
coz you're my one in a million*
Just like that *believe me*
You are *One in a million*
When I met you
*baby it's my destiny
I'm gonna try."3,2,1"so count down
I'm gonna hunt you down come day or night
one in a million
my one in a million*

Thursday, September 30, 2010

Pengalaman Lalu ( Saket ) - Jilid 4

Idea ngah kering.. Banyak benda nak difikirkan dalam pala otak. Pasal umah sewa, pasal roadtax motor, nak pindah lagi.. Aduss..denyut2 pala.. Jap2... Idea oh idea, where are you? Come to mummy..hee. Ha, da sampai.. Ok ok, idea dah makin lembab.. Ha, ada pon. Hee. Ok2, sekarang aku nak sambung kisah dalam entry pengalaman lalu jilid 3. Ada lagi tak abis cita rupanya. Hee.


Selepas kemalangan tue, mama datang tinggal ngan aku kat umah sewa. Sian mama. Nak bercuti alih2 jadi lain pulak. Ayu minta maaf mama. Tak niat nak susahkan mama. Tapi..huu. Aku hanya mampu terbaring jer. Nak dudk lebey2, saket pinggang. Betol la orang selalu cakap, ibu seorang boleh jaga anak 10 orang. Mama, terima kasih banyak2. Ayu tak mampu balas jasa mama. Aku bangon tido, mama mesti tanya "Ayu nak pergi toilet tak? Nak gosok gg? Ayu nak makan apa? Ayu nak lap badan tak?"..huu.. Aku terharu. Tak ada ayat yang mampu aku ucap. Mama terima kasih sekali lagi. Lagipon mama tak ada la kuat sangat nak papah aku yang agak tembam nie. hee. Usia mama pon dalam 50-an, tak larat da. Tapi untuk aku, mama gagah jugak. Ayu sayang mama. Ayu saket mama. Ayu minta maaf.


Saket hanya Allah saja yang tahu. Mulut nie tak berhenti sebut "Ya Allah". Aku redho. Mungkin nie ujian untuk aku. Nak gosok gg saket, nak duduk saket, nak makan saket, nak buka baju saket, dan paling dan teramat saket time nak pergi toilet. Ya Allah.. Tue yang mampu aku ucap. Air mata jangan cakap la. Tak berhenti mengalir. Tambah time pergi cuci luka kat klinik. Abis sampai keluar dengar suara aku meraung. Time tue, perasaan malu da tak dak dalam diri aku. Saket mengatasi segalanya. Yang aku tahu, saket, saket dan saket. Aku kesakitan. Allah.. Bila da siap, aku keluar dari bilik doktor. Mama pandang aku dengan muka sayu. Aku tahu mama risau. Ayu minta maaf sebab buat mama risau. Tapi ayu tak tahan mama. Saket sangat.


Balik jek kampong di Penang, semua yang datang melawat akan sebut satu perkataan nie "Teroknya" bila tengok aku.. hahaha.. Aku hanya mampu tersenyum. Nak gelak lebey, saket. Hee..Tapi masa kat umah la yang paling wat aku terharu. Baru aku tahu semua sayangkan aku. Hee. Time nie arr nak manja2 lebey. hee. Semua amek berat. Bukan dulu tak amek berat. Kali nie berat lebey sikit. Hee. Abah akan tanya, "Ayu nak air, abah buatkan", mama plak "Ayu nak makan apa ari ni? Ubat da makan? Nak mandi tak? Gosok gg?", adik pulak " Kak ayu nak p panchoq tak, im tolong papahkan?". Hukss..sedey sebab terharu. Cik anum pulak akan tolong cucikan luka aku tiap hari, nak buat sendiri pedih + takot. Kakak aku pon sama tolong. Abang ngan kak yan (kak ipar), tiap hari buatkan bubur dan hantar kat aku. Alahai, touching okeyh! Ayu minta maaf sebab susahkan korang semua.


Selama aku kat umah, tiap hari aku dapat panggilan tipon dan mesej dari mamat tue. Tak pernah mis. Tapi aku saket2 nie tak pegang handphone sangat sebab nak melayan saket aku. Gerak sana sini, saket. Awak saya minta maaf kalu masa tue saya tak jawab panggilan tipon dan reply mesej awak. Saya tak ada niat nak singgung perasaan awak. Awak baik sangat. Selalu amek berat sal saya. Bukan nak jual mahal. Tapi time tue hati nie kering. Takot nak ada rasa cinta (time tue la). Sebab takot. Saya minta maaf sebab wat awak tertunggu.

Akhirnya 1 bulan berlalu.. Aku semakin sembuh... Tak lama lepas tue, lepas da urut kaki, da agak bole jalan and bawak motor aku datang keje macam biasa.. Alhamdulillah makin ari, kaki aku makin elok.. Tapi fobia tue tetap ada... Dan hari kejadian tue masih tersemat indah dalam memori aku.. Tak akan sekali2 dilupakan.

p/s : Terima kasih pada family dan teman2 yang banyak amek berat.. Love you all.

Tuesday, September 28, 2010

Sambutan Hari Raya 2010 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Untuk entry kali nie, aku buat selingan pasal sambutan Hari Raya 2010 yang diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Entry pasal Pengalaman Lalu nanti ada idea aku sambung.

Hari Raya yang disambut di SPA mengingatkan aku pasal kisah aku jatuh cinta. Aku ada cerita kan. Nak diikutkan kira da lama jugak aku kenal buah hati aku. Ada la dalam setahun dan lebey. Tapi anniversary kitaorang baru 4 bulan (27 September 2010). Betol la orang cakap, masa tue tak menjamin apa2. Kalau hati da terikat, saling memahami, insyaAllah. Betol x? hee. PAndai2 jek aku nie kan. Tak kesahlah. Apa yang aku harap semoga hubungan kami berdua berkekalan.

Nak cerita pasal sambutan raya, memang best lah. Enjoy sangat dengan kawan2 yang satu kepala, gila2 ngan aku. Nama jek da kawen, da ada anak, tapi semua macam single. Oppsss.. Hee. Jangan marah Kak Liza, Kak Mas and Nard. Umi ok la kan. Geng ngan ayu. Hee. Korang memang best. Otak semua tak betol. Heheh. Abis semua gerai yang dibuka masa majlis tue kami serbu and amek gambar. Tambah dengan budak2 opis yang lain tak kira laki2 mahupon perempuan. Otak semua satu kepala. Semua gila bergambar. He. Best2. Makanan yang disediakan pon macam2. Ada laksa johor (gerai bahagian aku), ada murtabak mini, ada satey (laju gila abis), kuih muih, cake, lontong dan macam2 lagi. Yang penting ada jeli kelapa. Sedap2.

Dan untuk buah hati aku, thanx. Sedondon ngan sayang (baju warna grey). Hee. Suker2. Sayang jatuh cinta lagi sekali macam mula2 dulu sayang terpandang bb. Hee. Opss. Teringat kisah lalu. Love you a lot manje.


p/s : teringat sambutan raya tahun 2009..dalam kenangan..hee

Friday, September 24, 2010

Pengalaman Lalu ( Malapetaka Sepantas Kilat ) - Jilid 3

Akhir tahun menjelma lagi.. Tapi kerja berjalan seperti biasa. 23 Disember 2009 dalam ingatan.. Petang rabu tue aku dapat mesej by handphone dari kakak aku (kakchik). Kakchik ada kat Seri Kembangan.. Umah husband die.. And yang paling buat aku happy, mama ada sekali.. Yahoo!!! Da lama tak jumpa.. Da sebulan lebey aku tak balik umah.. Macam tak sempat jek.. Lagipon cuti tahunan aku da habis.. Kerja kontrak nie bukannya dapat banyak cuti pon.. 12 hari setahun.. Raya hari tue aku da bantai amek cuti lebey. So ketap bibir je la sekarang.. Orang cuti tapi aku melangut kat opis. Hee.

Dengan kegembiraan yang berbunga di hati, aku bawak motor Ego's warna putih aku dengan riang.. Macam biasa, Cik Keet menjadi pembonceng. Hati gembira sebab tak sabar nak jumpa mama aku.. Lagipon kat opis semua tegur aku, happy semacam jek. Hee. Aku pon tak sedar.. Berita yang mama aku ada di sini, dekat dengan aku membuatkan aku rasa teramat gembira. Perasaan hati seorang anak nak jumpa mama die. Korang mesti tahu macam mana kan.

Setiap kali aku pulang dari opis, aku akan lalu satu jalan yang orang kenal dengan jalan Pasar Borong Selangor. Sebelum lalu kat situ, aku berhentikan motor sebab traffic light menunjukkan lampu warna merah. Bila lampu hijau menyala, aku dan kereta serta motor yang lain memecut kelajuan. Tanpa aku sedar dan tak sempat aku kawal motor aku, sewaktu aku lalu di depan jalan Pasar Borong Selangor dengan tak semena2 datang sebuah kereta Myvi warna merah hati bernombor plat ( masih dalam ingatan ) betol2 disebelah aku. Aku tak sempat nak buat apa2 sebab aku terkejut dan tergamam bila aku pandang sebelah kanan aku, kereta tue menghimpit aku. Aku tak dapat nak ke bahu jalan sebelah kiri sebab aku da sangat ke tepi. Sekelip mata dan sepantas kilat, aku dengan Cik Keet selamat menyembah bumi. Orang selalu cakap, dimanapon kita, sekuat mana kita, kita akan tetap kembali ke bumi dan mencium muka bumi. Ha, aku lah tue. Aku da selamat, selamat mencium bumi. Tapi bumi nie bukan pasir atau tanah yang halus macam kat padang pasir di Mesir, nie baek punya keras warna hitam. Jalan tar okey.. Perghhh memang sedap terseret atas jalan tar. Masyuk jer.

Saat aku jatuh aku pandang ke kanan aku dan kami saling berpandangan (aku dak Cik Keet). Dan serta merta aku bangon dan lari ke bahu jalan sebab... aku rasa angin baek jek (kain baju aku terselak, kang tak pasal2 aku wat free show kat situ). Pastu perlahan-lahan sakit mula terasa. Orang ramai berhenti tengok kami dan angkat motor aku. Tapi yang aku paling saket hati, aku tengok jek kereta yang langgar kami nak blah.. Aku pandang Cik Keet. Atlast orang yang langgar tue tak jadi gerak. Maybe sebab da ramai datang tengok kami dan aku tunjuk yang die langgar kami. Baru gelabah. Tapi berhenti pon tak guna. Sebab tak membantu pon. Huu. Cik Keet tengok aku dari atas sampai bawah. Kaki Cik Keet da banyak darah. Aku sangat la fobia tengok cecair merah pekat tue. Cik Keet tegur aku. "Ayu ikat kaki ayu dengan kain, darah da banyak sangat mengalir dan menitik tue".. What??? Aku tengok kai aku dan lepas tue terus aku menagis teresak2. Bukan apa, aku fobia dengan darah. Huu.. Kesakitan melebihi malu aku. Aku menangis tanpa henti. Ada yang membantu. Menghantar motor aku ke Petronas berdekatan dan ada yang menghantar kami ke Hospital Serdang. Huu.

Sampai di hospital, aku tak dapat berjalan. Aku di sorong menggunakan "wheel chair".. da gaya orang apa da. Sambil teresak2 aku menunggu turn aku.. Adoyai.. Doktor boleh lalu wat tak tahu jek.. Saketnya hati.. Darah menitik2 atas lantai. Tapi aku tak dihiraukan.. Saket jangan kata la.. Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan ini.

Bila sampai turn aku, ngerinye. Huuu. Takotnya. Dalam hidup, aku paling pantang nak pergi klinik or hospital Sebabnye aku takot kena cucuk. Tapi hari tue, 3x aku kena cucuk.. Amek ko Ayu. Satu kat lengan dan 2 di punggung. Di punggung 2x sebab aku tak tahan sangat pedih. Huu. Tapi saket punya pasal, aku suruh jer nurse tue bantai cucuk aku 2x. Saat nurse nak cuci, pedihnya bila iodin tue menyerap ke dalam lika2 aku. Luka aku bukan kecik. Besar. Sampai kain baju aku kena gunting. Da melekat2 kain tue kat luka aku. Saket seyh.

Selepas semuanya selesai, aku kena tunggu nak amek ubat. Masa di ruang menunggu semua macam pandang2 dan mulut terkumat kamit. Dieorang bukan baca doa, tapi dieorang nga bercakap pasal aku. Maybe keadaan aku terok. Yelah, jatuh motor je pon. Tapi da macam apa jek. Dan aku ada terdengar mamat2 yang ada kat situ cakap, "teroknye budak tue, mesti jatuh terok kan". Aku pon tak tahu nak kata pe. Maybe jugak dieorang kesian sebab aku perempuan dan perlu tanggung semua tue. Aku sebak. Huks.

Selepas selesai aku balik. Thanx to Abang Wan sebab datang amek aku. Thanx to Kak Lin and Cik Jalwa jugak. Dieorang teman yang selalu susah and senang ngan aku. Dan pada Cik Keet, ayu minta maaf. Kalau ayu tak cuai, Keet tak dapat semua nie. Huu.

Bila sampai umah, ada lagi dugaan. Dengan kaki yang tak kuat nak berjalan, aku kena panjat naik tangga sampai tingkat 3 (tak termasuk tingkat 0). Allahhu Akbar. Mulut tak berhenti sebut nama Allah. Saket itu hanya sie yang tahu. Aku gagahkan diri dengan bantuan Kak Lin dan Cik Jalwa. Dieorang nak angkat aku, tapi aku degil untuk naik sendiri. Actually kesian kat dieorang. Kalau badan aku kecik tak pe laa. Ni chubby. Hee. Alhamdulillah. Akhirnya perlahan-lahan aku berjaya sampai di rumah aku. Thanx my sis.


p/s : Aku redho kalau ini dugaan yang Allah berikan. Mungkin aku terlupa padaNya dan die ingin ingatkan aku semula. Aku berserah kerana die lebih mengetahui segalanya.

Monday, September 20, 2010

Erti kejujuran

Salam 11 Syawal untuk semua..Pejam celik pejam celik rupa2nya da hari ke11 kita beraya..Sekejapnya masa berlalu.. Kita makin tua, makin dewasa dan makin banyak cabaran yang dilalui dalam kehidupan seharian kita. Masa makin pendek. Seharian kita, banyak perkara yang kita lakukan samada sedar ataupon tak. Banyak kebaikan mahupon kesilapan. Sekarang bukan pasal apa, tapi pasal erti kejujuran.

Saat aku nak tulis entry nie, kepala aku ligat berfikir pasal kejujuran. Apa makna kejujuran pada korang semua? Hampa jujur tak dalam hidup korang hari2? Kepala aku nie tak stop fikir.. hee. Bukan apa.. Dunia kita sekarang da masuk dunia global.. So, kalau bole apa kita buat semua nak global.. Kejujuran nie kira dianggap da lapuk.. Mungkin.. Sapa tahu. Tapi pada aku, kejujuran nie sangat penting. Aku pon tak tahu kenapa. Atlast punya tak benti fikir, aku tahu kenapa. Maybe sebab aku nie tak pandai nak menipu. So, jawapan pada orang macam aku adalah kejujuran (jujur ke????hee). Semua benda aku nak kalau bole aku wat ngan jujur. Tapi kadang2 kantoi gak menipu. Tipu sunat. Macam P.Ramlee cakap.heheh.. Contoh macam bulan posa, aku period tp selamba wat macam posa. Hee.Ngee.
Kawan2 aku selalu cakap aku nie lurus bendul. Kadang2 aku iyakan sebab betol jugak. Hee. So, kalau hampa tipu aku pon aku tak sedar. Actually kalu kita jujur sangat pon payah jugak kan. Lagi senang orang nak jatuhkan kita. Lagi senang orang nak kondemkan orang macam kita yang lurus nie. So, aku ada gak ingatkan diri aku, jangan laa terlalu jujur and jangan laa plak terlalu tak jujur.. No good.Aku kadang pikir banyak kali kalau aku tipu orang.. Hahahaa... Aku rasa diri nie jahat sangat kalau tipu and pastu tue macam cacing kepanasan jek sebab hati tak tenteram..hee. Tue yang last2 aku jujur..Sampai orang panggil aku budak lurus..Ish ish ish.

Aku ingat lagi kawan aku masa study dulu pesan.. "Ang nie tak payah la jujur ngat ngan boyfren ang.. Tipu la cket.. Bukan apa, ang tengok ang jujur ngat sampai die cari orang len sebab ang wat jahat, ang cakap kat die..boyfren ang saket ati"..hmmm.. Betol ke?? KOrang setuju ker macam tue? Cuba bagitaw mai sat kat aku. Sebab aku jujur ngat ker sampai die cari pompuan lain? Aku pon tak tahu. No great answer for that. Tapi bila berpisah aku tahu aku ada wat silap and mungkin kami tak dak jodoh. Tapi bukan sebab aku jujur ngat..Tapi semua tue da berlalu. Dan aku still berpegang pada perkara yang mana jujur tue penting dalam kehidupan kita. Yang penting kita tahu bila kita nak jujur and bila tak. Untuk aku, biar la berterus terang tue saket daripada hampa kena tipu.. 2x ganda saket okeyh. Cukup aku da rasa.

P/s : Pandai2 la korang nak atur cara hidup korang..apa yang korang wat, akan ada balasan. If korang tipu, balasannya tipu.. Sama jek. Cepat mahupon lambat. So, think before you did!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Categories

addict (2) artist (1) blogger (1) bulan mulia (1) buzzer beat (1) cinta seorang anak (2) comel (2) contest (3) curly (1) diet (1) doa (4) family (2) feeling (2) follower (1) friend (3) future (2) Giveaway (1) hampeh (2) happy (15) happy birthday (2) hari raya (2) hen hao (1) hijrah (2) Ilham (1) In love (2) info (2) Islam (2) jalan cari makan (1) jepun (1) joy (1) Kafein (1) kakoi (1) kawaii (1) korean drama (4) life (2) lirik (3) makeover (1) movie (5) murah rezeki (1) new year (1) nice blog (1) pan asian (1) peminat (1) pilu (2) Puasa Sunat (1) rejab (1) renungan (10) sad (4) saket (1) sayang (1) sebak (4) segmen (2) segmen santai (1) sengal (4) stylo (1) suka (3) sunsilk (1) surprise (2) syukur (1) tak nak gemuk (2) temuduga (1) terjah blogger (1) teruja (1) wajah (1) wavy (1) xiexie (1) yamapi (2)